Saturday, July 28, 2012

Jiwa Murni Cuba Hubungkan Bario dan Ba'kelalan!


Syabas di atas usaha skot-skot yang berusaha untuk menghubungkan jalan dari Bario ke Ba'kelalan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa cabaran ini terdiri dari pelbagai faktor dan akan mengambil masa lebih daripada dua atau tiga tahun. Faktor cuaca dan keadaan muka bumi adalah yang paling mencabar kerana terdapat bukit, gunung dan juga sungai yang terpaksa diredah untuk menghubungkan dua tempat ini.

Tahniah sekali lagi kepada pendorong dan penggerak utama Projek Jiwa Murni ini!
Cuaca cabaran utama bina jalan Bario-Ba’ Kelalan
Posted on July 28, 2012, Saturday



MIRI: Masalah cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membina jalan menghubungkan Bario dan Ba’Kelalan.

Panglima Briged Ke-9 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, teknologi yang digunakan dalam pembinaan jalan berkenaan amat memerlukan keadaan cuaca baik.

“Pembinaan (jalan Bario-Ba’ Kelalan) sangat mencabar kerana amat bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya kepada Utusan Borneo ketika Program Jiwa Murni di kawasan Bario baru-baru ini.

Menurutnya, teknologi penstabil tanah yang digunakan untuk membina jalan tersebut memerlukan cuaca panas selama tiga atau empat hari bagi memastikan permukaan tanah kering.

Bukan setakat itu, cabaran geografi juga salah satu faktor utama dalam pembinaan.

“Terdapat gunung, bukit serta sungai yang kita bakal lalui dalam pembinaan jalan itu nanti. Itu juga cabaran utama,” kata Stephen.

Pada masa sama, beliau memberitahu jalan yang bakal dibina itu hanyalah jalan penghubung sahaja.

“Kita hanya buat jalan penghubung sahaja, tidak boleh dibandingkan dengan jalan raya awam yang berturap,” jelas beliau.

Mengenai perkembangan pembinaan jalan tersebut, Stephen memberitahu pemerhatian sudah dibuat dan semua peralatan yang diperlukan telah pun disediakan di kedua-dua tempat.

“Kita jangka pembinaan bermula selepas Hari Raya dan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya bergantung kepada keadaan,” katanya.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda