Menurut
Awang Tengah projek Empangan Murum sudah diumumkan sejak beberapa tahun
lepas. Kenapa baru sekarang kaum Penan di Murum ini bangkit
bertindak. Kenapa wujud segelintir NGO yang tidak bertanggungjawab
untuk menghasut kaum Penan ini agar menyekat pembangunan yang dibawa
oleh kerajaan?
Kaum
Penan yang terjejas sudah dijanjikan pampasan yang setimpal yang
terdiri daripada tanah, rumah dan juga bantuan daripada jabatan
pertanian untuk mengusahakan tanah yang diberikan oleh kerajaan. Mereka
hendaklah bersyukur dan berusaha untuk memajukan tanah dan keluarga
mereka dengan kemudahan yang telah disediakan!
Janganlah
menjadi seperti perumpamaan dibuang tangga berayun kaki! Ternyata
kebanyakan NGO ini merupakan topeng kepada parti pembangkang yang cuba
menghasut rakyat! Mereka akan menanam rasa benci terhadap pembangunan
yang dibawa oleh kerajaan. Ingat lagi kepada penduduk flat yang dihasut
oleh Nurul Izzah? Akhirnya mereka ini kerugian akibat tamak dan
terlalu mendengar janji dan harapan palsu yang dibawa oleh Nurul Izzah
iaitu Puteri Keadilan eh silap Pencacai Keadilan!!!
Penan dipercayai dihasut agar bantah Empangan Murum
Utusan Borneo 16 Oktober 2012, Selasa
KUCHING: Tindakan masyarakat Penan yang terlibat dengan sekatan di Empangan Murum dipercayai disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan pihak tertentu, kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau berkata, tiada alasan kukuh untuk masyarakat Penan membantah projek tersebut kerana kerajaan sudah menyediakan penempatan kepada penduduk terjejas.
“Mereka mendakwa tidak dibawa berunding mengenai tapak penempatan, ini sebenarnya tidak betul.
“Kita ada berjumpa mereka dan mengadakan dialog dengan mereka. Kita memilik tapak berdasarkan kehendak mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian menjelaskan, pihak berkuasa mengadakan banyak dialog bersama masyarakat Penan sebelum meluluskan tapak penempatan.
“Untuk mengatakan mereka tidak dibawa berunding adalah tidak benar,” ujarnya.
Menurutnya, kadangkala masyarakat dipergunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan atau antarabangsa.
“Projek Empangan Murum sudah diumumkan beberapa tahun lepas dan kenapa sekarang baharu mereka hendak menyekat?
“Ini jelas menunjukkan mereka dipergunakan NGO yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment