Saturday, July 7, 2012

BN Mampu Selesaikan Masalah Pentadbiran Kelantan Jika Mendapat Mandat!


Jelas dan nyata usaha kerajaan PAS untuk mentadbir Kelantan adalah semakin teruk. Sebelum ini kerajaan Kelantan menganggarkan setiap rakyatnya memberi derma sebanyak RM 1,200 seorang bagi membolehkan kerajaan membina Lebuhraya Rakyat? Kini kerajaan PAS Kelantan tidak mampu menyediakan dana untuk melaksanakan projek bekalan air!!!

Kerajaan BN tidak pernah membebankan rakyat. Rakyat sentiasa didahulukan dalam kerajaan BN dan berupaya untuk membasmi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan PAS, sekiranya mendapat mandat!

Kalau di Kelantan pun PAS tidak dapat mentadbir bagaimana pula menjaga Sibuti yang masih memerlukan hospital besar, universiti, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi keperluan untuk menjadi bandar yang membangun?


Kerajaan Kelantan Tidak Mampu Sedia Dana Selesai Masalah Bekalan Air
Sabtu Julai 7, 2012 mStar Online



BACHOK: Kelantan di bawah pemerintahan PAS tidak mungkin mampu menyediakan dana RM2 bilion untuk melaksanakan projek bekalan air bagi keperluan rakyat negeri itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka tidak mempunyai kepakaran, kebijaksanaan dan peruntukan mencukupi untuk menyelesaikan masalah itu walaupun telah diberi peluang lebih 20 tahun memerintah.

"Mereka sehingga sekarang masih terkapai-kapai untuk menyelesaikannya walaupun kerajaan pusat telah banyak membantu," katanya kepada pemberita pada majlis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bersama Rakyat Bachok di Kampung Tangok di sini, Sabtu.

Awang Adek mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Selasa lepas bahawa negeri itu memerlukan perbelanjaan RM2 bilion lagi bagi menyelesaikan masalah bekalan air. Lebih 300 saudara baru menyertai majlis hari ini yang turut dihadiri Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Muhammad Rais Abdul Karim.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata walaupun pinjaman mudah RM600 juta diberikan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri, ia jelas tidak mampu menyelesaikan masalah itu.

Beliau berkata minggu lepas pula kerajaan persekutuan meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM26.7 juta, dan ini masih tidak mencukupi. Beliau berkata ini menunjukkan kerajaan negeri tidak bijak mengurus dan tidak mempunyai kepakaran, dan oleh itu tidak lagi layak diberi mandat memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Awang Adek berkata Barisan Nasional akan menyelesaikannya sekiranya diberi mandat pada pilihan raya itu. -BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda