BN Pilihan Orang Muda
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Monday, October 8, 2012
[Gambar] Majlis Penutupan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen P.218 Sibuti
Monday, October 08, 2012
1 Belia, 1 Malaysia, 1M4U, Abdul Aziz Adenan, Ahmad Lai, Futsal, Gambar, Pandi Suhaili, PBB, Pemuda PBB, Sibuti, Sukan
No comments
Berikut adalah gambar sekitar majlis penutupan Futsal 1Belia 1Malaysia anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri.
BN Pilihan Orang Muda
BN Pilihan Orang Muda
[Gambar] Sepak Mula Futsal 1Belia 1Malaysia P.218 Sibuti
Monday, October 08, 2012
1Belia, 1M4U, 1Malaysia, Abdul Aziz Adenan, Ahmad Lai, BN Pilihan Orang Muda, Futsal, Pandi Suhaili, Sarawak, Sibuti, Sukan
No comments
Berikut adalah gambar-gambar yang disedut dari fb YB Haji Ahmad Lai sekitar sepak mula futsal 1Belia 1Malaysia di Kampung Bakam, Bekenu.
BN Pilihan Orang Muda!
BN Pilihan Orang Muda!
[Gambar] Program Sembang Mesra Belia Parlimen P.218 Sibuti
Monday, October 08, 2012
1M4U, Abdul Aziz Adenan, Ahmad Lai, Belia, BN Pilihan Orang Muda, Najib Razak, Pandi Suhaili, PBB, Sembang Mesra Belia P218 Sibuti
No comments
Siapa kata belia tidak menyokong kerajaan BN di Sibuti? Bukalah mata kalian, inilah bukti bahawa belia di Sibuti menyokong penuh kepimpinan Najib Razak dan juga ahli parlimen BN di Sibuti iaitu Haji Ahmad Lai.
Belia sekarang sudah sedar, dengan adanya khabar gembira selepas Pembentangan Belanjawan 2013, di mana mereka banyak menikmati kemudahan baik dari segi pelepasan cukai mahupun baucar ataupun rebat telefon untuk belia yang sudah bekerja atau sedang belajar. Sememangnya belia di Sibuti tahu bahawa kerajaan BN masih prihatin dengan hasrat mereka dan sememangnya menepati janji untuk mensejahterakan rakyat!
Semoga kerajaan BN akan terus mendapat mandat besar daripada rakyat khususnya daripada golongan belia cerdik yang menyokong kuat di belakang kerajaan Barisan Nasional!
BN Pilihan Orang Muda!
Thursday, October 4, 2012
Azmin Aiskrim Ganti Khalid Gagap Untuk MB Selangor?
Thursday, October 04, 2012
Azmin Ali, Khalid Ibrahim, MB Selangor, Pakatan Haram, PKR, PRU13, Selangor
No comments
Azmin semakin berani menyatakan bahawa Khalid tidak akan duduk lama di kerusi MB Selangor! Sebelum ini adik Azmin pernah mengeluarkan tweet menyatakan bahawa Azmin bakal menjadi MB Selangor dan baru-baru ini begitu banyak desas-desus mengenai politik Khalid Gagap yang akan dicantas oleh Azmin Ali.
AZMIN ALI UMUM KHALID GAGAP BAKAL DIGUGUR JAWATAN MB SELANGOR..!!
Rabu, 3 Oktober 2012 klpos.com![]()
Kelihatan Azmin Ali hampir berjaya ke kemuncak dalam mencantas musuhnya dalam parti bernama Khalid Gagap.
Menerusi laporan dalam beberapa laman portal termasuklah Sinar Harian dan KLPOS, Azmin mengesahkan Khalid Gagap bakal digugurkan jawatan MB Selangor jika Pakatan menang majoriti pada PRU13 kelak.
Impian Khalid Gagap untuk memecah tradisi MB paling lama memegang jawatan tersebut seperti Nik Aziz di Kelantan tidak kesampaian.
Azmin yang sebelum ini pernah membuat pengakuan secara terbuka menerusi TV3 menghadapi krisis kerjasama dengan Khalid Gagap telah diamanahkan sendiri bosnya Anwar Ibrahim membuat kenyataan sedemikian.![]()
Adakah benar kenyataan media yang dibacakan beliau mendakwa Khalid bakal diimport ke Kerajaan Pusat jika benar PRU13 menjadi milik Pakatan? Lebih jijik Azmin sendiri secara tiba2 membaca teks penukaran tersebut atas faktor rekod 'cemerlang' Khalid. Sedangkan Azmin sendiri pernah membuat pengakuan mengkritik kepimpinan Khalid di Selangor yang menjadi punca tercemarnya imej parti?
Masing2 punya agenda yang lebih liar mengikis kekayaan Negeri yang sepatutnya diberikan kepada rakyat. Apa perubahan yang dijanjikan mereka selama ini? Bukan sahaja tidak berubah, malah semakin kritikal dengan isu air, talam, penyelewengan MBSA dan sebagainya.
Selamat Menunaikan Ibadah Haji Buat Jemaah Haji Malaysia 2012
Syukurlah kita kerana sudah ramai jemaah haji kita berada di Tanah Suci Mekah. Janganlah mereka bimbang sekiranya berlaku PRU13 dalam bulan haji.
Selagi semboyan masih belum berbunyi banyakkanlah amal ibadah semoga beroleh ketenangan dan haji yang mabrur.
14,700 jemaah Malaysia sudah berada di Tanah Suci
Utusan Borneo, 4 Oktober 2012 Khamis
MEKAH: Sebanyak 14,700 jemaah haji Malaysia atau kira-kira 53 peratus daripada 28,000 orang jemaah tahun ini sudah berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah dan haji.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pada masa ini, 6,500 jemaah berada di Madinah dan selebihnya sudah mula menunaikan umrah di Mekah.
“Sehingga kini 42 penerbangan telah berlepas dari Malaysia dan tinggal 35 penerbangan lagi. Sejak 30 Sept, semua penerbangan akan mendarat di Jeddah dan penerbangan ke Madinah dihentikan…mereka akan berihram dari Jeddah dan akan terus ke Mekah menaiki bas,” katanya kepada pemberita Malaysia di ibu pejabat Tabung Haji di sini.
Katanya setiap hari dianggar 1,000 jemaah haji Malaysia akan memasuki Mekah dari Madinah dan mereka akan ditempatkan di 13 buah hotel yang disewa sekitar Masjidil Haram.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada masalah timbul setakat ini walaupun terdapat khabar angin adanya wabak penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) di Tanah Suci.
“Tabung Haji telah buat perjumpaan dengan Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan dimaklumkan tidak perlu risau dengan mana-mana wabak sakit kerana sehingga ini tidak ada satu kes yang menyerang jemaah haji dari mana-mana negara,” katanya.
Jumlah kes kesihatan yang dirujuk kepada klinik dan hospital Tabung Haji di Tanah Suci juga amat kecil berbanding tahun sebelumnya meliputi masalah biasa seperti selesema, batuk dan sakit kulit akibat cuaca kering, katanya.
“Nasihat saya untuk bakal-bakal haji supaya bersiap sedia dari segi mental, fizikal, kerohanian dan ilmu kerana kemungkinan untuk mereka berhadapan dengan tekanan emosi itu ada, kemurungan…keadaan fizikal juga penting kerana banyak tenaga diperlukan untuk berjalan jauh,” katanya.
Katanya, ilmu juga penting untuk membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dengan sempurna. — Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)


























































