Sunday, March 10, 2013

Strategi Pakatan Rakyat Terbaru - Mind Conditioning!?


Berikutan daripada kegagalan untuk menepis dakwaan kaitan antara dalang disebalik insiden Lahad Datu, Anwar Ibrahim telah menggemparkan lagi dunia politik tanah air dengan kemunculan bapa Saiful tentang kes liwat anaknya.
Sekiranya kita kaji dengan teliti, sinonim ini juga tengah dimainkan oleh Nur Misuari, sekutu Anwar Inrahim di MNLF dalam laman fb beliau.


Kenapakah Nur Misuari turut mencanangkan perkataan Konspirasi yang telah dimulakam oleh pengkhianat Tian Chua? Berikut adalah kajian oleh mymassa.

Kaitan Insiden Lahad Datu Dengan Kes Liwat Didedahkan!!!
oleh mymassa
Jumaat, Mac 08, 2013
Selepas gagal dalam meraih sokongan kerana insiden Lahad Datu telah meragut nyawa, PKR muncul dengan satu isu lama yang diperhangatkan iaitu kes Liwat 2.
Apakah persamaan antara kedua-duanya? Lihat poster di bawah.

Sebelum ini PKR pernah muncul dengan tagline ASAL BUKAN UMNO (ABU). Namun ABU kurang berkesan untuk meraih sokongan rakyat atas pagar.
Kini pakar-pakar strategi PKR kembali dengan tagline yang baru iaitu KONSPIRASI.
Sekarang ini pemimpin PKR sedang mencetak minda (mind conditioning) para penyokong mereka dan rakyat atas pagar dengan perkataan KONSPIRASI.
Jika mereka berjaya, apa sahaja kesalahan, penyelewengan, korupsi atau salah laku pakatan pembangkang yang dibongkarkan atau terbongkar akan dituduh sebagai KONSPIRASI pihak lawan.
Ianya akan diulang-ulang supaya sebati dengan pemikiran penyokong mereka dan rakyat atas pagar.
*Teringat zaman Reformasi dulu bila Anwar mencetak minda penyokongnya dengan KRONI, KORUPSI dan NEPOTISME (KKN) untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Malangnya bila berkuasa, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lebih teruk daripada musuh mereka. Sebab itulah perkataan itu ditinggalkan dan digantikan dengan KONSPIRASI.

- Posted using BlogPress from my New iPad


0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda