Saturday, January 19, 2013

Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang Anti Pembangunan?

Radio Free Sarawak dikatakan menyambung siaran Radio Kenyalang dan kedua-duanya bersifat anti kerajaan.  Bukan itu sahaja mereka juga menabur fitnah dan menghasut perasaan bencikan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan!

Ini adalah helah pihak yang tidak bertanggungjawab dan suka melihat rakyat Sarawak dirundung kemerosotan ekonomi.  Semoga rakyat Sarawak sedar dan lebih bijak daripada mendengar radio antikerajaan ini yang tidak mendatangkan faedah!
Apai John Jamban Berfoya Dengan Raja Sarah Raja Petra

 
Radio antikerajaan helah pihak tidak bertanggungjawab

Utusan Borneo 18 Januari 2013, Jumaat

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud percaya kemunculan siaran Radio Kenyalang dan Radio Free Sarawak yang bersifat antikerajaan adalah helah pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau yang ditemui selepas majlis pembayaran zakat perniagaan oleh Pelita Holdings Sdn Bhd dan Magna Fokus Sdn Bhd semalam berkata, siaran radio tersebut tidak mempunyai motif yang kukuh.

Apa yang jelas menurut Taib, siaran radio terbabit tiada rasa hormat kepada kebenaran dan membangkitkan kemarahan banyak pihak yang menyedari akan pembohongannya.

“Soal sama ada siaran radio ini perlu disekat atau tidak adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang berkenaan untuk memutuskannya.

“Tetapi, saya tahu Radio Free Sarawak bukan satu-satunya siaran radio yang bersifat antikerajaan dan cuba memburuk-burukkan imej kerajaan.

“Mereka ini tidak ada rasa hormat kepada kebenaran, ramai orang mendengarnya dan ramai di kalangan mereka sangat marah kerana mereka tahu ia adalah pembohongan,” kata beliau ketika ditemui pada majlis di pejabatnya di Tingkat 23, Menara Pelita di sini semalam.

Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang dikritik oleh barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri terutama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing kerana cuba meracuni minda rakyat terutama masyarakat Iban di luar bandar dengan memburuk-burukkan kerajaan.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah turut menggesa pihak berkuasa relevan agar mengambil tindakan segera dengan menyekat siaran kedua-dua radio itu kerana cuba menjatuhkan kerajaan BN.

“Kita tidak boleh membenarkan mereka terus menyiarkan pembohongan kerana jika tidak disekat, pada akhirnya ramai di kalangan rakyat akan berfikir ia adalah benar. Ini adalah tidak baik kerana kedua-dua radio ini cuba menjatuhkan kerajaan,” kata Masing kelmarin.

Masing turut mempersoalkan mengapa radio terbabit hanya menyasarkan pendengar di kalangan masyarakat Iban.

“Menyekat adalah satu langkah untuk mereka menggulung siaran dan ia wajar dilakukan seperti yang pernah dibuat pada era 60-an dan 70-an oleh (Kementerian) Pertahanan untuk menghalang propaganda.

“Propoganda Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang mungkin tidak sama, tetapi kedua-dua mesej mereka adalah berbahaya kepada pendengar,” ujar Masing.

Sementara itu, difahamkan Radio Kenyalang menyiarkan program mereka dari jam 5 petang hingga 6 petang setiap hari sebelum diambil alih oleh Radio Free Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda