'Sandau Hari' merupakan upacara kaum Dayak Iban sebelum keluar untuk memenggal kepala. Kaum Iban ini memang terkenal dengan darah kepahlawanan dan keberanian untuk memotong kepala musuh mereka.
Sekarang ini seramai 700 orang Iban di sekitar Ulu Niah telah mengadakan Sandau Hari berikutan dengan notis pengusiran keluar oleh Pegawai Tadbir Sarawak kerana dikatakan mereka ini menduduki tanah kerajaan yang telah diberikan PL atau pajakan sementara untuk ladang kelapa sawit kepada syarikat swasta.
Sungguhpun demikian kami berharap agar tiada pertumpahan darah akan berlaku dan dapat diselesaikan dengan perbincangan dua hala antara mereka.
Buat ‘sandau hari’ untuk pertahankan rumah panjang
Utusan Borneo 9 Oktober 2012, SelasaNIAH: Sekitar 700 kaum Iban dari Rumah Juipeter dan Rumah Galau di Suai dekat sini, serta di sekitar kawasan berkenaan telah mengadakan upacara tradisional untuk ‘menjaga’ dan melindungi rumah panjang dan tanah milik mereka.
MOHON BERKAT: Upacara miring untuk ‘sandau hari’ sedang dilaksanakan oleh penduduk Rumah Juipeter dan Rumah Galau.
Upacara yang dikenali sebagai ‘sandau hari’ itu diadakan oleh penduduk dari kedua-dua rumah panjang itu sebagai ‘mengisytiharkan’ tentangan mereka terhadap arahan oleh sebuah syarikat yang mahu mereka mengosongkan tanah yang diduduki mereka.
Penduduk kampung mendakwa, notis pengusiran oleh syarikat berkenaan mengarahkan agar mereka mengosongkan bukan sahaja tanah di mana kedua-dua buah rumah panjang 80 pintu itu didirikan tetapi juga tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.
Oleh itu menurut mereka, majlis ‘sandau hari’ itu diadakan bagi membantu mereka untuk berdepan dengan sebarang tindakan atau ‘ancaman’ ekoran notis pengusiran tersebut.
Pada zaman dahulu, upacara ‘sandau hari’ diadakan untuk memohon perlindungan daripada semangat hutan sebelum mereka turun untuk berperang dan memburu kepala atau ‘ngayau’.
0 comments:
Post a Comment