Monday, March 11, 2013

Bukti Mat Sabu Kurang Mendapat Sambutan di Sibuti

SIBUTI 8 Mac 2013: Sambutan ketibaan Mat 'Komunis' Sabu ke Pekan Batu Niah begitu hambar. Cuma 200 orang sahaja yang hadir ke Ceramah Perdana yang lebih merupakan Ceramah Kedai Kopi.  

Isu yang cuba dimainkan adalah tukar kerajaan kerana tiada pembangunan di Sarawak, isu polis menangani insiden di Lahad Datu yang diperlekehkan seperti sandiwara UMNO dan juga  menuduh UMNO berjanji dengan pihak Sulu sehingga mereka menceroboh Sabah?  

Patutlah rakyat Sibuti masih memilih Barisan Nasional kerana mereka yang bijak sedar tanpa Barisan Nasional, Mat Sabu mungkin terpaksa naik perahu pancung untuk sampai ke Pekan Batu Niah.  Sememangnya si komunis lupa daratan siapa yang lebih banyak bawa kemajuan berbanding dengan Pakatan Rakyat.  Mereka cuma pandai menjaja manifesto tetapi tidak pandai melaksanakannya.
Gambar Hiasan
Menurut orang yang hadir, tidak jauh dari Ceramah Kedai Kopi Mat Sabu ini juga sedang berlangsung acara sukaneka Tadika Niah.  Adakah patut YB DAP Alan Ling menuduh orang BN buat kacau dengan membesarkan bunyi muzik dari kawasan sukaneka itu berlangsung.  Beliau juga berasa marah dan ingin menyerbu tempat tersebut untuk mengarahkan Cikgu Tadika untuk menghilangkan bunyi muzik yang bising itu.  Alangkah hampanya YB Alan Ling apabila mendapati memang sukaneka Tadika Niah yang berlangsung dan bukan acara parti politik Barisan Nasional!  Inilah akibat buruk sangka semua aktiviti pun angkara Barisan Nasional!!!

Robby pula meminta undi simpati dengan menyatakan beliau botak sebab pernah menghidap kanser.  Kalau macam itu, Robby patut mengikut jejak langkah Wong Ho Leng yang mengutamakan kesihatan daripada kerjaya beliau.  Robby patut berehat dan jangan cuba memperdayakan rakyat Sibuti bahawa dia muallaf padahal keluarga beliau sudah memeluk Islam sejak beliau kecil lagi.  Islam adalah agama suci dan tidak patut dipolitikan.  Bukannya kita tidak tahu PAS tidak pernah memperjuangkan Islam tetapi hanya bertopengkan Islam dan dikeldaikan oleh DAP!!

Sebenarnya orang yang hadir ke ceramah kedai kopi tersebut ingin melihat Hadi Awang memakai cawat!  Malangnya Hadi Awang masih belum mahu memakai cawat ataupun meminta maaf kepada orang Iban kerana beliau pernah mengatakan orang yang pakai cawat tidak pandai mengundi.  Mungkin yang pakai jubah putih sahaja yang pandai mengundi?  Kalau tidak pandai mengundi kenapa menagih simpati dan berkempen di kawasan orang Iban?









0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda