Isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang adalah isu lapuk yang sememangnya sudah diketahui awal oleh kerajaan BN! Kadang kala pihak pembangkang seperti kucing berak bulu kerana tidak tahu apa lagi isu yang hendak dibangkitkan?
Sepatutnya otak pihak pembangkang ini bertaraf parlimen memandangkan semua isu yang telah dibangkitkan adalah bersangkut-paut dengan peringkat negeri! PRN Sarawak baru sahaja berlalu tetapi pihak pembangkang sendiri tidak dapat membangunkan kawasan mereka seperti di kawasan DAP! Apakah yang sudah dibawa oleh DAP di Miri?
Bekenu sudah mendapat kelulusan untuk mendirikan Stadium Mini! Bukan itu sahaja, hari Khamis ini pula perasmian Rumah Mesra Rakyat di Kampung Menjelin.
Pilihlah calon yang benar-benar bijak bukan sekadar atas kertas tetapi tidak pandai apabila berurusan dengan rakyat! Untunglah Parlimen Sibuti mendapat calon berhemah tinggi seperti Ahmad Lai. Kalau tidak pasti malu rakyat Sibuti apabila tidak bijak memilih isu seperti calon yang dihantar oleh PAS!!
Calon PAS ini pula antara Pendakwah bebas dan system admin IT yang mana lebih bijak? Pastinya pendakwah bebas kerana system admin ini sudah lama berkecimpung dalam PAS tapi tidak diiktiraf oleh PAS pusat, pesuruhjayanya pula asyik disuruh berkempen untuk orang lain bila pula jasa beliau akan diiktiraf untuk menjadi calon PAS! Mungkin tidak layak juga, buat penat saja ke hulur ke hilir bawa beg plastik tapi tidak diendahkan. Fikir-fikirlah!!
Semua isu dimainkan pembangkang tidak relevan
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa
MIRI: Semua isu yang dimainkan oleh parti pembangkang ketika ini adalah tidak relevan sebaliknya isu-isu yang timbul disebabkan parti politik itu ketandusan idea atau terdesak untuk sokongan rakyat.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata semua isu kebajikan atau keperluan rakyat seperti jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik sahaja yang sering ditimbul parti politik terbabit.
“Bagi kawasan saya, semua isu terbabit sudah diselesaikan dan kerajaan masih lagi meneruskan kesinambungan pembangunan khasnya di kawasan yang belum menerima kemajuan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, rakyat perlu bersabar kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka sebaliknya semua keperluan mereka tetap ditunaikan.
“Sebagai contoh, sekiranya rakyat berdepan masalah air bersih, kerajaan menyediakan tangki air bagi memudahkan mereka menakung air hujan manakala projek menyalurkan air paip masih dalam pelaksanaan,” jelasnya.
Tambahnya, setiap isu yang cuba dibangkitkan oleh parti politik pembangkang itu tidak relevan kerana ia hanya satu taktik mereka mengalih perhatian rakyat ketika kerajaan menunaikan janji.
“Saya menasihati semua penduduk setempat khasnya di rumah panjang dan kampung-kampung supaya menjauhkan diri daripada hasutan anasir luar yang cuba mendapatkan sokongan mereka,” jelasnya.
Menurutnya rakyat perlu sedar bahawa semua kemajuan dan pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil usaha gigih kerajaan Barisan Nasional dalam membela nasib mereka.
“Pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi mereka tidak bekerja untuk membela nasib rakyat berbanding kita (keraja-an) bukan hanya melempar janji tetapi berusaha menunaikan janji,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 comments:
Post a Comment