Rakyat Perlu Dekati Kerajaan dan Pemimpinnya - Rosey
SERAH KUNCI… Rosey Yunus dan Ahmad Lai Bujang menyaksikan kerja penyerahan kunci dari kontraktor kepada ketua-ketua kaum di sini. – ADUM LIU
12/4/2012Oleh ADUM LIU Utusan Sarawak
BATU NIAH, Khamis – Jangan meminggirkan diri daripada kerajaan dan pemimpin kerajaan jika mahu mencapai pembangunan dan kemajuan kata Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.
Rosey Yunus ketika ditemui oleh Utusan Sarawak di Majlis Penyerahan Kunci Balai Raya Kampung Pelapi yang baru siap dibina baru-baru ini berkata, masyarakat kawasan luar bandar dinasihati agar tidak menjauhkan diri mereka daripada kerajaan dan pemimpinnya.
“Jika masyarakat tidak mahu mendekati pihak kerajaan yang dikendali oleh banyak agensinya bersama pemimpinnya, sudah pasti setiap peluang pembangunan dan kemajuan di kawasan mereka tidak akan tercapai dengan mudah.
“Saya menyeru kepada masyarakat kita di kawasan Parlimen Sibuti yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan supaya terus bekerjasama dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerajaan yang sedia ada lagi kukuh ini,” jelasnya.
Katanya, penduduk di tiga buah kampung yang berhampiran iaitu Kampung Pelapi, Lumut dan Kayu Kapor ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Kedayan, Cina dan Iban. Mereka sangat bertuah kerana telah diperuntukkan sebuah Balai Raya Kampung Pelapi telah disiap dibina dan bernilai RM180 ribu .
Penduduk kampung juga berterima kasih kepada Abu Sukor, seorang dermawan dalam lingkungan 40-an dari Kampung Kayu Kapor yang telah berbesar hati dengan mendermakan tanahnya untuk pembinaan balai raya ini. Usaha seperti ini memang patut digalakkan daripada orang ramai di samping membantu penduduk setempat. Janganlah asyik berharap dengan kerajaan kerana ini boleh merumitkan keadaan sekiranya populasi di kawasan tersebut sudah terlampau padat.
Justeru itu, gunakanlah ia sebaik mungkin demi membawa lebih pembangunan dan kemajuan kepada penduduk di sekitar kawasan Kampung Pelapi, Lumut dan Kayu Kapor, tambahnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sibuti, Haji Ahmad Lai Bujang berkata, dengan adanya kemudahan seperti sebuah balai raya yang baru ini, amatlah diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya demi untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat di kawasan Sibuti.
“Balai raya kini sangat diperlukan sebagai satu tempat perjumpaan bersama bagi masyarakat disekelilingnya dan juga tempat untuk menjalankan aktiviti berorientasikan komuniti seperti penduduk-penduduk di kampung lain dengan lebih selamat dan selesa,” tambahnya lagi.Turut hadir ialah Pembangtu Tadbir Daerah Kecil Sibuti, Encik Ali Abdullah, kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua kaum setempat.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label SPDP5. Show all posts
Showing posts with label SPDP5. Show all posts
Thursday, April 12, 2012
Tingkatkan Kerjasama Antara Kaum Untuk Meningkatkan Taraf Hidup di Sibuti!?!?!
Thursday, April 12, 2012
Ahmad Lai, Barisan Nasional, Bekenu, Kelab BN, PBB, PRU13, Rosey Yunus, Sibuti, SPDP5
No comments
Rakyat dinasihatkan agar sentiasa mendekati kerajaan dan pemimpin kerajaan!!?? Ini untuk memudahkan penyampaian dasar-dasar kerajaan di samping menyalurkan maklumat daripada akar umbi ke peringkat atasan!!?? Penduduk di Kampung Pelapi kini dapat menikmati balai raya yang baru. Ini hasil daripada kerjasama dari semua peringkat termasuk penduduk kampung itu sendiri yang mendermakan tanahnya untuk dijadikan tapak kepada balai raya yang baru!!??? Setelah mengenal pasti lokasi tapak maka mudahlah pihak agensi kerajaan untuk membina sebuah balai raya yang dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk di kawasan tersebut!!?
Inilah juga hasil daripada pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional!!?? Sempena PRU13 yang semakin hampir maka kerjasama antara pemimpin dan rakyat sangat perlu untuk menolak dakyah jahat yang suka memecah-belahkan perpaduan di kawasan tersebut!!?!?!? Untuk itu, penduduk kampung perlu bersatu untuk menentang dakyah jahat ini yang hanya pandai berkata-kata umpama panglipur lara demi untuk memancing undi!!!??
Semoga rakyat di Sarawak tidak mudah terpedaya dengan agenda jahat pembangkang yang hanya mahu menghancurkan keharmonian di Sarawak!!!??
Wednesday, April 4, 2012
Senjata BN Memang Mantap!!?!?! Rosey
Wednesday, April 04, 2012
Barisan Nasional, Calon PAS Sibuti, Kelab BN, PAS, Rosey Yunus, Sarawak, SPDP5
No comments
Rosey yang juga ahli Kelab BN percaya PAS tidak akan berjaya menggugat Barisan Nasional di Sibuti!!!?? Pihak pembangkang memang suka bercakap besar sebelum pilihan raya namun apabila tiba PRU13 kelak mereka pasti tidak mampu menurunkan calon yang benar-benar berkaliber!!?!?!
Keputusan PRN 2011 dan PRU12 lepas dapat membuktikan bahawa orang Sibuti tidak akan lupa jasa pemimpin BN yang lalu!!?? Kemajuan dan pembangunan yang dibawa memang berterusan dan tidak pernah janji kosong!!?!? Lihatlah kerajaan pembangkang!!?!?! Sejauh manakah mereka mampu menandingi negeri BN?!?!?!
Sarawak P218, N61, N62
| Jumlah Pengundi: 22,143 Peratusan Kaum: M: 46% C: 22% I: % B/Sab: % B/Swk: 32% L: % |
| 1. Ahmad Lai Bujang (BN) [8,238] 2. Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR) [4,590] |
| Jumlah undi: Majoriti: 3648 Undi rosak: 192 |
| Penyandang: |
| Jumlah Pengundi: |
| 1. Rosey Yunus (BN) (4,946) 2. Dayang Juliana Awang Tambi (PCM) (284) 3. Thony Badak (Snap) (570) 4. Ishak Mahwi (PKR) (1,232) |
| Majoriti: 3,714 Jumlah undi: 7,135 Undi rosak: 103 |
| Penyandang: Rosey Yunus (BN) |
| Jumlah Pengundi: |
| 1. Ripin Lamat (BN) (4,625) 2. Zolhaidah Suboh (PKR) (3,104) 3. Johari Bujang (Snap) (693) |
| Majoriti: 1,521 Jumlah undi: 8,565 Undi rosak: 143 |
| Penyandang: Aidan Wing (BN) |
BN mempunyai strategi dan senjata tersendiri: Rosey
Posted on April 4, 2012, Wednesday
MIRI: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak akan memberi laluan mudah kepada pembangkang yang berhasrat untuk menawan Sarawak meskipun menang beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus berkata, kerajaan BN mempunyai strategi dan senjata tersendiri meskipun parti lawan mengetengahkan calon tempatan.
“Ini bukan soal calon sebaliknya ia berkaitan dengan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kerajaan yang mampu membawa perubahan dan membela nasib mereka,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, meskipun pembangkang mulai mencongak peluang dan menyasarkan beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak, namun ia tidak semudah yang dijangka.
“Kita percaya semua penyandang kerusi Parlimen di kontituensi masing-masing tidak akan membenarkan parti luar datang dan membantutkan semua pembangunan yang dirancang kerajaan untuk rakyat,” jelasnya.
Rosey yang juga Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga menyifatkan hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa perubahan kepada rakyat.
“Mereka (pembangkang) tidak mampu membawa perubahan positif kepada rakyat sebaliknya mereka hanya merosakkan perubahan yang sudah dan akan dilaksanakan kerajaan BN untuk rakyat,” jelasnya.
Mengulas mengenai sebuah parti pembangkang yang mengetengahkan calon tempatan untuk bertanding di Parlimen Sibuti, beliau memberitahu ja hanya satu taktik untuk mengaburi mata rakyat.
“Pembangkang licik dan mempunyai pelbagai cara untuk mengaburi mata rakyat termasuk mempergunakan orang tempatan untuk mewakili mereka bagi mencapai agenda tertentu,” tegasnya.
Rosey menjelaskan meskipun PAS meletakkan seorang calon berbangsa Iban untuk bertanding di Parlimen Sibuti kelak, ia tidak akan menjejaskan reputasi cemerlang calon BN di kontituensi itu.
“Selama ini, rakyat di Parlimen Sibuti memberi kepercayaan kepada BN untuk mentadbir urus mereka dan tidak mungkin mereka menggadai masa depan hanya untuk menyokong parti luar,” jelasnya.
Tambahnya, sesiapa pun calon yang diketengahkan parti pembangkang tidak akan menggegarkan kubu kuat BN sebaliknya ia hanya dilihat sebagai satu usaha yang sia-sia.
Saturday, March 10, 2012
Jalan Damai Dalam SPDP Bukan Sesuatu Yang Mustahil - Taib Mahmud
Saturday, March 10, 2012
Abdul Taib Mahmud, BN, Paulus Paul, PBB, Peter Nansian, Rosey Yunus, Sarawak, SPDP, SPDP5, Sylvester Entri, TERAS, Tiki Lafe, William Mawan
No comments
Hari ini mungkin Sarawak digemparkan mengenai pandangan Ketua Menteri mengenai penubuhan parti baru politik!!?? Memangg ada kebenaran dalam apa juga yang dikatakan oleh beliau!!?? Semoga pihak yang berkenaan akan berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat mereka untuk menubuhkan parti politik yang baharu di Sarawak!!??
Sekiranya mereka meneruskan juga perjuangan maka besarlah harapan agar Barisan Nasional masih menyinari di hati setiap pemimpin yang berbeza pendapat setakat ini!??! Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih!!?? Sekarang bukannya masa untuk bercerai namun sebaliknya setiap pemimpin dan ahli komponen parti BN hendaklah bersiap-sedia untuk menghadapi lawan sebenar perjuangan politik setiap individu iaitu memerangi Pakatan Rakyat?!!!
Bekas Pemimpin SPDP Hadapi Halangan Besar Jika Tubuh Parti Baru, Kata Taib
KUCHING, 9 Mac (Bernama) -- Lima wakil rakyat yang kini tidak lagi menjadi anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menghadapi halangan besar jika mereka menubuhkan parti baru, kata Ketua Menteri, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
Beliau berkata sebaliknya, adalah lebih baik jika lima wakil rakyat berkenaan -- Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe dan Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Gumbang (Batu Danau) -- diberi masa untuk berdamai semula dengan SPDP.
"Saya tidak fikir langkah itu (menubuhkan parti baru) suatu idea yang baik kerana kelak akan timbul banyak halangan yang perlu mereka atasi atau untuk mendapat persetujuan semua parti komponen bagi membolehkan mereka menganggotai Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di sini.
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang spekulasi bahawa sebuah parti baru dikenali sebagai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan ditubuhkan untuk memberi tempat kepada kelima-lima mereka, yang digelar media sebagai SPDP 5. Wakil terbabit telah dipecat atau meninggalkan parti itu antara Disember tahun lepas dan Januari tahun ini.
Sumber yang dipetik akhbar berkenaan berkata permohonan telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftar parti itu dan apabila diluluskan, ia akan diterima sebagai parti komponen BN.
Selain SPDP, BN Sarawak dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang diterajui Taib, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Taib berkata "bukanlah sesuatu yang mustahil sama sekali" bagi SPDP di bawah pimpinan presidennya Tan Sri William Mawan dan lima wakil rakyat berkenaan untuk menemui jalan perdamaian.
"Saya rasa tidak begitu elok bagi SPDP membiarkan kelima-lima YB berkenaan berada di luar parti. Keadaan begini tidak baik bagi mana-mana parti," katanya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)






