Tuesday, January 8, 2013

Mana PKR Rafizi Mahu Letak Muka?

Anwar sudah berkali-kali menasihati Rafizi agar jangan terlalu mengikut perasaan, inilah akibatnya kerana menabur fitnah berkali-kali tanpa memperdulikan jalan cerita!
Deepak Kecam Rafizi, Cabar Kemukakan Bukti

Oleh klpos Hafiz Roslan

KUALA LUMPUR 8 Jan - Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini meminta agar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kemukakan bukti bahawa terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.

"Saya minta Rafizi mengaku saja, siapa sebenarnya yang bagi dokumen tersebut kepadanya...jangan menyusahkan orang," kata kepada pemberita pada sidang media di sebuah hotel di Ibu Negara di sini hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Rafizi sebelum ini berhubung terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen miliknya kepada Rafizi berhubung transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Rafizi, Deepak telah menyerahkan dokumen itu kepada individu tertentu (pihak ketiga) yang telah dihubungi dengan harapan ia (dokumen) akan dibawa ke pimpinan PKR.

Sementara itu, Deepak turut meminta agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjauhkan Rafizi dari dirinya.

Menurut Deepak, dia tidak percaya dengan Rafizi dan berharap agar kenyataan yang diberikan olehnya tidak diputar belitkan semata-mata kerana duit.

"Saya tidak percayakan Rafizi...dan saya minta Anwar jauhkan Rafizi dari saya. Jangan putar belitkan cerita saya demi duit," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda