PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Saturday, April 13, 2013

Thursday, April 11, 2013

[FAKTA] Anwar Ibrahim Tibai PAS! NST 14 Dec 2012 #PRU13 #TolakPR

Anwar Ibrahim's Past Quotes Collection

Collection of Anwar Ibrahim's Past Quote from NST 14 Dec 2012.
Quoted his speech in Jeli, 4 Nov 1994

Anwar Ibrahim was Deputy Prime Minister
 

Wednesday, April 10, 2013

Manifesto BN Adalah Aku Janji Yang Tulen! Ahmad Lai #PRU13 #NAJIB4PM

PR yang menyalin Manifesto BN dan juga Manifesto PAP kini terdiam kerana gagal menunaikan walau 30% daripada manifesto mereka...

PR yang semakin banyak bertelagah sesama sendiri daripada menyelesaikan masalah rakyat dan juga berebut kerusi dilihat seperti kanak-kanak kecil main api?  Adakah pembangkang akan terkubur pada PRU13 ini kelak? 
Penyandang Sibuti Nafikan Manifesto BN Disalin Dari PR

9 April, 2013, Selasa - theborneopost

MIRI:
Manifesto BN oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak  sememangnya  tidak disalin dari (PR) manifesto Pakatan Rakyat seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Penyandang Sibuti merangkap Pengerusi PBB Cawangan Bekenu, Ahmad Lai Bujang menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan fitnah untuk mencemarkan imej baik BN.

"Secara keseluruhannya, manifesto BN benar-benar meletakkan rakyat sebagai keutamaan untuk menunjukkan komitmen BN dalam memenuhi janji-janjinya," katanya selepas merasmikan Program Koperasi Komuniti di Pusat Aktiviti Bakam di sini semalam.

Beliau menegaskan bahawa rekod prestasi BN yang baik membuktikan BN yang akan memenuhi janji yang dibuat dalam manifesto.

"Sejak pilihan raya umum lepas apabila pembangkang merampas beberapa kerusi BN, mereka hanya dapat memenuhi 15 peratus daripada janji-janji mereka dalam manifesto mereka dan berdiam diri ke atas baki 85 peratusnya," katanya.

Di Sibuti, beliau berkata, pihak pembangkang tidak melakukan apa-apa untuk membangunkan kawasan ini, dan memberitahu mereka untuk menutup mulut mereka dan berhenti mengelirukan rakyat dengan dakwaan tidak berasas mereka.

"Tidaklah perlu untuk pembangkang bercakap mengenai jalan raya dan bangunan, kerana mereka juga tidak mampu untuk membekalkan batu untuk jalan raya," katanya.

Mengenai manifesto pilihan raya pembangkang, beliau berkata ia hanya untuk memancing undi.

Ahmad Lai juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah memberi perhatian yang lebih kepada Sabah dan Sarawak, beliau berkata balai bomba akan dibina di Batu Niah tahun depan.

Menjawab soalan sama ada beliau akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin yang mengatakan sebaliknya.

"Spekulasi pada saya telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melobi untuk calon kegemaran mereka. Walau bagaimanapun, ia sudah jelas bahawa keputusan akhir mengenai calon pilihan raya hanya terletak pada pengerusi BN Kebangsaan, "katanya.

RM64 Juta Untuk Loji Rawatan Air Bersih Suai Siap Oktober 2013 - Ahmad Lai #BNBagus #PRU13

Atas sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, Loji Rawatan Air Suai dijangka siap bulan Oktober 2013 ini.  Loji ini mampu membekal 30 juta liter air sehari untuk penduduk di Hulu Niah dan Hulu Sibuti.   Inilah janji BN kepada rakyat agar bekalan air bersih dan dirawat dapat dinikmati di seluruh Sarawak khususnya di Sibuti.  

Pakatan Rakyat kalau dapat RM 64 Juta agaknya terus lesap main mahjong?

Loji Rawatan Air Suai siap Oktober atau Disember
 
10 April 2013, Rabu - Utusan Borneo

MIRI: Loji Rawatan Air Suai bernilai RM64 juta bagi menampung bekalan air bersih untuk kawasan Parlimen Sibuti dijangka siap selewat-lewatnya Oktober atau Disember depan.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu Ahmad Lai Bujang berkata, loji terbabit sepatutnya dijadualkan siap Februari lalu tetapi berikutan masalah teknikal, ia memerlukan tempoh baharu.

“Projek menaik taraf loji terbabit sudah siap kira-kira 75 peratus dan kita jangka ia akan mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober atau Disember depan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, dengan siapnya loji bernilai RM64 juta itu, ia menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang sering melanda penduduk kampung terutama di hulu Niah dan hulu Sibuti.

Ahmad Lai yang juga penyandang kerusi Parlimen Sibuti menjelaskan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pernah meninjau perkembangan semasa projek terbabit.

“Pada lawatan itu, beliau (Awang Tengah) sempat bertanya kepada kontraktor akan tarikh sebenar projek terbabit siap dan kita dimaklumkan ia telah mencapai 75 peratus pembinaan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa loji rawatan air terbabit bakal memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 penduduk di kawasan Sibuti khasnya bagi kawasan tekanan air paip rendah.

Katanya loji itu mampu menghasilkan 30 juta liter air bersih sehari berbanding loji sedia ada yang hanya mampu menghasilkan 16 juta liter sehari.

“Tekanan air rendah di Niah disebabkan pembangunan pesat sama ada dalam industri perladangan, pembinaan dan sebagainya.

“Saya percaya masalah tekanan air rendah di sini akan selesai sepenuhnya apabila projek pembinaan loji air ini siap dan mula beroperasi,” katanya.

Untuk rekod, loji terbabit salah satu projek mega yang sedang dilaksanakan di Parlimen Sibuti dan akan datang projek pembinaan balai bomba baharu di Niah.

RM24 Juta Untuk Pelupusan Sanitari Teknologi Efisien di Sibuti! #BNBagus #PRU13

Masalah sampah di Bekenu sudah wujud sebelum persempadanan parlimen Sibuti dan kawasan sekitarnya lagi.  Namun demikian, berkat keperihatinan wakil rakyat Sibuti dan juga penyandang kerusi P218, Ahmad Lai telah menjelaskan kepada pengadu di atas talian bahawa peruntukan untuk membina sel pelupusan baru telah diluluskan sekarang cuma menanti cuaca yang elok untuk menyiapkan pembinaan yang dijangka siap pada penghujung April ini.  

Wakil rakyat yang berjaya menyampaikan masalah teknikal secara berkesan kepada pengadu pasti berjaya mendapat keyakinan semula pengundi BN.  Inilah contoh wakil rakyat yang sentiasa memahami kehendak dan naluri rakyat seperti Perdana Menteri Malaysia kini.
Masalah sampah di Bekenu ditangani dengan efektif

by Mohd Norhadie Sahari. 10 April 2013, Rabu - Utusan Borneo
AHMAD LAI
MIRI: Kerajaan telah mengambil inisiatif menambah lubang sampah baharu melalui projek pelupusan sampah di Bekenu bagi mengatasi masalah bau sampah dan ke arah pengurusan sisa sampah yang lebih efektif.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu Ahmad Lai Bujang berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh beberapa pihak dalam usaha memburukkan imej projek kerajaan.

“Isu ini sebenarnya telah diselesaikan kerajaan dengan penambahan lubang baharu bagi mengatasi bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.

“Ini sengaja ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang tidak sabar menunggu projek itu selesai dan beroperasi sepenuhnya,” katanya ditemui di sini semalam.

Ahmad Lai yang menjawab aduan secara talian dengan pengadu, Sabak Isa, 64, memberitahu projek perlupusan sampah berkenaan telah diluluskan kerajaan sebelum Parlimen Sibuti diwujudkan.

“Sebenarnya tapak pelupusan sampah itu telah dibina beberapa tahun lalu, sebelum persempadanan semula Sibuti menjadi salah satu Parlimen baharu.

“Begitupun, kerajaan mendengar denyut nadi rakyat dan memperuntukkan RM24 juta untuk membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu bagi menampung tiga sel yang hampir penuh,” jelasnya.

Beliau menambah, sel terbabit memiliki teknologi efisien seperti aplikasi sel pelupusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.

“Teknologi ini diharap dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di beberapa kampung yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat dan air sampah yang masuk ke Sungai Nibong,” katanya.

Baru-baru ini, beliau turut melawat penduduk di kampung terjejas dan rata-rata penduduk tidak pernah mengadu isu bau sampah dan jika ada hanya berlaku semasa dibawa angin.

Menurutnya, isu terbabit pernah dipanjangkan kepada beliau oleh pengadu yang sama namun kerajaan tetap dengan keputusan untuk mengekalkan tapak pelupusan sampah terbabit.

“Kerajaan menerusi pihak berkuasa tempatan akan mempercepatkan pembinaan sel baharu itu dan ia dijangka siap dalam masa terdekat.

“Ia sepatutnya dijadualkan siap pada April ini, namun akibat cuaca yang tidak menentu projek pembinaan sel baharu itu ditangguhkan tetapi akan disiapkan dalam masa ditetapkan,” katanya.

Selepas mendengar penjelasan Ahmad Lai, pengadu kemudiannya akur dan mula memahami manfaat proses pembinaan sel baharu di tapak perlupusan sampah kepada penduduk kampung berhampiran.

Baca Blog Dalam Facebook Anda