Tuesday, July 3, 2012

Kampung 1Malaysia Mendapat 3 Projek Baru di Miri

Kampung 1Malaysia akan menerima 3 projek yang baru mendapat kelulusan daripada kerajaan.  Antara projek tersebut adalah tangki air 1Malaysia, pembinaan dewan serba guna dan atap zink untuk 55 buah keluarga.

Keperihatinan kerajaan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan Kampung 1Malaysia adalah tanda kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat.  Semoga rakyat sentiasa ingat akan jasa kerajaan Barisan Nasional semasa PRU13 kelak!
Kerajaan lulus tiga projek untuk Kampung 1Malaysia

Posted on July 2, 2012, Monday

MIRI: Kerajaan meluluskan tiga projek untuk Kampung 1Malaysia di Jalan Miri Bypass termasuk pembinaan dewan serba guna bernilai RM10,000.

Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sebastian Ting berkata, peruntukan itu diluluskan oleh Ahli Parlimen Miri Datuk Seri Peter Chin.

“Dua lagi projek yang diluluskan segera ialah pembekalan tangki air 1Malaysia dan zink untuk kegunaan 55 keluarga di sini,” katanya berucap pada Majlis Ngiling Bidai di dewan serba guna Kampung 1Malaysia ketika mewakili Chin semalam.

Sehubungan itu, Sebastian yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau mahu ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengemukakan senarai nama keluarga serta maklumat lain untuk membolehkan bantuan disalurkan.

“Untuk permintaan tangki 1Malaysia, kita akan usahakan secepat mungkin bagi memastikan penduduk kampung mendapat bekalan air,” katanya.

Permintaan lain yang turut dipertimbangkan ialah bekalan batu untuk jalan raya kampung serta penyambungan bekalan elektrik.

“Untuk permohonan batu, saya mahu penduduk kampung menulis surat kepada Datuk Seri Peter Chin agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Manakala bekalan elektrik, saya akan membuat susulan dengan pihak SESCo,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi JKKK Kampung 1Malaysia Julius Lemon memohon kerajaan membekalkan kemudahan tangki 1Malaysia, menaik taraf jalan, penyambungan bekalan elektrik dan membina sebuah dewan serba guna

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda