Saturday, August 4, 2012

Tak Mungkin Wujud Rasuah Dalam DAP Pulau Pinang?

Rasuah dalam DAP?  Ikutilah laporan oleh semut hitam.  Takziah kepada keluarga semut hitam di atas kehilangan bermakna di bulan Ramadan ini.

ADAKAH MAMAT NI AKAN DILINDUNGI JUGAK!!!


Semut Hitam 4 Ogos 2012
SUNGAI PETANI - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown.

Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.

"Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai semasanya dianggarkan RM1.8 juta.

"Sudah tentu, orang ini mempunyai hubungan sungguh istimewa. Oleh itu, Guan Eng perlu tampil menjelaskannya." katanya pada sidang akhbar di sini hari ini...

....Sau Ping mendakwa, beliau menerima maklumat tersebut daripada seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menerusi surat beberapa hari lalu.

Katanya, pemimpin terbabit turut menghantar empat keping gambar rumah yang dikatakan dimiliki bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Ketika ditanya tentang identiti bekas kakitangan itu, Sau Ping berkata, dia tidak boleh menyebut nama pemilik rumah berkenaan kerana bimbang disaman Guan Eng.

"Guan Eng kerap kali menyaman apabila tertekan. Dia akan gunakan kaedah ini sedangkan pada masa yang sama dia kerap melaungkan kebebasan media.

"Saya hanya boleh katakan, bekas kakitangan ini masih berkhidmat dengan kerajaan Pulau Pinang." katanya.

Tambahnya, dia memberikan masa seminggu kepada Guan Eng untuk tampil menjelaskan perkara itu.

"Jika beliau tidak menjawab, kita mungkin akan umumkan identiti pemimpin kanan itu tidak lama lagi." katanya.

Sementara itu, Zamil, yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah berkata, beliau mengenali pemimpin yang menghantar maklumat tersebut.

Tambahnya, pemimpin itu merupakan calon PKR Pulau Pinang pada pilihanraya umum akan datang namun tidak disenangi dikalangan pemimpin DAP lain... - UM

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda