Tuesday, April 16, 2013

Wanita PBB Masih Giat Agih Bantuan 1Malaysia di Pujut. #PRU13


Wanita PBB giat aktif dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. PBB Pujut terus bergerak dalam masa terdekat ini untuk memastikan semua bantuan diagihkan untuk semua keluarga yang layak.

Walau pun semua pihak pasti berdebar menanti bakal calon yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri esok, namun tugas kepada rakyat tetap dipikul. Inilah kecekalan yang menimpa setiap orang PBB walau pun Pujut tidak lagi di bawah BN. Semoga penduduk Pujut akan bersatu untuk menukarkan DAP kepada SUPP pada PRU13 ini.

Wanita PBB Pujut agih bantuan kepada keluarga memerlukan

Utusan Borneo 16 April 2013, Selasa

BANTUAN 1MALAYSIA: Laila (berdiri tiga kiri) dan ahli-ahli wanita PBB Pujut bersama penerima sumbangan di kediaman Jelita (duduk tiga kanan) semasa pengagihan bantuan itu di Miri.

MIRI: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pujut baru-baru ini mengagihkan bantuan makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Damai Piasau Utara, di sini.

Sejumlah empat keluarga dipilih untuk menerima bantuan tersebut iaitu keluarga Halimah Abdullah, 78, Timah Mayau, 62, Jelita Abdullah, 64, dan Rita Saud, 43.

Ketua Wanita PBB N64 Pujut Kaunselor Laila Mohamad memberitahu ,penyerahan sumbangan itu merupakan aktiviti bulanan mereka untuk membantu meringankan beban kehidupan golongan memerlukan.

“Kami menyampaikan sumbangan makanan seperti beras, gula, kopi, milo, susu, oat dan roti kepada mereka yang dianggarkan bernilai RM250,” katanya di sini kelmarin.

Laila menambah, usaha berkenaan akan diteruskan oleh ahli-ahli wanita PBB Pujut khasnya untuk membantu golongan memerlukan khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda