Buah Dabai Terung Dayak, dabai diiktiraf sebagai harta intelek Sarawak
Terung Dayak
Utusan Borneo 27 November 2012, Selasa
MIRI: Terung Dayak yang juga dikenali sebagai terung asam dan dabai kini sudah diiktiraf dan didaftarkan sebagai harta intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI), yang juga merupakan salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Pengerusinya Datuk Abdul Manan Ismail memberitahu kedua-dua buah sayuran berasal dari Sarawak itu merupakan yang terbaharu di antara tujuh tumbuhan asal negeri ini yang telah dilindungi hak miliknya dan didaftarkan di bawah GI.
“Kesemua tujuh tumbuhan asal Sarawak itu telah dipohon oleh kerajaan negeri untuk dilindungi sebagai harta intelek negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Sarawak,” katanya.
Manakala produk kelapan dari negeri ini yang turut dilindungi dan telah didaftarkan sebagai harta intelek negara ialah produk paling popular, kek lapis Sarawak.
Selain dabai dan terung Dayak, lima tumbuhan asal lain negeri ini yang turut dilindungi ialah tiga jenis beras termasuk Bario, lada (hitam dan putih) serta sejenis herba yang hanya tumbuh di negeri ini.
“Apabila kesemua produk ini telah didaftarkan sebagai harta intelek, maka mudah bagi kita untuk memasarkannya sama ada dalam negeri mahupun ke pasaran antarabangsa dan secara tidak langsung menjadi cap dagangan dari negeri Sarawak dan negara ini.
“Bagaimanapun saya dapati masih banyak produk unik negeri ini dan hanya terdapat di Sarawak, yang masih belum didaftarkan sebagai harta intelek seperti garam tanah tinggi dan epal Ba’Kelalan,” katanya kepada pemberita di sini, selepas merasmikan Seminar Kesedaran Harta Intelek di sini, semalam.
Sehubungan itu Abdul Ma-nan meminta pihak berkaitan seperti industi kecil dan sederhana (IKS) mengenal pasti produk unik ini dan mendaftarkannya dengan segera sebagai harta intelek bagi melindungi hak milik Sarawak.
Pada masa ini tambahnya, garam tanah tinggi yang hanya terdapat di Bario dan Ba’Kelalan serta epal Ba’Kelalan masih belum didaftarkan lagi.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Abdul Manan memberitahu bahawa kerajaan melalui MyIPO akan memperkenalkan Model Penilaian Harta Intelek (IP Valuation Model) kepada rakyat negara ini, sebagai langkah mengiktiraf peranan harta intelek dalam pembangunan ekonomi negara.
“Di bawah Belanjawan 2013, MyIPO telah diperuntukkan sebanyak RM19 juta untuk melatih penilai-penilai harta intelek tempatan.
“Usaha ini akan membantu syarikat tempatan khususnya IKS, mengukuhkan lagi keupayaan perniagaan dan pengkomersilan produk mereka,” katanya.
Mengenai pemahaman terhadap kepentingan harta intelek di kalangan masyarakat di negeri ini, beliau berkata peningkatan statistik permohonan cap dagangan yang difailkan di Sarawak membuktikan kesedaran golongan peniaga semakin bertambah.
“Saya difahamkan sehingga Oktober 2012, sebanyak 404 permohonan harta intelek telah difailkan berbanding 301 bagi tempoh yang sama pada 2011, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 34 peratus,” tambahnya.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Petunjuk Geografi. Show all posts
Showing posts with label Petunjuk Geografi. Show all posts
Tuesday, November 27, 2012
Terung dan Buah Dabai Jadi Harta!
Tuesday, November 27, 2012
Buah Cabai, Buah Tempatan, Harta Intelek, Miri, Musim Buah, myIPO, Petunjuk Geografi, Sarawak, Terung Dayak
No comments
Pasti ada yang teringat kelazatan buah dabai yang lemak dan bersalut garam. Tidak kurang juga terung asam atau terung dayak yang direbus dengan ikan, kunyit, cili untuk menjadi lempah asam.
Kini terung dayak dan buah dabai sudah diiktiraf sebagai harta intelek Sarawak. Ini boleh diperolehi di bawah Petunjuk Geografi atau (GI) yang menjadi salah satu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO).
Semoga lebih banyak usaha sedemikian diteruskan untuk menonjolkan lagi imej Sarawak di mata dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)