Thursday, February 21, 2013

Penduduk Miri Dahului Sambutan Ketibaan Najib ke Sarawak!

Pemimpin berjiwa rakyat kini dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak bermula di Miri.  Beribu-ribu rakyat telah menunggu di Lapangan Terbang Miri semalam untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri yang pemurah dan baik hati.   Beliau disambut oleh Ketua Menteri Sarawak bersama rakyat Miri dan juga parti komponen Barisan Nasional Sarawak.  

Lagi gambar sempena lawatan boleh dilihat di pautan berikut.  Sumber daripada facebook friend DS Najib Razak.
Ribuan penduduk Miri sambut ketibaan Najib

by Connie Sylvia Mesa. Utusan Borneo

MIRI (21 Feb 2013): SEKITAR 2,000 penduduk di sini menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Miri petang semalam.
APA KHABAR?: Taib serta Ragad (kanan) bersalaman menyambut ketibaan Najib serta isteri.
Najib dan Rosmah tiba di Miri pada jam 4.30 petang dan disambut mesra oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Antara yang hadir menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin serta isteri Datin Seri Ruby Chin, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin serta dif-dif kehormat yang lain.

Beliau turut disambut dengan persembahan tarian etnik Orang Ulu dan Iban serta persembahan tarian singa, selain sorakan serta kibaran bendera Barisan Nasional (BN) dan bendera parti komponen Sarawak daripada rakyat yang teruja dengan ketibaan pemimpin nombor satu negara itu.
BERJIWA RAKYAT: Najib tidak melepaskan peluang bersalaman dengan rakyat yang menyambut ketibaannya seawal jam 2 petang semalam.
Selepas ketibaan di Miri, Najib terus ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan bagi majlis perasmian sekolah berkenaan yang ditubuhkan atas usaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan mula beroperasi pada 3 Januari 2007.

Sekolah yang turut kebanyakannya adalah Bumiputera selain pelajar Cina juga melambangkan sekolah yang berkonsepkan 1Malaysia.

Selepas merasmikan sekolah berkenaan, Najib serta rombongan kehormatnya yang lain menghadiri majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina di Eastwood Valley Golf & Country Club anjuran SUPP di sini.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda