Anwar Ibrahim hilang seri? Itulah yang cuba disampaikan oleh rakan blogger Wira Kenyalang. Ikutilah kupasan beliau yang menjadi spy leman di kawasan Satok pada minggu lepas!
INTI PATI CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI MERDEKA RAKYAT KUCHING
BY WIRA KENYALANG AHAD, 22 JULAI 2012
KUCHING, 15 Julai – Ketika umat Islam sibuk melakukan persiapan menerima kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak, Anwar Ibrahim sibuk pula melakukan ‘lawatan’ ke Kuching dalam rangka persiapan PRU-13. Kehadiran Anwar Ibrahim ke Kuching sememangnya suatu langkah terdesak memandangkan kehadiran kumpulan sebelumnya ke Kuching yang diketuai Azmin Ali sebelum ini tidak mendapat sambutan.
PKR Sarawak yang diketuai Baru Bian mengharapkan impak kedatangan Anwar Ibrahim akan dapat mengatasi kehadiran Azmin Ali dan Mak Lampir sebelum ini, tetapi tidak berjaya bahkan lebih teruk daripada yang diharapkan.
Bertempat di kawasan yang sama, Ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan PKR Sarawak di belakang kawasan Satok yang berbau busuk menjadi lokasi pilihan PKR Sarawak. Alasannya, ia mudah kerana diadakan di belakang Pejabat PKR Bahagian Kuching dan di belakang Restoran DiDi milik Nurhanim Mokhsen, Ketua Wanita PKR Sarawak.
Selepas ceramah, Anwar Ibrahim boleh makan dan minum percuma di Restoran milik Nurahim Mokhsen. Sebelum berceramah di Satok, Anwar Ibrahim telah menyampaikan ceramah di sebuah restoran Seafood milik Cina di Lundu, tetapi difahamkan tidak mendapat sambutan. Keadaan ini menyebabkan Anwar Ibrahim hanya berceramah di situ tidak sampai 20 minit saja dan bergegas ke Satok yang dikatakan mempunyai ramai penonton.
Anwar Ibrahim yang dijadualkan sampai di Satok jam 8.00 malam sebaliknya hanya sampai jam 10.30 malam. Ketidaktepatan janji pihak penganjur menyebabkan ramai di kalangan penonton tidak berpuashati dan ada di antara mereka mula balik kerana sudah lama menunggu. Ini kerana keesokkan harinya merupakan hari bekerja bagi kebanyakan penonton berbeza dengan penganjur yang kebanyakkannya bekerja sendiri.
Kehadiran Anwar Ibrahim disambut dengan laungan ‘reformasi’ dan ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan melaungkan ‘booooo’. Begitupun, ia tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim yang sememangnya diakui mempunyai perasaan yang tidak malu.
Anwar Ibrahim dalam ucapannya mengakui dirinya kini menjadi perhatian pemimpin BN dan percaya perhatian itu membuatkan dirinya semakin popular biarpun sejak akhir-akhir ini kes liwatnya kembali hangat diperkatakan rakyat. Ditambah pula dengan cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri tidak mendapat layanan dan ini membuatkan Anwar Ibrahim begitu marah dan menjaja pemimpin BN pengecut. Apa pun ini tidak menjadi halangan Anwar Ibrahim untuk memimpin Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 akan datang.
Seperti biasa Anwar Ibrahim cuba untuk mempengaruhi penonton bahawa selama ini pemimpin BN begitu lantang ‘menyerang’ pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk dirinya kerana diizinkan Perdana Menteri. Kenyataan Anwar Ibrahim ternyata menyimpang jauh dan bersifat fitnah. Hakikatnya, sebelum ini isu mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya, isu kapal selam Scorpone dan beberapa isu lain adalah rancangan asal Anwar Ibrahim untuk memburukkan nama Najib Razak. Ini sendiri diakui bekas-bekas pemimpin PKR dan bekas-bekas Setiausaha Sulitnya yang pada ketika itu sangat rapat bersama Anwar Ibrahim.
Tamatnya kontrak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai senator menyebabkan Perdana Menteri terpaksa memangku jawatan itu. Namun, disebalik tindakan itu, Pakatan Pembangkang berasakan tidak selesa kerana takut disebalik keperibadian Najib Razak yang baik membuatkan ramai di kalangan wanita di Malaysia menyokong BN dan 1Malaysia. Disebabkan itu, Anwar Ibrahim begitu lantang mengkritik tindakan Najib Razak melantik dirinya sendiri memangku jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan menyifatkan ia suatu tindakan pemimpin BN yang lemah.
Seperti biasa fokus utama Anwar Ibrahim kini ialah ke Putrajaya. Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga menggesa PKR Sarawak menawan Petra Jaya yang menjadi nadi kepada BN di Sarawak.
Dalam krisis kepercayaan, Anwar Ibrahim kini mengingatkan kembali bahawa sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13 akan datang ini, harga minyak akan turun dalam tempoh 24 jam. Kenapa negeri-negeri jajahan Pakatan Pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak pula diturunkan harga minyak???
Jika sebelum ini kerajaan berusaha untuk memastikan pekerja di sektor awam dan swasta akan menikmati gaji minimum, Anwar Ibrahim pula seperti menjanjikan bulan dan bintang mengulangi dalam buku Jingga bahawa gaji minimum setiap pekerja di Malaysia ialah RM1,500 sebulan. Bagaimana pula dengan gaji minimum yang cuba diadakan di Selangor sebelum ini yang masih belum dilaksanakan meskipun telah diwar-warkan kepada media.
Dengan hasil lawatannya ke beberapa negara seperti India, Turki dan Qatar, Anwar Ibrahim mengatakan negara-negara tersebut menyokong dirinya sebagai calon layak menjadi Perdana Menteri pada PRU-13. Namun, beliau tidak pula menyatakan kriteria dirinya sebagai calon yang sesuai. Ini kerana dengan skandal gay, biseksual dan transgender yang menyelebungi dirinya yang sehingga ini masih belum selesai.
Dengan menyatakan kehebatannya dalam ekonomi, Anwar Ibrahim menyifatkan sepanjang tempoh pemerintahan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, negara telah mengalami hutang sebanyak 75 peratus. Namun, kenyataan Anwar Ibrahim itu tidak pula ditunjukkan dengan bukti sebaliknya hanya hentam keromo sahaja. Hakikatnya, seperti telah dimaklumkan Bank Negara sebelum ini bahawa hutang negara telah berjaya diselesaikan dengan jayanya.
Ceramah Anwar Ibrahim itu hanya dihadiri kira-kira 450 penonton yang merupakan penyokong tegar PKR Sarawak biarpun ada di kalangan mereka mempersoalkan intipati ceramah Anwar Ibrahim.
Ternyata selesai ceramah, Anwar Ibrahim tidak berapa gembira dengan kehadiran penonton dan lokasi yang dipilih PKR Sarawak. Kekurangan penonton telah membuatkan Anwar Ibrahim menyalahkan pemimpin BN yang banyak menyerang dirinya sejak akhir-akhir ini. Tetapi, kebanyakan penonton yang hadir sebenarnya bukan mahu mendengar kandungan ceramah Anwar Ibrahim sebaliknya mahu melihat wajah Anwar Ibrahim secara lebih dekat dengan desas-desus wajahnya kini sudah hilang serinya akibat perbuatan seks liwatnya bersama Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan di’makan’ sumpah.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 comments:
Post a Comment