Thursday, July 12, 2012

Peningkatan Ekonomi Bergerak Seiring Dengan Gelombang Pembangunan Ilham Perdana Menteri!- Ahmad Lai

Kesimpulannya BN pasti menang besar.  Hanya dalam BN sahaja tiada perbezaan kaum, tidak kira apa juga pegangan politik mereka.  Contohnya dalam menyalur BR1M, KR1M, BB1M dan banyak lagi produk Gagasan 1Malaysia yang semua dimanfaat bersama oleh rakyat!  Pernahkah kita mendengar kerajaan pembangkang mengotakan janji mereka?

Kalau BN buat pembaik pulihan bangunan mereka kata membazir?  Bagaimanalah kalau ekonomi BN ditadbir dengan sempurna sehingga semua lapisan masyarakat dan tidak kurang juga taman rekreasi hiburan serta sungai-sungai mendapat kebajikan dalam kerajaan BN!!  Pastinya kerajaan pembangkang feeling geleng kepala kerana mereka tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.  Mentaliti mereka cuma mencari kesalahan dan tidak pernah untuk membaiki!

Di Miri, Klinik Kesihatan masih menunggu pembelaan DAP namun tidak juga ada yang turun tetapi berdiam diri kerana calon DAP mahu pun PKR tidak pasti sama ada mereka akan dicalonkan di Miri!  Inilah pihak pembangkang masalah di hadapan hidung sendiri tidak nampak tetapi semut di seberang sungai nampak!!!?

BN tiada masalah menang besar kerana semua janji ditepati
Utusan Borneo 12 Julai 2012

BEKENU: Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk menang dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan semua janji kepada rakyat selama ini telah ditepati.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata rakyat khasnya di Sarawak telah menikmati kemajuan dan pembangunan yang dibawa kerajaan tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Nasib semua rakyat akan terus dibela dan kerajaan BN tidak pernah memilih untuk menjaga kebajikan kaum-kaum tertentu sebaliknya kebajikan rakyat sama ada di bandar atau luar bandar akan terus dijaga,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sehubungan itu, beliau mengajak supaya rakyat terus berdiri kukuh di belakang kerajaan BN bagi meneruskan kelangsungan pembangunan dan kemajuan selain taraf hidup mereka terus meningkat.

“Kerajaan sekarang bukan hanya menumpukan tentang kemajuan sahaja tetapi juga mencari cara terbaik untuk meningkatkan ekonomi rakyat dalam bidang-bidang berpotensi besar,” jelasnya.

Antaranya kata beliau kerajaan memberi bantuan benih padi, baja, anak-anak ikan dan sebagainya kepada golongan penternak dan petani khasnya di kawasan luar bandar.

“Ia adalah salah satu cara kerajaan untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat supaya golongan sasar turut bergerak seiring dengan gelombang pembangunan yang diilhamkan Perdana Menteri,” ujarnya.

Sementara itu, beliau tidak gentar atau takut dengan taktik pembangkang yang ketika ini masuk ke kampung-kampung dan rumah panjang di luar bandar semata-mata untuk meraih sokongan.

“Saya percaya rakyat luar bandar boleh menilai kemampuan dan sumbangan kerajaan BN kepada mereka selama ini dan rakyat diyakini terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada kita,” jelasnya.

Beliau memberitahu, kehadiran pembangkang di kampung-kampung dan rumah panjang luar bandar hanya sementara dan mereka akan menghilang diri sebaik sahaja berakhir PRU.

“Terpulanglah kepada pengundi untuk memilih kerajaan yang terbaik untuk mereka namun jika berlaku perubahan kerajaan, ia hanya akan merugikan penduduk setempat khasnya dari segi pembangunan,” jelasnya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada 13 penerima terdiri daripada persatuan, surau serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan jumlah keseluruhan RM43,000.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda