PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Wednesday, April 24, 2013

[Gambar] Program Ramah Mesra Calon PAS Sibuti di Taman Tunku




Nampak macam syok sendiri dari jauh, silauan cahaya sungguh terang dari atas dahi sehingga sukar memastikan berapa puluh ribu penduduk Taman Tunku yang hadir untuk bertemu dengan calon PAS...cuma nampak 10 orang sahaja yang lalu-lalang membeli belah di Servay..agaknya mereka ini memang tidak kenal calon PAS Sibuti kerana PAS tiada bukti membela nasib rakyat di Sarawak mahu pun Sibuti?  Mereka cuma pandai menunding jari dan tiada hasil kerja....

Agaknya apa perubahan yang dapat dibawa ke Taman Tunku selain daripada bercakap kosong di atas Hilux?

Monday, April 22, 2013

Dr Juanda Dalam Berita Syaitan? #SokongNajib #PRU13 #UndiBN


Menurut MyMassa, Dr Juanda mengecam tindakan PKR Perlis yang menjual nama baik beliau demi kepentingan politik. Mari kita baca berita syaitan ini...

DR. JUANDA KATA PKR PERLIS KURANG AJAR

Isnin, April 22, 2013 |
Oleh MyMassa


DR. JUANDA & DR.ASRI MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA PERDANA MENTERI

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas tindakan PKR Perlis mengumumkan nama beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar sebagai satu tindakan yang “tidak beradab.”

“Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin…saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis,” kata beliau kepada.

“Isytihar secara ‘unilateral (sendiri)’ (adalah) suatu sikap yang tak beradab kepada orang lain apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif kepada banyak pihak. Ini perlu difahami terutamanya mereka yang mahu jadi ahli politik.

“Saya ambil sikap diam diri kerana tak mahu sakiti hati mana-mana pihak kerana semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain,” katanya.

Minggu lalu, Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman telah mengumumkan nama Dr Juanda sebagai calon PKR di Parlimen Kangar dan turut mendakwa dengan pencalonan Mufti Perlis itu PKR yakin menang di kawasan parlimen tersebut.

Pengumuman PKR itu disambut dengan nada yang agak marah oleh Dr Juanda menuduhnya sebagai ‘berita syaitan‘.

“Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya kerana terlalu banyak fitnah dan penerimaan terhadap ‘scholar’ belum mantap. Pilihan tempat (bertanding) memang banyak tetapi tiada yang sesuai, politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya di dunia dan akhirat.

“Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya Pakatan Rakyat, kawan-kawan BN pun tanya ajak berbincang. Isu Kangar hanya di tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua-dua belah pihak, ini normal bagi orang politik yang mencari dokongan.

“Saya kurang berminat sebab saya bukan penduduk tempatan, kalau BN ‘offer’ pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk menerima kepelbagaian, sentiman sentiasa menjuarai itu,” kata Dr Juanda.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Perebutan Kerusi #PRU13 Apa Komen Hadi 'Cawat' Awang?


PAS hanya akan menentang calon pakar kerana mereka jual ubat kuda? PAS pasti menang di kawasan tersebut sekiranya PKR tidak memecahkan undi PAS...

Apa kata blogger beritalembah pantai? Jom kita baca kenapa PAS menentang PKR?

(video) Hadi Awang beri sebab PAS lawan PKR di 7 tempat, calon tukang edar pil kuda katanya. Biar betul!


layari video di sini.

oleh Berita Lembah Pantai

Ini alasan yang diberi Haji Hadi dalam Video Besi. Tapi tak boleh caya, video itu besi macam kata Haji Hadi lah.

1. Tak mau Pakatan jadi macam Perak, memerintah sekejap.

2. Calon tangkap muat.

3. Di Panti, sebab Calon PKR tak masuk-masuk. Hadi bayangkan calon PKR ada kemungkinan jual pencalonan.

4. Ada calon-calon PKR Tukang Edar Pil Kuda.

5. Ada calon julang gambar Lenin, gambar Stalin, letak gambar Karl Marx dalam markas.

6. Tak mahu syaitan-syaitan masuk dalam Rakyat.

7. Kaki-kaki 'halu' jadi calon, PAS tak boleh terima.

Mari lihat 7 calon PKR yang ditentang PAS.

1. Chegu Bard, di DUN Sg Acheh, Penang.

2. Ibrahim Menudin, di Parlimen Labuan.

3. Dr Nasir Hashim di DUN Kota Damansara, Selangor.

4. Mohd Annuar Mohd Salleh di DUN Panti, Johor.

5. Mohd Shamsul Mat Amin di DUN Bukit Besi, Terengganu.

6. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim DUN Bukit Besi.

7. Ahmad Nazri Mohd Yusoh DUN Seberang Takir, Terengganu.

So, Jadi,

Siapa antara 7 di atas Tukang Edar Pil Kuda?

Siapa calon tangkap muat?

Siapa julang gambar Lenin dan Stalin, komunis-komunis Rusia.

Siapa Syaitan-Syaitan?

Siapa kaki 'halu'?


Kalau macam ini kecik pun dah berlawan, tidak boleh kompromi, macam mana mahu perintah negara?



- Posted using BlogPress from my New iPad

#PRU13 PAS Tukar Pakatan?


Kalau dikaji pengikut PAS ini banyak yang tak cerdik...seperti yang berlaku semasa penamaan calon di Marang. Lain kalilah Pakatan macam cerdik, ini kalilah Hancur Pakatan...

Inilah balasannya jika pemimpin asyik mengamalkan politik maki-hamun macam Hadi Awang? Pengikutnya semakin dibuka keaiban mereka, agar segera sedar dan kembali ke jalan yang benar....

Cuba dengar 0:13, lembu pun lebih cerdik kalau menjadi tukang karut? Lain kalilah pilih parti cerdik...jangan ambil calon yang kena gugur universiti? Agaknya calon parti mana kena buang atau kena gugur semasa belajar di UIA sebelum menjadi penceramah?

PAS Kantoi Nak Tumbangkan Pakatan Haram!!!



- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, April 18, 2013

Kantoi! #TolakPR #P218 PAS Paksa Ahli Hadir Ceramah Perdana?


Berikut adalah pembongkaran oleh Double Y mengenai surat paksa ahli untuk menghadiri ceramah PAS. Ikuti berita lanjut di sini

KANTOI! Surat PAS Paksa Ahli Hadir Ceramah di #Putrajaya Tersebar! #PRU13 #TolakPAS #BetterNation

oleh Double Y




Patutlah ramai orang hadir ke program ceramah yang dibuat oleh calon Putrajaya Dato Husam Musa, rupanya setiap ahli PAS dari kawasan yang berdekatan dikerah hadir ke program tersebut sebagaimana surat yang dipaparkan di atas.

Mungkin kerana sedar bahawa sambutan terhadap program ceramah mereka semakin kurang sejak akhir-akhir ini PAS melalui Dewan Pemuda PAS Pusat bertindak mengerah ahli PAS untuk hadir ke ceramah yang dibuat di Desa Pinggiran Putra tadi untuk menunjukkan kononnya rakyat Putrajaya bersama mereka.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Baca Blog Dalam Facebook Anda