Dua Angkasawan PAS maut di bulan kerana ingkar perintah parti
oleh Anak Merdeka
Fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963 ini jelas sekali menunjukkan kepada kita bahawa ianya menuntut setiap daripada ahli-ahli PAS perlu patuh serta taat kepada perjuangan parti demi menegakkan hukum Islam di negara ini.
Maknanya, biar selama mana sekalipun perjuangan yang mereka lakukan akan mencapai kejayaan walau apapun rintangan yang melintang didepan mata mereka harus teruskan perjuangan tanpa perlu mengubah biar seinci dasar yang telah dirangka oleh pemimpin parti yang terdahulu.
Namun, adakah PAS sekarang sejak di bawah Presidennya YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz masih berpegang kepada semua itu? Nyata tidak, sebab sejak PAS berkerjasama dan bergabung dengan DAP serta PKR dalam Pakatan Haram Pembangkang parti itu jelas sudah melanggar prinsip atau dasar parti yang sepatutnya mereka sebagai pewarisnya pertahankan.
Kejadian dua orang pengikut PAS yang mati akibat terkena renjatan kuasa elektrik yang berlaku di Kampung Tengah, Bukit Panau Tanah Merah Kelantan semalam ketika sedang menaik dan memasang bendera parti PAS dan juga bendera parti DAP telah memberi petunjuk kepada kita semua betapa disebabkan gila kuasa mereka sanggup lakukan apa saja malah tidak sedar bahawa perbuatan memasang bendera kedua parti yang dulunya berseteru secara serentak sudah cukup untuk menyatakan bahawa PAS sendiri sudah mengingkari larangan yang mereka sendiri sebut suatu ketika dulu.
Tragedi yang menimpa Rosli Hussin, 47, dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, itu mungkin bukan kejadian yang pertama atau terakhir yang melibatkan PAS tetapi mana tahu selepas ini ada bermacam lagi kejadian yang tidak diduga akan menimpa Parti Islam Se-Malaysia itu selagi mereka terus menjalinkan kerjasama dengan DAP sebuah parti anti-Islam dan juga sebuah parti yang bersifat perkauman melampau.
Kejadian malang yang membawa padah kepada dua mangsa ini dari sumber blog Sungai Rapat Online
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Sunday, April 1, 2012
Angkasawan PAS Naik Roket Maut Di Bulan!?!?!
Angkasawan PAS maut di bulan?!?! Roket mana yang mereka naik?!!? Bulan mana hok mereka tuju?!!? Sila ikuti kupasan rakan blogger Anak Merdeka di bawah!!??
Saturday, March 31, 2012
Bongkar!?!?! Pengerusi Dong Zhong Beli Ijazah Dari Internet?!?!?
Saturday, March 31, 2012
Dong Zhong, Ijazah Internet, Malaysia, MCA, PRU13, SRJK Cina, Tipu, Wee Ka Siong, Yap Sin Tian
1 comment
Pengerusi Dong Zhong mahukan kualiti padahal kelayakan pendidikan dirinya adalah penipuan dengan membeli dari internet!!??! Kenapa perlukan guru berbahasa mandarin sekiranya pengerusi sendiri tiada warga diri dan tidak memandang tinggi kepada etika pendidikan dan pelajaran!!?? Dia sendiri membeli ijazah di internet tetapi mahukan orang Cina mendapat pendidikan kualiti!?!? Adakah ini caranya dia menipu orang Cina di Malaysia!?!? Kalau dia boleh beli ijazah di internet kenapa tidak ajarkan kepada orang Cina yang lain untuk berbuat demikian!?!?!? Kenapa perlu ada sekolah dan pelajaran bahasa Cina sekiranya semua ini boleh dibeli dengan wang?!?! Apakah pengerusi penipu Dong Zhong ini akan tampil ke hadapan dan meminta maaf kepada orang Cina yang ditipunya?!?!?
BANYAK CAKAP PASAL KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA, PENGERUSI DON ZONG SENDIRI SEORANG PENGELAT!!!Author: CUCU TOK WAN
Yap Sin Tian, Pengerusi Dong Zhong yang menganjurkan demonstrasi 325 yang hampir-hampir mencederakan Timbalan Menteri Pendidikan, Wee Ka Siong setelahnya menjemputnya ke majlis tersebut, rupa-rupanya adalah seorang pengelat dan penipu!
Blog STOP THE LIES mendedahkan bagaimana Pengerusi Don Zong itu sebenarnya membeli kesarjanaannya menerusi Internet.
Universiti yang menganugerahkan Doktorat kepadanya ternyata sebuah rumah kedai tanpa sebarang bilik kelas!
Lawaknya!
Orang yang paling lantang bercakap tentang kualiti pembelajaran dan pendidikan Cina di negara ini, rupa-rupanya adalah seorang yang tidak berkualiti langsung. Sudahlah hidupnya menumpang glamour dengan cerita-cerita hebat tentang pendidikan Cina, rupa-rupanya dia sendiri bukanlah seorang yang berkualiti.
Maka tidak hairanlah mengapa Dong Zong sebenarnya sebuah pertubuhan orang bebal dan tongong memandangkan Pengerusinya sendiri merupakan seorang penipu!
Sekaligus mengingatkan kita kepada Anwar Ibrahim yang ingin memperjuangkan rakyat Malaysia agar bebas daripada rasuah, sedangkan dia sendiri adalah BAPA PUNYA BESAR RASUAH DUK ADA di negara ini. Seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang ingin memperjuangkan Islam tetapi mereka sendiri hidup menyara tubuh dengan perkara-perkara yang menyalahi tatacara Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Anwar Takut Sapina?!?! Kenapa??!?! Skandal RM445 Juta?!?!?!
Saturday, March 31, 2012
Anwar Ibrahim, KBBGate, Malaysia, Najib Razak, Pakatan Haram, PKR, PRU13, Quek Leng Chan, Selangor, Skandal RM445 Juta, UMNO
No comments
Anwar semakin takut mengalahkan kambing takut hujan!!?? Kalau dulu Anwar kata Najib penakut?!?! Kini pun masih menggelarkan Najib penakut namun hakikatnya Anwar yang paling takut dan sentiasa takut dengan sistem perundangan di Malaysia!!?? Dia hanya pandai menggunakan sistem mahkamah untuk kepentingan politiknya sahaja tetapi apabila untuk menjadi penyumbang kebenaran dia pula tak lalu duduk!!?!? Ikutilah kupasan GAP mengenai skandal RM445 Juta Anwar semasa dia memegang tampuk kepimpinan UMNO dulu!!??
SKANDAL RM445 JUTA : ANWAR KEPANASAN !
GAP
Saturday, March 31, 2012
KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.
Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.
Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.
Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.
Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.
Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut.
Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.
Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu.
Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?
Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?
Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.
Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan?
Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?
Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.
Kata lawan tetap lawan?
Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang.
RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.
Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.
Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.
BLUE BERUANG
PKR Ada Sistem Kasta?!?!?
Saturday, March 31, 2012
Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Malaysia, PKR, PRU13, Selangor
No comments
PKR mengamalkan politik sistem kasta?!! Apa sebenarnya sistem kasta ini!?!?! Sistem ini pernah diamalkan semasa Anwar menjadi TPM!?!?! Kelas struggle dalam Anwar ini berbeza!?!?! Apakah bezanya dan apa kaitan dengan Quek!??! Orang dalam gambar!?!? Ikutilah kupasan menarik oleh gelagatanwar di bawah!?!
Seronok ana turun bersama teman-teman reformasi di Ampang. Fuh, Anwar memang in his elements kata ramai orang. Mantap. Anwar dah dapat semula rentak lama. Confident tinggi. Balun tetap….balun.
Kalau orang perasan, Anwar cakap banyak kali bagaimana ‘towkay-towkay’ Cina yang mula menelefon pemimpin PKR sebab nak cari nyawa perniagaan. Ini memang kisah benar. Kita teman-teman reformasi pun tahu. Memang ramai. Sms Anwar. Telefon. Cakap mereka sokong sebenarnya, tapi tak boleh nak ke depan. Kalau perlu, mereka boleh beri derma kalau Anwar mahu.
Hubungan Anwar dengan towkay-towkay Cina ni bukan baru. Masa Anwar jadi TPM/Menteri Kewangan 2, mereka inilah juga yang taja politik Anwar. Duit mereka inilah yang Anwar jadikan cengkeram politik. Pak Ghafar (Allahyarham) yang percaya dengan politik Anwar – akhirnya terpaksa akur dengan kuasa politik.
Dr Mahathir pernah ingatkan, sebenarnya jawatan Perdana Menteri ini boleh dibeli dengan beberapa Bilion ringgit. Tun memang betul. Sebabnya, Anwar pernah cuba gugat jawatan PM dengan modal RM445 juta. Setengah bilion.
Hari ini Anwar bercerita tentang ‘class struggle’. Memang sedap dengar. Tapi Anwar amalkan politik apa?
Sebenarnya, dalam PKR pun ada ‘class struggle’. Ketua Cabang yang miskin dan kedana akan jadi kelas kedua. Yang kaya mendapat layanan istimewa. Yang miskin jadi pecacai sahaja.
Anwar pun amal ‘sistem kasta’ dalam PKR. Sistem kasta. Yang miskin, akan terus berharap dengan pimpinan. Sebab itu, Azmin dapat kekalkan kuasa dengan bersahaja. Modalnya apa? Modalnya – kemewahan. Class juga.
Anwar dahulunya memang mewah kerana menggunakan ‘cengkeram’ orang Cina. Semua mewah. Cakap sahaja hendak apa. Berbeg-beg akan dihantar kepada Azmin.
Nampaknya, trend ini sudah bermula. Sejak menang di Selangor, trend ini sudah kembali. Sebab itu kita tak hairan kalau Anwar sudah kembali mendapat keyakinan.
Antara funder terawal Anwar adalah Quek Leng Chan (gambar). Sekarang ini jadi kes mahkamah. Kes Quek Leng Chan ini kes ambil cengkeram lah. Kes ambil cengkeram sebab nak maintain ‘class’.
Ketua PKR Rosak Akhlak Bertanding di Miri?!?!?!
| Dr Teo bersama penyokong kuatnya!!?? |
MIRI - Dr Teo mungkin tidak sedar bahawa aktiviti diluar etika profesionalnya sudah dibongkar pada tahun lepas di sini dan sini?!!
Mungkin DAP pun tahu sekiranya mereka menurunkan PKR Dr Teo yang sudah sekian lama bermain politik, namun masih tidak dapat mengalahkan mantan Presiden SUPP!!?? Siapakah yang dimahukan oleh Pakatan Haram di Miri kalau tidak muka baru!??! Bukan Zulhaidah bukan Dr Teo tetapi orang muda yang berkaliber dan mungkin belajar sehingga ke PhD!?!?! Itulah calon DAP!!?!?
Tapi adakah orang Cina di Miri masih tidak mahukan perwakilan di peringkat persekutuan seperti mana mereka kini yang kurang diwakili di peringkat negeri?!!?! Rasa-rasanya cukuplah mereka memberikan kerusi negeri kepada DAP yang sampai sekarang tidak membuahkan hasil!!?? Mereka dari DAP ini cuma pandai menyalak tetapi tidak dapat membuat kerja!!?!?
Pastinya orang Cina di Miri akan kembali mengundi BN kerana mereka tahu di peringkat persekutuan mereka mesti mendapatkan perwakilan sekiranya ingin lebih maju dalam perniagaan mereka!!?!? Nampaknya PKR mahupun DAP akan kempunan kerusi di Sarawak kelak apabila tsunami PRU13 melanda!?!?! Lagipun calon Parlimen bukan hanya pandai berkata-kata tetapi menunjukkan akhlak yang mulia!?!?! Kalau setakat panas baran seperti Zulhaidah atau selalu menggugurkan kandungan orang lain mungkin ini bukan ciri perwakilan yang dicari oleh DAP!?!?! Kerana DAP yang memperkudakan PKR dan PAS di Miri!?!?!1
Subscribe to:
Posts (Atom)








