Wednesday, April 24, 2013

Pekerja Pejabat Daerah Miri Rosakkan Bahan Kempen Calon BN di P.218 Sibuti? #PRU13

Menurut laporan yang diterima, terdapat pekerja di Pejabat Daerah Miri yang merosakkan bahan kempen PRU13 Calon BN di Sibuti...

Kalau marahkan kerajaan sekali pun adakah patut mengoyakkan serta memijak poster bahan kempen?  Beginikah cara pekerja kerajaan membalas jasa apabila diambil bekerja dengan kerajaan? 

Semoga orang yang terlibat segera meminta maaf kepada warga Sibuti yang penat-lelah menggantungkan bahan kempen tersebut.  

Timbalan Residen apabila dihubungi mengenai hal tersebut memberitahu setakat ini tiada laporan atau aduan yang diterima.  Untuk itu beliau meminta Tuai Rumah yang melihat kejadian tersebut untuk melaporkan terus ke pejabat beliau agar tindakan lanjut boleh dijalankan.  Inilah contoh pemimpin yang baik bukan bertindak melulu dan mengikut nafsu.. 

Memang perkara sedemikian tidak dapat dielakkan tetapi kalau boleh berbincanglah dengan saluran yang betul agar penyelesaian dapat dicapai.  Jangan membalas dendam dengan mengoyak dan memijak bahan kempen PRU13...Tak baik tau!!!!

gambar hiasan
Bayangkan kapal terbang BN ini dikoyak?  Memang mengamuk oang yang penat membina rangka sehingga siap struktur kapal terbang BN ini...

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda