Ketua Pembangkang: Status Anwar boleh dicabar
29 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Usul untuk mencabar kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang didakwa diselubungi pelbagai isu moral boleh dibawa pada persidangan Dewan Rakyat, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Wan Jaafar.
Bagaimanapun, beliau berkata untuk menggugurkan kedudukan seseorang anggota dewan memerlukan satu prosedur tertentu yang mana belum terdapat dalam peraturan dewan ketika ini.
Beliau berkata sesuatu usul yang yang bersangkutan dengan peribadi seseorang serta berlaku di luar dewan tidak mungkin membolekan individu itu digugurkan jawatan secara automatik kecuali ia berkaitan dengan kesalahan jenayah serta menderhaka kepada raja dan negara yang telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman.
"Namun ianya tetap perlu dibahas di dewan terlebih dahulu. Kita berpandu kepada tiga perkara iaitu peraturan, undang-undang dan Perlembagaan...tidak ada satu pun dari tiga elemen itu yang memberi ruang dan peluang seseorang boleh membuatkan satu usul dalam dewan untuk membuat satu impeachment terhadap seseorang.
"Terserah kepada budi bicara speaker untuk menerima atau menolak usul anggota untuk membahaskan perkara sebegitu dalam Dewan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kulim/Bandar Bharu Datuk Zulkifli Noordin semalam yang berkata anggota Parlimen berhak membawa usul kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap mana-mana anggota dewan termasuk Ketua Pembangkang berhubung perkara tertentu dan khusus.
Kenyataan itu turut disokong Pesuruhjaya Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah bahawa usul itu boleh dilakukan kerana jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar merupakan jawatan rasmi dan beliau memainkan peranan mustahak dalam sistem berparlimen.
Sementara itu, anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula percaya jika dibahaskan, usul 'impeachment' Anwar itu boleh berjaya bersandarkan kekuatan jumlah anggota Parlimen Barisan Nasional (BN), yang pasti akan turut mendapat sokongan anggota Parlimen Bebas.- Bernama
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Saturday, March 31, 2012
Anwar Hilang Kredibiliti Sebagai Ketua Pembangkang?!!
Anwar mungkin akan digugurkan sebagai Ketua Pembangkang sekiranya disabit kesalahan setelah diusul dan dibahaskan di Parlimen!!?!?! Ini memandangkan aspek parlimen di mana Anwar memegang jawatan rasmi sebagai Ketua Pembangkang dan telah mengalami berbagai tuduhan masalah moral!!?? Usul ini mungkin akan dibawa dan dibincangkan dan memandangkan anggota Parlimen kebanyakannya terdiri daripada orang dan ahli BN serta anggota parlimen bebas yang banyak dipecat oleh pakatan haram!!??
Bagaimanakah tindakan penyokongnya selepas ini adakah mereka akan menyerbu parlimen atau berarak di tepi jalan raya pula untuk melarang parlimen daripada membahaskan usul mengenai Anwar Ibrahim dan kredibilitinya sebagai Ketua Pembangkang yang memiliki masalah moral!!?!!?
Friday, March 30, 2012
Markas Parti Ajaran Sesat PAS Diserang?!?!?!!
Gempar juga apabila mendengar Markas Parti Ajaran Sesat diserang baru tadi!!?? Laporan di bawah dipetik dari papagomo.com yang melaporkan terus sejam tadi!!???
Markas Parti Ajaran Sesat (PAS) Diserang
papagomo.com
Beberapa NGO hari ini berkumpul di hadapan Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut bagi mendesak parti itu menyatakan pendirian berhubung kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau di Wall Street Journal yang mahu mempertahankan keselamatan Israel.
Akan ada lagi demonstrasi mendesak seperti ini selagi PAS tidak menyatakan pendirian mereka. NGO berkenaan juga berasa berbesar hati dan mengharapkan parti PAS dan UMNO dapat bersatu dalam hal menjaga Islam, bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu.
Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak, Mohd Nazri Bin Abdul Aziz, demo aman ini adalah lanjutan dari demo yang dibuat sebelum ini. Disebabkan kepimpinan dalam parti PAS masih belum menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Ketua Pembangkang di Wall Street Journal itu maka NGO-NGO ini akan terus mendesak.
"Isu dia 'simple', Islam, Melayu dan Raja-Raja"-Ujarnya. Beliau juga menyeru agar PAS dapat melupakan persengketaan ideologi politik.
Antara NGO yang hadir, Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak, Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Persatuan Veteran Malaysia, Gabungan NGO Malaysia.
Sumber KL POS
SPR Dulu Sokong Pakatan Haram?!!??!
Baru-baru ini pihak Pakatan Haram telah menuduh SPR tidak telus!!?? Sekiranya benar tidak telus pastilah Pakatan Haram yang menguasai SPR kerana mereka boleh menang 5 buah negeri dalam Malaysia!!??? Kalau dah nak kalah tu buatlah macam nak kalah!?!?!!? Bukan salah SPR atau salah siapa!??! Salah mereka juga yang menobatkan bekas pemimpin No 1 rasuah dalam BN menjadi Ketua mereka!!??
SPR Tak Telus Punca Pakatan Menang 5 Negeri
Written by serangge kitagempur.com
![]()
Sana tak betul ,sini tak betul,sana salah,sini salah. Episod menyalahkan orang takkan habis selagi mereka tidak memegang Putrajaya. Demo Bersih dianjurkan kata mereka mahukan pilihanraya yang bersih.
Kata merekalah,tapi kerana bersihnya pilihanrayalah banyak negeri yang dahulunya diperintah oleh BN jatuh ketangan pakatan.Mereka ini sebenarnya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat marhain masih mahukan BN sebagai pemerintah di Malaysia.
Propaganda di sebarkan kononnya seluruh Malaysia rakyatnya menyokong pakatan,sedangkan ini kes syok sendiri perasan tak ingat. Mereka bukan saja cuba memainkan persepsi seolah seluruh negara menyokong mereka,padahal bukanya majoriti memilih mereka.
7 pilihanraya kecil dimenangi oleh BN dan undi dari saluran 4 dan 5 mewakili golongan muda begitu banyak mengundi BN.Ini salah satu bukti bahawa orang muda sendiri menolak politik kotor yang dimainkan pakatan.
Anwar dan gerembolan pakatan sebenarnya sudah kehilangan punca bagaimana mahu mengalahkan BN,bohong pun sudah,tipu dan fitnah pun sudah,dituduhnya orang lain kotor sedangkan mereka sendiri yang kotor.
Ada kes di kawasan Parlimen Permatang Pauh sendiri, satu rumah didaftarkan lebih 50 pengundi hantu yang kesemuanya adalah penyokong pakatan. Kerja mengubah pengundi tersebut dilakukan oleh pegawai SPR yang suaminya sendiri adalah orang kuat PAS.
Pengundi hantu yang dibawa masuk oleh pakatan ke parlimen Permatang Pauh dicatatkan melebih 7 ribu orang,kesemua ini untuk memastikan agar Anwar dapat mengekalkan kerusi beliau.
Anwar menutup kerja jahat mereka dengan menuduh orang lain yang bersalah,taktik ini jika kita perhatikan hampir kesemua dakwaan mereka terhadap BN sebenarnya dilakukan sendiri oleh pakatan.
Rakyat ditutup dengan pembohongan sedangkan yang menipu adalah pakatan sendiri.Anda perhatikan setiap dakwaan kepada BN cuba tengok sebaliknya terhadap pakatan,jika diselidiki dan disiasat merekalah yang menjadi dalang tersebut.
Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, isu utama ketika ini adalah ketelusan pilihan raya.
Pakatan pembangkang terus berdolak-dalik berhubung isu pembubaran Parlimen di negeri tadbiran mereka sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.
Katanya, keputusan sama ada mahu membubarkan Parlimen adalah bergantung kepada kebebasan sistem pilihan raya negara ini.
"Isu utama yang dibincangkan ialah mengenai proses pilihan raya. Itu adalah isu yang akan mempengaruhi keputusan kami terutama di negeri-negeri tadbiran kami.
"Pilihan sama ada nak buat bersama-sama atau tidak, ia masih terbuka. Kita masih berbincang dengan negeri-negeri (pembangkang) mengenai perkara ini, ada yang berpandangan kita patut adakan serentak dan ada yang tidak, belum ada keputusan lagi," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Thursday, March 29, 2012
PAS Akan Tenggelam di Batu Niah?!!
| Jeti Terbiar?? |
| Pengangkutan Air Sg Peri!!? |
| Itu Jeti Tanpa Bot??!!! |
Batu Niah, 28 Mac 2012 - Juak-juak PAS mula melawat kampung-kampung di sekitar Sarawak untuk mencungkil isu!!?? Baru-baru ini mereka terjumpa jeti terbiar di Sungai Peri, Kampung Niah, Sarawak!!?? Apa lagi mulalah puak-puak PAS ini mengambil gambar untuk dimuat naik agar mencanangkan isu kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak peka kepada keperluan penduduk di Kampung Niah!!??
Sebenarnya jeti tersebut sudah lama terbiar kerana penduduk di Kampung Niah sudah maju dan mampu memiliki kereta!!?? Terima kasih kepada pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional maka sistem pengangkutan di Kampung Niah menjadi bertambah baik dan tiada lagi penduduk Kampung Niah yang berkayuh untuk ke Batu Niah!!?? Mungkin dahulu memang tiada jalan yang menghubungkan Batu Niah ke Kampung Niah tetapi sekarang ini jalan raya berturap telah disediakan kerajaan Barisan Nasional kepada penduduk di kawasan Kampung Niah!!??
Pihak PAS ini bukannya datang menggunakan sampan atau bot untuk menaiki jeti!!!?? Mereka pun tiba di Kampung Niah menaiki kenderaan sewa!!?? Kalau mereka prihatin dan mahu menunjukkan mereka akan membawa kebajikan kenapa takut mengeluarkan amal jariah yang diperolehi daripada jualan keropok lekor mereka tempoh hari untuk membeli beberapa keping papan dan beberapa buah tin cat untuk membaik pulih jeti yang terbiar!!?? Manalah tahu pihak PAS akan menghantar gula menggunakan sampan dari Kelantan memandangkan semua urusan pentadbiran akan dijalankan di Kota Bharu kelak!!??? Itu pun kalau Hadi Awang pakai cawat!!??!!
Tuesday, March 27, 2012
Lancarkan Think Tank Pemuda PBB Secara Bersepadu!?!?!
Tuesday, March 27, 2012
ADUN Lambir, BN, Lambir, PBB, Pemuda PBB, Ripin Lamat, Sarawak, Sibuti
2 comments
Sudah tiba masanya Pemuda menubuhkan think tank secara bersepadu dan tidak hanya tertumpu di peringkat ranting mahu pun cawangan. Usaha ini sedang giat dijalankan di peringkat akar umbi namun tidak banyak yang dapat bergerak kerana masalah teknikal dari segi perlaksanaan dan kewangan?!! Kini pemuda boleh menggunakan TEGAS untuk memastikan penglibatan oleh semua lapisan masyarakat!!?? Semoga think tank ini dapat direalisasikan dengan segera dan berjalan dengan lancar menjelang PRU13!!!???
Pemuda PBB dicadang tubuh kumpulan pemikir
by Steve Annuar. Posted on March 27, 2012, Tuesday
Kumpulan pemikir akan dapat memberi pelbagai idea baharu untuk mantapkan peranan parti: Ripin
MIRI: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini harus menubuhkan sebuah kumpulan pemikir atau ‘think tank” untuk mencambah idea-idea baharu yang dapat menggerak dan memperluaskan peranan parti kepada rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata, penubuhan ‘think tank’ antara cara meningkatkan keupayaan Pemuda khasnya dalam menguasai kemahiran-kemahiran baharu untuk memantapkan peranan parti.
Penglibatan aktif Pemuda, katanya, akan merapatkan hubungan antara ahli dan masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti mereka.
“Kumpulan ‘think tank’ ini akan memberi idea-idea baharu kepada kita (Pemuda) untuk mengatur dan merancang aktiviti-aktiviti untuk ahli dan parti, iaitu merancang program-program untuk tempoh sepanjang tahun.
“Antaranya aktiviti yang boleh dianjurkan ialah memancing, bermain bola ataupun konsert. Kita juga boleh menganjurkan aktiviti pendidikan dan pembangunan ekonomi serta aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran ahli kita,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama pemain-pemain bola sepak Zon Sembilan Pemuda PBB di sebuah hotel di sini malam kelmarin.
Kumpulan pemikir ini juga membantu dari segi pengurusan dan pentadbiran melalui sesi percambahan minda, mesyuarat, perbincangan dan perjumpaan.
Sehubungan itu, golongan belia Bumiputera termasuk ahli Pemuda PBB juga disaran mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dengan memanfaatkan bantuan Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS).
TEGAS yang pada asalnya dinamakan Tabung Amanah Bumiputera diwujudkan bagi memajukan sosioekonomi kalangan Bumiputera dengan mengutamakan pendidikan dalam bidang teknikal.
Ripin berkata, penguasaan belia Bumiputera dalam pelbagai kemahiran akan membolehkan mereka berkhidmat dalam industri yang dibangunkan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Saya mahu melihat ramai belia kita terlibat dalam SCORE yang menjanjikan peluang-peluang pekerjaan baharu yang dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dan negeri ini,” jelasnya.
Mengulas tentang penyertaan Pemuda dalam sukan bola sepak, Ripin berkata, bakat-bakat mereka akan terus diasah dari penganjuran perlawanan persahabatan antara cawangan.
Penganjuran juga merupakan landasan untuk parti mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan Pemuda PBB menerusi sukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)







