Sunday, April 15, 2012

Pakatan Haram Masih Lemah Menguasai Persefahaman!?!!?!?

Pakatan Haram tidak mungkin dapat menandingi perpaduan dalam Barisan Nasional kerana mereka tidak pernah berpakat!?!?!?!  Setakat ini mereka masih merebut kerusi!?!?!  Kalau beginilah PR memegang kerajaan maka sampai habis penggal pun mereka tidak akan memerintah kerana masih berebut jawatan!?!?   Beginikah sepakatnya pakatan haram!?!?!  Tarikh PRU13 semakin hampir mereka di peringkat atasan masih berebut kerusi manakala di peringkat bawahan masih menunjuk dan menunding jari ke lubang jalan !!?!?  Sampai bilakah pakatan haram akan mengeluarkan wang mereka untuk mengambus lubang jalan raya atau membawa kayu, papan dan cat untuk membina jeti rosak!?!?!  Sikap mereka yang tidak proaktif adalah mengalahkan budak kecil!!?!??  Mampukah pakatan haram menandingi Barisan Nasional!?!?  Sememangnya tidak!!!?!? 

PR tidak mampu tandingi persefahaman BN

Posted on April 15, 2012, Sunday
KUCHING: Pakatan Rakyat (PR) yang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak mampu menandingi persefahaman yang terjalin dalam Barisan Nasional (BN).

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, biarpun menggunakan perkataan ‘pakatan’ untuk merujuk perpaduan, namun secara hakikatnya mereka tidak sebulu.

Menurutnya, semua parti komponen di bawah BN bekerjasama dan bersatu padu untuk merealiasikan matlamat perjuangan membantu rakyat secara menyeluruh.

“Walaupun BN terdiri daripada pelbagai parti, namun perjuangan semua adalah sama iaitu untuk membantu memajukan negara dan rakyat.

“Tidak seperti mereka (pembangkang) lain tempat lain cakap, malah perjuangan mereka juga tidak sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Jalan Tanjung Embang di sini, malam kelmarin.

Justeru, beliau mahu rakyat negeri ini tidak mendengar atau terpengaruh dengan janji manis pihak terbabit.

“Kita tidak cakap sahaja tetapi melaksanakan apa yang dijanji. Bukan macam mereka yang hanya tahu berkata-kata untuk menyedapkan telinga,” ujarnya.

Malah, katanya, perjuangan pihak terbabit boleh dianggap berbahaya kerana berhasrat untuk memporak peranda perpaduan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, menurut Daud, setiap kaum di negeri ini mempunyai hak sama rata kerana kerajaan mengutamakan perpaduan.

“Tidak ada kaum yang majoriti atau mendominasi kaum lain di negeri ini.

“Perkara ini yang menyebabkan kita (rakyat Sarawak) boleh hidup bersama tanpa sebarang masalah,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda