Thursday, April 12, 2012

Aktifkan Bilik Gerakan Untuk PRU13 - Ripin Lamat!!??

Bilik Gerakan yang paling berkesan adalah di peringkat akar umbi!!??  Untuk itu ahli-ahli PBB hendaklah sentiasa peka kepada isu dan masalah yang disuarakan di peringkat ranting mereka!!??  Mereka juga hendaklah menyalurkan terus kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya sekiranya di luar kuasa dan jagaan mereka!!?!?

Mereka juga hendaklah bersikap proaktif untuk memberi khidmat kepada penduduk di kampung mahupun di rumah panjang!!!??  Mereka inilah menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan keberkesanan progam pembangunan dan transformasi kerajaan yang berlangsung sekarang ini!?!?!

Mereka juga merupakan pemimpin di peringkat akar umbi untuk menyalurkan maklumat dan isu daripada rakyat kepada kerajaan dan sebaliknya!!??   Janganlah memandang remeh tugas mahupun jawatan di peringkat ranting kerana ianya merupakan tanggungjawab dan memainkan peranan yang besardalam kerajaan Barisan Nasional!!?

Cawangan kecil PBB berperanan beri khidmat kepada penduduk

Posted on April 12, 2012, Thursday


MIRI: Cawangan-cawangan kecil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masih tetap memainkan peranan yang amat penting, terutama dalam memberi khidmat kepada penduduk di kampung dan rumah panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, kehadiran ahli-ahli dari cawangan kecil boleh membantu ketua masyarakat atau ketua kaum, khasnya dalam menyebarkan mengenai polisi pembangunan kerajaan.

“Malah anda boleh menjadi mata dan telinga kepada parti (bahagian induk) dan kerajaan untuk mengetengahkan masalah rakyat serta memberikan maklumat yang tepat mengenai program-program pembangunan kerajaan untuk rakyat.

“Jangan lupa, anda juga adalah pemimpin bagi parti ini (PBB) di peringkat akar umbi di kawasan anda, sama ada menyampaikan isu ataupun menyebarkan isu-isu berkenaan parti,” tambahnya.

Ripin memberitahu demikian dalam ucapannya semasa bertemu ahli-ahli jawatankuasa PBB Cawangan Lambir, termasuk Pergerakan Pemuda dan Wanitanya, di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Pengerusi PBB Lambir Julani Mokhtar, Ketua Wanita PBB Lambir Kaunselor Zainani Salleh, Ketua Pemuda PBB Lambir Hajis Labau dan Setiausaha PBB Lambir Gapor Isa.

Menurut Ripin, ahli jawatankuasa di peringkat cawangan kecil adalah mereka yang paling rapat dengan penduduk di peringkat akar umbi dan lebih tahu mengenai masalah, isu-isu berbangkit dan keperluan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu beliau menggesa semua ahli dan jawatankuasa peringkat cawangan kecil supaya sentiasa peka dengan masalah dan keperluan penduduk di akar umbi dan kemudiannya menyalurkannya kepada pemimpin atasan untuk diambil tindakan.

“Masalah atau isu-isu di peringkat akar umbi ini boleh diketahui dengan cepat apabila pemimpin di cawangan kecil ini bertindak terus mengenal pasti punca dan kemudian merujuknya kepada agensi kerajaan atau jabatan berkaitan agar diatasi segera,” tambahnya.

Dalam pada itu dalam mesyuarat yang sama, Ripin turut meminta semua cawangan kecil di bahagian Lambir supaya mengaktifkan bilik gerakan masing-masing memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) kini semakin hampir.

Melalui bilik gerakan ini, ahli-ahli parti katanya boleh terus menggerakkan aktiviti bagi mengetahui masalah rakyat dan menyelesaikannya.

“Dengan adanya komitmen penuh daripada semua cawangan parti dalam bahagian Lambir ini, kita kini bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihan raya, selepas pilihan raya negeri,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda