PBB bukan dalang SMS tanya mutu perkhidmatan Ahmad Lai
Posted on April 11, 2012, Wednesday
|
Ahmad Lai di Kampung Opak |
MIRI: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ternyata bukanlah dalang di sebalik kidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertanyakan mutu perkhidmatan wakil rakyat Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang berleluasa sejak hujung minggu lalu.
|
Ketua Penerangan PBB Lambir Kaunselor Razak Joni |
Ketua Penerangan PBB Lambir Kaunselor Razak Joni mengesahkan ia bukanlah perbuatan ahli-ahli mereka.
“Tidak,
ia (SMS) sudah tentu bukan datang daripada ahli kami (PBB),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Menurutnya,
SMS sebegitu tidak patut disebarkan kerana wakil rakyat berkenaan telah membuat yang terbaik di konstituensi Parlimen beliau.
“Sepatutnya tidak berlaku (sebar SMS) sebab beliau seorang wakil rakyat yang bekerja, banyak pembangunan telah dilaksanakan di Sibuti secara keseluruhannya dan memerlukan kesinambungan,” jelasnya.
Sementara itu, seorang ahli PBB Ranting Bekenu Mokhtar Ree turut menafikan SMS berkenaan daripada kalangan ahli PBB.
“Bukan daripada kalangan ahli, mungkin daripada beberapa pihak tidak bertanggungjab lain,” ujarnya.
Katanya,
Ahmad Lai merupakan seorang wakil rakyat yang kerap turun padang dan melaksanakan tanggungjawabnya.
“Beliau telah memberikan yang terbaik kepada semua rakyat di konstituensinya, tidak mengira agama dan bangsa, tidak ada pilih kasih,” jelas beliau.
Mengenai SMS itu yang ditaip dalam bahasa Inggeris, ia bertanya tentang
“adakah anda berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai”.
SMS juga mengkehendaki si penerima membalas jawapan sama ada mereka berpuas hati (ya) atau tidak berpuas hati (tidak) kepada si pengirim.
Admin ,Minta linkkan blog saya : www.dhanyaraam.blogspot.com Terima kasih
ReplyDelete