Monday, March 18, 2013

DAP Pecat 6 Ahli Yang Tidak Mahukan Lim!

Gara- gara tidak bersetuju dengan pencalonan keluarga Lim ke Parlimen Miri, 6 orang ahli tegar DAP telah dipecat.  Inilah parti rasis, ultra kiasu, komunis yang memecat keahlian gara-gara tiada sependapat dengan pemilihan Lim Su Kien yang bakal menjadi Lim Guan Eng Miri?  

Setakat tidak bersetuju dan protes itu adalah lumrah berparti.  Sanggupkah 6 orang ini mengikut telunjuk DAP lagi?  Semoga lebih ramai lagi yang keluar DAP masuk SUPP demi politik sihat!  Sesungguhnya tidak rugi sekiranya keluar parti DAP yang sememangnya hidup segan mati tak mahu di Miri.  Apakah pembangunan yang mereka bawa?  Mereka selalu menyalahkan bahawa mereka bukan kerajaan pusat atau negeri untuk membawa pembaharuan?  Apakah yang berjaya mereka ubah?  ADUN DAP lebih kepada ubah tahi mata sekarang ini!!!  
Pemecatan enam ahli DAP bukti tiada persefahaman
MIRI(16 Mac 2013 - Utusan Borneo): Pemecatan enam orang ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, yang menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap calon pilihan parti itu, membuktikan tiadanya persefahaman dalam membuat keputusan.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Kaunselor Kijan Toynbee berkata pemecatan itu juga menunjukkan tiadanya perpaduan dalam DAP semasa mereka membuat keputusan untuk menentukan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
“Sebaliknya, untuk memilih calon bagi mewakili parti tersebut, ahli-ahli DAP terpaksa bergaduh sesama mereka hingga terpaksa memecat ahli sendiri kerana masalah disiplin,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.
Pada Rabu lalu, Jawatankuasa Disiplin DAP telah mengambil tindakan memecat enam ahlinya dari sini, berkuat kuasa serta-merta kerana mengingkari pucuk pimpinan parti negeri dan berulang kali mencemarkan imej parti serta calon parti.
Mereka yang dipecat ialah Setiausaha Hal Ehwal Wanita Cawangan Miri Ting Mee Hiong, Setiausaha Hal Ehwal Wanita Cawangan Piasau Lim Lan Hua, Wong Keng Tiong, Violet Lee Pak Hap, Lee Yun Li dan Paul Wong Sie Yiing dari Cawangan Senadin.
Tindakan disiplin terhadap mereka diambil selepas keenam-enam ahli terbabit telah berulang kali melakukan protes secara terbuka terhadap keputusan jawatankuasa parti mencalonkan Lim Su Kien sebagai bakal calon DAP untuk kerusi Parlimen Miri pada PRU13 kelak.
Menurut Kijan lagi, ketiadaan persepakatan dalam pemilihan calon menunjukkan wujudnya perbezaan pendapat yang seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka hingga menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap keputusan yang dibuat (calon yang dipilih).
“Nampak sangat ada perpecahan di kalangan ahli dalam DAP dan sehubungan itu kita berharap rakyat tidak memberi sokongan kepada parti yang tidak bekerjasama untuk rakyat,” katanya.
Sehubungan itu Kijan yang juga Ketua Wanita Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Cawangan Piasau mengingatkan pengundi di Miri supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda DAP yang mahu mewujudkan pembangunan dan perpaduan di kalangan rakyat, kerana mereka sendiri tidak mampu menyatupadukan ahli-ahli sendiri.
Beliau sebaliknya menggesa penduduk di Miri supaya memberikan undi mereka kepada calon BN pada PRU13 ini, bagi memastikan kemakmuran yang berterusan.
Ini kerana menurut beliau, hanya kerajaan BN sahaja yang dapat membawa kemakmuran kepada rakyat melalui pembangunan dan program ekonomi yang dilaksanakan.
Malah katanya, perpaduan di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat ternyata jauh berbeza dengan persefahaman dan perpaduan yang wujud dalam Barisan Nasional (BN) yang seterusnya menyumbang kepada kemakmuran, ekonomi dan pembangunan negeri dan negara ini.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda