Thursday, May 24, 2012

Setiap Wakil Rakyat Mahu Projek Siap Dengan Cepat:Ahmad Lai

Bagaimana hasrat rakyat untuk melihat projek kerajaan siap dengan cepat begitulah hasrat wakil rakyat? Mereka cuma dapat mengusulkan untuk sesuatu projek dibuat namun penganugerahan projek kepada kontraktor akan dibuat oleh pejabat daerah atau pejabat residen. Kontraktorlah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek yang telah dianugerahkan kepada mereka!!


Kontraktor yang efisien akan melaksanakan projek mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Kontraktor yang panjang tangan akan menggelapkan projek dan memberikan hasil kerja yang tidak mungkin disenangi oleh rakyat lebih-lebih lagi wakil rakyat dan akan disenarai hitamkan oleh kerajaan!!?!

Janganlah menyalahkan wakil rakyat sekiranya projek lambat disempurnakan atau menyakitkan mata!? Tidak ada orang yang diciptaksn sempurna begitu juga dengan pejabat residen dan kontraktor!

Wakil rakyat tiada kuasa untuk percepat proses atau projek
Posted on May 24, 2012, Thursday

MIRI: Tugas wakil rakyat adalah untuk memudahkan urusan dan mengetahui kehendak rakyat di sesebuah kawasan yang dipertanggungjawabkan. Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata walaupun demikian, rakyat tidak harus salah faham bahawa wakil rakyat mempunyai kuasa untuk mempercepatkan sesebuah proses atau projek.

“Jangan salah faham kerana semua wakil rakyat memang mahu sesebuah projek dan pembangunan di kawasannya disiapkan dengan cepat,” katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Lusut Jaya 3, Taman Tunku petang kelmarin (Selasa). Menurutnya, tidak ada seorang pun wakil rakyat mahu menyusahkan rakyat di kawasannya lebih-lebih lagi berkaitan keperluan dan kemudahan asas. Bagaimanapun, ia harus mengikut prosedur dan perbelanjaan yang telah digaris-kan serta diperuntukkan oleh kerajaan melalui wakil rakyat.

“Semuanya harus ikut prosedur dan bajet yang telah digariskan, sebab itulah kadang-kadang ia (projek) memakan sedikit masa,” jelasnya. Sementara itu, mengenai permohonan untuk mendapatkan lot tanah yang sah berjumlah 546 lot di kampung berkenaan, beliau menyatakan bahawa permohonan telah dibuat dan masih dalam proses menanti kelulusan.

“Kita sudah hantar ke kementerian yang bertanggungjawab dan kini menanti jawapan dan kelulusan, anda harus bersabar,” kata Ahmad Lai. Walaupun begitu, beliau turut menasihati penduduk kampung-kampung yang selebihnya agar tidak cepat melenting mengenai hal itu.

“Sabar, kita akan buat permohonan fasa kedua dan seterusnya, bukannya anda terus ditinggalkan begitu sahaja,” ujar beliau.
Pada majlis sama, Ahmad Lai turut mengumumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada Biro Wanita Kampung Lusut Jaya 3 sebanyak RM2,000 dan kepada Persatuan Ibu Tunggal Orang Ulu sebanyak RM1,000.

Turut hadir Ketua Kampung Martin Lisen, Ketua Kaum Jembu Bangga, Ketua Kaum Peter Lilin dan Ketua Kaum Jimmy Nyahen Bado.



Posted from my iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda