Thursday, August 29, 2013

Peguam Jadi Ketua Pemuda PBB Bekenu.

Tahniah kepada Firdaus yang diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan barisan pemuda cawangan Bekenu. 

Khabarnya beliau pernah dipelawa oleh PAS untuk menjadi calon PRU13 tetapi kesetiaan beliau terhadap BN masih berkobar-kobar sehingga  PAS balik dengan tangan kosong.

Mungkin PAS tidak sedar bahawa Firdaus sudah lama berkecimpung dalam pemuda Bekenu dan baru sekarang diberi mandat oleh pemuda Bekenu untuk menerajui mereka. 

Orangnya memang tegas dan warak dan tidak mudah lari dari perjuangan asas terhadap parti PBB.  Syabas kepada Firdaus dan pemuda PBB Bekenu!

Firdaus dilantik ketua Pemuda PBB Bekenu

Posted on August 23, 2013, Friday

MIRI: Seorang peguam muda, Firdaus Morshidi telah diberi mandat untuk menerajui Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N61 Bekenu apabila dilantik sebagai ketua pergerakan tersebut.

Pelantikan beliau diumumkan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun Sekali Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N61 Bekenu yang diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu pada Ahad lalu.

Firdaus, 37, yang merupakan anak jati tempatan dan berasal dari Niah dilantik menyandang jawatan itu setelah menang tanpa bertanding dalam proses undian yang diadakan semasa mesyuarat berlangsung.

Mesyuarat sama turut menyaksikan pelantikan Babu Lasan sebagai naib ketua, Sharbini Salleh (setiausaha), Ahmad Zaini Ramli (naib setiausaha), Malina Lasa (bendahari), Arbi Jukin (naib bendahari), Mohd Azizul (penerangan) dan Radiman Abdul Manan (naib penerangan).

Semua jawatan tersebut telah dimenangi tanpa bertanding semasa proses undian dilakukan.

Manakala lapan ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang lain terdiri daripada Awang Sapiee Awang Taip, Awang Mohd Hashriq Awang Pungut, Abdul Halik Jafar, Mohiddin Masleh, Anuar Bujang, Johny Ho dan Mazari Mahdar.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/08/23/firdaus-dilantik-ketua-pemuda-pbb-bekenu/#ixzz2dKiBfG9e

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda