Friday, July 20, 2012

Abang Jo Beri Lampu Hijau Kepada Ahmad Lai Dicalonkan Semula Di Sibuti!


Ahmad Lai akan meneruskan perjuangan BN untuk membawa program tranfomasi kerajaan BN kepada rakyat di Sibuti. Menurut Timbalan Presiden PBB, jarang ada wakil rakyat yang berjuang untuk satu penggal sahaja! Lebih-lebih lagi Sibuti merupakan hasil daripada persempadanan baru dan Ahmad Lai tentulah lebih arif dengan kawasan parlimen tersebut.

Setakat ini, Ahmad Lai bukan wakil rakyat bermasalah seperti yang digemburkan oleh sesetengah pihak! Namun, dengan prinsip yang sedia ada yang dipegang dalam PBB maka Ahmad Lai adalah wakil rakyat untuk Sibuti. Kemungkinan beliau akan dikekalkan sehingga 4 penggal?

Bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat di kawasan yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam! Namun ini semua telah berjaya diharungi oleh Ahmad Lai dalam usahanya untuk menyematkan dasar-dasar kerajaan di hati rakyat.

PRU13: PBB bayangkan pencalonan semula Ahmad Lai
Utusan Borneo 20 Julai 2012, Jumaat




BEKENU: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, semalam membayangkan parti itu memberikan ‘lampu hijau’ kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang untuk dicalonkan semula menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau berkata, berdasarkan prinsip dalam PBB, jika wakil rakyat selama satu penggal tidak mempunyai sebarang masalah termasuk dalam kepimpinannya, maka tiada sebab untuk dia digugurkan (daripada pilihan raya seterusnya).

“Dalam PBB, Presiden kita Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai prinsip bahawa tiada wakil rakyat yang akan berkhidmat selama satu penggal tetapi sekurang-kurangnya dua penggal,” katanya.

“Melainkanlah calon tersebut benar-benar bermasalah, tidak dapat berkhidmat untuk rakyat, baharu kita akan tukarkannya. Dalam soal ini, wakil rakyat kita yang sedia ada (Ahmad Lai) baharu satu penggal dan tiada masalah.

“Saya berani memberitahu sudah ada bayangannya, bahawa parti akan mencalonkan semula Ahmad Lai untuk mempertahankan (kerusi) Sibuti untuk penggal kedua,” jelasnya.

Abang Johari berkata demikian kepada pemberita di sini ketika menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan lantang beliau dalam ucapannya bahawa Ahmad Lai berpotensi besar untuk dicalonkan semula di Parlimen Sibuti.

Bayangan daripada Timbalan Presiden PBB itu juga sekali gus menamatkan spekulasi bahawa terdapat segelintir pihak yang mahu menjatuhkan Ahmad Lai, sekali gus berhasrat ‘merampas’ kerusi Parlimen Sibuti daripada beliau.

“Itu hanya spekulasi semata-mata. Mungkin ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka. Kita (PBB) tidak pernah beri wakil rakyat kita memimpin satu penggal, sebaliknya dua penggal.

“Jadi tidak calon lain yang kita ada selain daripada Ahmad Lai,” katanya sambil berharap kenyataan beliau akan menamatkan spekulasi tersebut dan tidak lagi pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan mengembar-gamburkan isu itu semula.

Spekulasi mengenai kewujudan ‘hasrat’ segelintir pemimpin dan pihak yang mahu menjatuhkan Ahmad Lai bagi mendapatkan kerusi Sibuti kian rancak kebelakangan ini terutama menjelang PRU13 apabila parti itu terus berdiam mengenai senarai calonnya hinggakan timbul beberapa nama yang didakwa bakal menggantikan Ahmad Lai.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Ahmad Lai yang mewakili PBB bertanding buat pertama kalinya di Parlimen Sibuti yang baharu diwujudkan selepas persempadanan semula daripada Parlimen Miri, dengan beliau memperolehi kemenangan besar mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Michael Teo dengan majoriti 3,648 undi.

Sementara itu Abang Johari yang juga Menteri Perumahan, dalam ucapannya pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi Skim Pembesaran Kampung Menjelin di sini semalam, mengingatkan rakyat di Sibuti agar berjaga-jaga dengan kehadiran sekumpulan pihak pembangkang bersama dakyah mereka serta menyanyikan ‘Lagu Madu dan Racun’ yang memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, rakyat perlu menepis dakyah kumpulan ini dengan melihat kembali kepada pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN untuk mereka termasuk projek RMR yang sedang akan akan dilaksanakan untuk manfaat penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda