Peraturan baharu bagi kemasukan amah Indonesia sudah mengalahkan pekerja am di Malaysia?!!! Nampaknya pekerja gerai makanan pun tidak dapat menandingi gaji amah Indonesia lebih-lebih lagi pekerja ladang kelapa sawit??!! Mungkin amah Indonesia baharu ini akan menyewa bilik tuan rumah tempat dia bekerja atau tinggal di luar rumah kerana mereka mampu menyewa bilik dan bekerja seperti jurujual di gedung membeli-belah!?? Tidak mustahil amah Indonesia akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk menggunakan tandas majikannya di KL memandangkan mereka tidak lagi bersikap tolak ansur dalam menentukan tangga gaji mereka!??? Bagi yang mencuci tandas mungkin percuma dan terpaksa makan tengah hari di luar dan mungkin menaiki teksi untuk balik ke rumah sekiranya tuan rumah makan lewat?!!! Ini semua akan terjadi sekiranya gaji amah ditetapkan satu kerja sebanyak RM700!!??
Najib musykil peraturan baharu amah Indonesia
Posted Utusan Borneo on March 18, 2012, Sunday
IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak musykil dengan tindakan kerajaan Indonesia menetapkan peraturan baharu penghantaran pembantu rumah yang antara lain memperuntukkan mereka hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.
Perdana Menteri berkata, peraturan baharu yang diumumkan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman itu ‘ia tidak munasabah langsung.’
“Kita harap pihak Indonesia akan kembali kepada semangat persefahaman yang telah dimeterai antara saya dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.
“Semua syarat telah dibincangkan dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan persefahaman yang telah dicapai dan tidak ada apa pun dibangkitkan pada waktu itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu empat tingkat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2, yang bernilai RM9 juta di sini semalam.
Najib berkata, beliau hairan kenapa pada saat ini setelah perjanjian berkenaan ditandatangani, pelbagai perkara mengenai isu pembantu rumah Indonesia dibangkitkan.
Ditanya sama ada kerajaan akan mencari jalan menyelesaikan isu itu, beliau berkata: “Kami akan mencari jalan penyelesaian. Saya terkejut bahawa selepas pemimpin utama kedua-dua negara (Najib dan Susilo) bersetuju, perkara seperti ini timbul.
“Saya difahamkan bahawa itulah persefahamannya (yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia) dan ia akan dilaksanakan dengan lancar.” — Bernama
0 comments:
Post a Comment