Thursday, April 12, 2012

Ahmad Lai Tiup Semangat Pembangunan di Sibuti!!?!?

Semangat Barisan Nasional di hati penduduk Sibuti tidak perlu dipersoalkan!!??  Mereka tahu dan kenal apa maksud pembangunan!!??  Penyandang kerusi Parlimen Sibuti juga tidak gentar berhadapan dengan mana-mana calon yang diturunkan oleh pembangkang!!??

Pembangkang yang banyak kuah dari isi, sentiasa berucap umpama tin kosong sebelum pilihan raya tetapi hilang wang pertaruhan setelah pengiraan undi dijalankan!!?!?!  Pembangkang selagi tidak pandai menarik hati rakyat dengan pembangunan sebenar tidak mungkin akan menawan Sibuti!!??  Semua orang pandai bercakap dan berdemonstrasi di tepi jalan tetapi tidak semua yang layak menjadi pemimpin seperti mana yang sedia ada pada pucuk pimpinan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri yang bijak seperti Najib Razak!!?!!?

Rakyat sudah serik dengan tipu-muslihat pembangkang semasa berkempen PRN 2011 yang lalu!?!!?  Miri contohnya pembangunan hanya dibawa oleh MBM dan bukannya DAP yang tidak pernah turun padang pun kecuali untuk menganjurkan majlis makan malam untuk mengisi dana dan poket pemimpin DAP sahaja!!?!!?  Dana ini juga untuk mengisi minyak kereta mereka yang akan mengambil gambar kelak di tepi lubang di setiap jalan raya utama yang menghubungkan pejabat DAP mereka sahaja!!??!  Pasti kita semua tidak sedar tetapi itulah hakikat sebenar perjuangan DAP!?!?!

Semoga rakyat sudah membuka mata agar tidak melakukan kesilapan seperti yang telah berlaku di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan!?!?!  Jangan biarkan nasib kita dirogol seperti kes liwat Ketua Pembangkang!?!?  Setelah tidak dapat tidur dalam Dewan dia telah tidur dalam China Doll dan Isteri kawan!!?!?!  Berfikirlah dengan bijak sebelum memberi undi kepada pembangkang!!?!!?

Ahmad Lai tidak gentar hadapi mana-mana calon parti lawan

Posted on April 11, 2012, Wednesday

MIRI: Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang menegaskan beliau tidak gentar berhadapan dengan mana-mana calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau memberitahu, meskipun parti lawan sudah menaruh minat untuk meletakkan calon Bumiputera bertanding di P218, namun ia tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

“Negara kita mengamalkan sistem demokrasi dan mana-mana parti lawan boleh menghantar siapa juga calon untuk bertanding, akan tetapi BN tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, penduduk di kawasan pinggir-pinggir bandar dan luar bandar masih berpegang teguh dan memberi sokongan padu kepada BN lebih-lebih lagi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Rakyat di konstituensi saya masih memerlukan kerajaan BN atau dalam kata lain memerlukan sentuhan pembangunan secara berterusan sama ada ekonomi atau sosial,” tegasnya.

Dalam masa sama katanya, jentera penggempur pilihan raya P218 Sibuti telah bersedia untuk menghadapi PRU dan hanya menunggu arahan pihak atasan untuk menggempur pihak lawan.

“Kita sememangnya sudah lama bersedia dan hanya menunggu signal atau butang hijau daripada pucuk kepimpinan BN Pusat dan kita yakin rakyat kekal menyokong BN pada PRU kelak,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama antara parti komponen BN di Sarawak, beliau memberitahu setiap parti mempunyai kekuatan masing-masing dan menggunakan ia untuk membantu antara satu sama lain.

“Kerjasama antara parti komponen BN di sini masih teguh dan kukuh serta ia sukar digugat meskipun parti lawan beranggapan ada antara parti BN lemah kerana krisis dalaman parti,” ujarnya.

Menurutnya, krisis dalaman parti komponen BN tidak akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap reputasi BN sebagai kerajaan yang cemerlang mentadbir urus negara.

Ditanya sama ada kerusi P218 bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru atau lebih, beliau dengan tegas memaklumkan selagi rakyat memberi sokongan kepada kerajaan BN maka kerusi itu akan kekal milik BN.

“Ia terpulang kepada rakyat untuk menentukan wakil rakyat mereka namun saya percaya mereka masih kekal dan menyokong saya sebagai penyandang kerusi P128 Sibuti,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda