Thursday, January 10, 2013

Perang 3 Penjuru di Sibuti?

BN sememangnya tidak gentar dengan pihak pembangkang.  Ini kerana rakyat semua sudah sedar bahawa pihak pembangkang hanya pandai berhimpun dan berkumpul tetapi tidak pernah menunaikan janji mereka.

Rakyat tidak mahu ditipu lagi seperti di Miri di mana tiada apa yang dapat dibanggakan oleh rakyat.  Jalan raya di Miri semuanya berlubang-lubang tetapi tiada pihak pembangkang yang tampil ke hadapan kerana mereka sedar Miri adalah kawasan mereka.  

Sibuti masih ingat akan jasa BN di bawah Ahmad Lai dan sememangnya beliau masih penyandang yang mutlak di Sibuti.   Walaupun pihak pembangkang bakal mengenengahkan calon ketiga namun usaha mereka adalah sia-sia sahaja kerana Sibuti bangun dengan pesat di bawah BN.  
BN tidak beri laluan mudah kepada parti pembangkang

by Mohd Norhadie Sahari. Utusan Borneo 10 Januari 2013, Khamis

Sesiapa sahaja berhak bertanding pada PRU namun hanya rakyat menentukan kerajaan mutlak: Ahmad Lai

MIRI: Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana calon parti pembangkang untuk melebarkan sayap ke Sarawak khasnya bagi kawasan Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata mana-mana individu mempunyai hak untuk bertanding pada PRU namun hanya rakyat sahaja yang menentukan kerajaan yang mutlak.

“Sama ada pertandingan dua atau lebih penjuru, ia bukan satu halangan besar untuk BN terus kekal memerintah kerana kita percaya rakyat masih memerlukan kerajaan BN,” katanya di sini semalam.

Ditanya mengenai hasrat parti pembangkang untuk menawan Parlimen Sibuti, beliau enggan mengulas lanjut kerana yakin bahawa rakyat Sibuti lebih mengenali kerajaan BN berbanding parti luar.

“Saya sentiasa bersikap terbuka dan jika pembangkang ingin meletakkan calon untuk  bertanding di sini, saya bersedia dan tidak akan gentar meskipun berhadapan dengan lebih dua calon,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan penduduk Sibuti supaya tidak mudah menerima khabar angin yang mendakwa beliau tidak akan bertanding pada PRU13.

“Jangan mudah terpengaruh dengan gosip liar yang dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab yang pada zahirnya ingin memecah-belahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN,” katanya.

Beliau memberitahu, selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengumumkan senarai calon bagi PRU13, maka selagi itulah rakyat tidak harus mempercayai gosip liar.

“Hanya Perdana Menteri sahaja yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengumumkan nama calon bagi PRU13 dan kita hanya menunggu keputusan daripada pucuk kepimpinan,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting ialah meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat kerajaan dan memastikan semua janji yang diuar-uarkan sebelum ini ditepati seterusnya dilaksanakan.

1 comments:

  1. Moga kewibawaan yb ahmad lai akan sentiasa berterusan... kami menyokong 100 peratus kepimpinan yb

    ReplyDelete

Baca Blog Dalam Facebook Anda