Tuesday, February 19, 2013

Jentera PRU13 P.218 Sibuti Siap Sedia!

Sokongan rakyat Sibuti kepada Barisan Nasional semakin hangat apabila mereka sedar tentang penipuan dan propaganda politik kotor pihak pembangkang.  Ianya didapati kerana Jentera PRU13 P.218 Sibuti sudah bergerak sejak awal tahun 2012.

Mereka sedar momentum selepas PRN 2011 tidak wajar dikurangkan malah dipacu dengan lebih padu untuk menjamin kawasan Sibuti adalah kawasan putih buat Barisan Nasional.  

Berkat usaha gigih Ahmad Lai beserta dengan jentera PRU13 P.218 Sibuti maka jelaslah sokongan rakyat kepada pimpinan BN dibawah Perdana Menteri semakin mantap setiap hari. 

Sememangnya kekuatan jentera sangat padu bukan setakat PBB malah disokong oleh parti komponen BN yang lain seperti PRS, SUPP dan SPDP.  Semoga Sibuti selamanya menjadi kubu kuat BN di utara Sarawak.     
Jentera pilihan raya Parlimen Sibuti sedia hadapi PRU13

Utusan Borneo

MIRI (19 Feb 2013): Jentera Pilihan Raya Parlimen Sibuti telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung pada bila-bila masa.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pihaknya telah bersedia sejak setahun lalu bagi menghadapi PRU13 dan hanya me-nunggu lampu hijau daripada pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami (Parlimen Sibuti) telah lama bersedia daripada semua peringkat akar umbi dan memastikan kemenangan majoriti besar kepada BN,” katanya.

Beliau memberitahu, sokongan rakyat terhadap BN semakin kukuh selepas kerajaan memperkenalkan beberapa siri bantuan dan kemudahan untuk keselesaan rakyat.

“Kami tidak tahu berdepan dengan mana-mana calon pembangkang yang ingin bertanding pada PRU13 kelak kerana kami percaya sokongan rakyat terjadap BN masih kukuh,” jelasnya.

Tambahnya, rakyat juga telah sedar bahawa parti pembangkang tidak menjamin masa depan yang lebih cerah berbanding kerajaan sedia ada.

“Sebagai contoh, ramai penyokong mereka telah berpaling tadah dan kembali semula menyokong BN kerana mereka sedar pembangkang hanya tahu menabur janji,” katanya.

Menurutnya, pembangkang hanya tahu menabur janji tetapi mereka tidak pernah menunaikan janji terbabit dan ia telah memberi kesedaran kepada rakyat yang menyokong mereka sebelum ini.

“Kita sangat yakin BN akan menang dengan majoriti besar pada PRU13 kelak dan kita mengharapkan rakyat terus memberi sokongan dan kepercayaan dengan memilih kerajaan yang betul,” katanya.

Beliau memberitahu, pihak pembangkang ketandusan idea untuk mendapatkan kepercayaan daripada rakyat dengan mengeluarkan isu-isu lapuk menerusi Radio Free Sarawak.

“Negara kita mengamalkan demokrasi, terpulanglah kepada rakyat sama ada mereka ingin percaya atau tidak semua isu yang cuba diketengahkan dalam Radio Free Sarawak.

“Apa yang penting ialah rakyat menilai sendiri kemampuan kerajaan BN dalam menjamin masa depan mereka ke arah yang lebih baik berbanding kerajaan bayangan pembangkang,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda