Wednesday, August 15, 2012

Lim Kit Siang Kencing Bendera Malaysia dalam 'Tanda Putera'?

Peristiwa 13 Mei akan digambarkan untuk dipertontonkan menjelang Hari Malaysia.  Filem penuh kontroversi ini kononnya mengandungi adegan Lim Kit Sinang kencing atas bendera Malaysia.  Sejauh manakah kebenarannya, sama-samalah kita nantikan cerita berkisar sekitar persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang telah bersara tetapi menyertai kabinet semula.
Shuhaimi Baba Tidak Akan Tunduk Desakan Haramkan 'Tanda Putera'

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Shuhaimi Baba. Foto AZLINA ABDULLAH
PETALING JAYA: Penerbit filem Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak akan tunduk terhadap mana-mana desakan yang mahu filem Tanda Putera diharamkan dengan alasan ia berbaur perkauman.

Shuhaimi yang juga pengarah filem itu berkata, Tanda Putera sebenarnya menjadi mangsa politik berikutan bahang pilihan raya umum ke-13 yang dijangka bakal diadakan dalam masa terdekat.

"Saya tidak akan memotong sebarang adegan yang telah pun diluluskan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) hanya untuk menuruti kehendak individu yang tidak berpuas hati dengan filem berkenaan.

"Filem ini sudah jadi mangsa politik. Saya ingin menegaskan bahawa ia adalah hak kreativiti kami sebagai penggiat seni filem dan tidak akan tunduk dengan mana-mana desakan sekalipun. Tonton filem ini dahulu, barulah kritik," tegasnya pada sidang akhbar khas filem Tanda Putera yang diadakan di Hotel Eastin, di sini, Rabu.

Filem yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan kemajuan Filem Nasional (Finas) itu telah dikritik oleh beberapa pihak kononnya adegan berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 yang dipaparkan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada 7 Ogos lalu meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum.

Tambah Shuhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Shumi, tuduhan filem itu sengaja ingin mengangkat kaum Melayu berkaitan peristiwa itu juga dianggap mengarut dan ia dicetuskan untuk mempengaruhi masyarakat Malaysia agar memboikot filem tersebut.
Shuhaimi (tengah) bersama barisan pelakon 'Tanda Putera'.
"Kalau nak kata filem ini ada unsur politik, semestinya ia wujud kerana ia (peristiwa 13 Mei) adalah sebahagian daripada sejarah negara kita.

"Peristiwa 13 Mei merupakan latar kepada cerita utama mengapa Tun Dr Ismail yang telah bersara terpaksa menyertai kabinet semula.

"Cerita utamanya sekarang ini adalah tentang Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Tun Abdul Razak dan Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei." katanya.

Bagaimanapun, kata Shumi, dia belum merancang untuk menganjurkan tayangan filem itu kepada pihak yang tidak berpuas hati memandangkan ia melibatkan kos sebanyak RM15,000 untuk setiap tayangan.

Sementara itu, filem yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September depan itu telah diluluskan penayangannya iaitu pada 15 November 2012.

Filem Tanda Putera dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda