Monday, July 16, 2012

Kakitangan Awam Perlu Mencerminkan Budaya Kerja Yang Ungul! - Ahmad Lai


Kakitangan awam harus melihat setiap tugas sebagai satu bentuk amanah yang dipertanggugjawabkan. Mereka hendaklah mengerjakan setiap amanah tersebut dengan penuh kecekapan dan integriti.

Ini bukan sahaja menunjukkan kepakaran mereka menangani sesuatu tugsan namun dapat mencerminkan budaya kerja dan membolehkan rakyat yang berurusan dengan jabatan tersebut bertambah kagum dengan keunggulan mutu kerja yang disampaikan.

Semoga kakitangan awam akan terus mempertingkatkan daya saing yang sihat sesama mereka dan berjaya menyampaikan hasil kerja yang bermutu tinggi!

Kakitangan awam perlu pastikan kualiti kerja terbaik: Ahmad Lai

Utusan Borneo 15 Julai 2012


MIRI: Setiap kakitangan awam perlu memastikan kualiti kerja diberikan adalah yang terbaik.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, ini demi memastikan nama baik jabatan yang diwakili terjaga setiap masa.

“Jangan bersikap sambil lewa terhadap kerja-kerja yang telah ditugaskan kepada kita,” katanya pada Program Hari Keluarga Kelab Jabatan Tanah dan Survei (LANDAS) Miri di Luak Esplanade di sini, semalam.

Beliau berkata, tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugasan adalah satu bentuk amanah yang perlu diselesaikan dengan sesempurna mungkin.

“Tujuan menjaga kualiti kerja juga adalah seperti menjaga hubungan baik antara pihak bawahan dan atasan,” jelasnya.

Justeru, katanya, untuk menjadi organisasi atau jabatan yang unggul, ia memerlukan kerjasama dan hubungan erat antara satu sama lain tidak mengira pangkat seseorang.

Beliau turut memuji JTS Miri di mana baru-baru ini telah mendapat beberapa pengiktirafan berkaitan perkhidmatan mereka.

Seramai kira-kira 200 ahli kelab terdiri daripada kakitangan JTS Miri serta keluarga hadir pada majlis berkenaan yang dimeriahkan dengan beberapa aktiviti sukan dan permainan.

Pada majlis sama, Ahmad Lai turut menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada kelab berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Kelab Landas Miri dan juga Pegawai Penguasa JTS Miri Yunus Tambi.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda