Tuesday, July 10, 2012

Imam Mahadi Yang Ditembak Adalah Seorang Blogger!!


Imam Mahadi yang ditembak semalam merupakan blogger yang menggunakan nama samaran Jaya Negara. Dia baru mula menulis sejak 4 Jun 2012 yang lalu di blog jayanegara1234.blogspot.com.












Dalam penulisan blognya juga amat berat dan sering menghina Sultan Selangor. Mungkin akibat menganggur dan tekanan hidup dia mengambil jalan untuk mengamuk di Putrajaya? Setakat ini cuma seorang blogger pembangkang iaitu milosuam sedang disiasat kerana sempat merakam video amukan di Putrajaya seolah-olah telah diatur dngan teliti?

Semoga semakin banyak maklumat akan diperolehi untuk membantu siasatan! Syabas kepada PDRM yang berjaya menumpaskan 'rampasan kuasa' semalam.

Setakat ini keselamatan di Putrajaya telah dipertingkatkan bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali!?

Tiada Kompromi Keselamatan Perdana Menteri - Hishammuddin



mStar Online 10 Julai 2012

KUALA LUMPUR: Tiada kompromi dalam soal keselamatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan insiden lelaki dan wanita mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada Isnin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga pada setiap waktu dalam menjamin keselamatan Perdana Menteri.

"Saya boleh sahkan keselamatan Perdana Menteri tidak pernah dikompromi pada bila-bila masa. PDRM (Polis DiRaja Malaysia) masih menyiasat motif, kaitan dan rancangan. Beri mereka masa untuk lakukan tugasan mereka," katanya dalam statusfacebook beliau.

Pasangan amuk itu, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berumur 28 tahun mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Dalam kejadian 2.30 petang Isnin, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Susulan insiden amuk yang pertama kali berlaku itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon berkata tahap keselamatan di JPM akan ditingkatkan bagi menjamin keselamatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, keselamatan di JPM adalah terkawal dan polis beranggapan kes pada Isnin tidak akan diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.

"Polis di Putrajaya akan terus meningkatkan rondaan Unit Peronda (MPV) dan menjalankan kepolisan umum di kawasan sekitar JPM dan seluruh Putrajaya," katanya.

Beliau berkata, polis akan turut menyediakan anggota preman untuk memantau kawasan JPM dan seluruh Putrajaya.

Ketika dihubungi Bernama, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar kawalan keselamatan kawasan di luar JPM dipertingkatkan untuk memastikan kejadian pada Isnin tidak berulang.

"Kawasan di perkarangan JPM sememangnya sudah ketat dan terdapat rondaan dilakukan. Tetapi perlu ditegaskan, kawasan luar JPM juga perlu diberi perhatian dan pemantauan," katanya.

Pihak berkuasa perlu memerhati pergerakan pihak atau individu yang mencurigakan apabila mereka menghampiri kawasan bangunan JPM dan termasuk kawasan pejabat kerajaan yang lain di Putrajaya, katanya. - BERNAMA



- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda