Wednesday, July 3, 2013

MIRI LANCAR KEMBALI KEMPEN 3R!

Dalam kita asyik bekerja dan melakukan rutin harian, mari kita berhenti sejenak untuk menjalankan tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan mengurang serta mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti majalah lama, suratkhabar lama dan juga botol-botol yang berlonggok di dalam stor.

3 lokasi yang mengadakan kempen ini adalah Rumah Jarek, Lambir, tempat letak kereta Morsjaya dan Dewan Suarah Miri.

Semoga amalan ini akan terus dilakukan oleh semua warga Sibuti dan Miri.

Kempen Beli Semula 3R kembali lagi

Posted on July 3, 2013, Wednesday

MIRI: Kempen Beli Semula 3R (mengurang, mengguna semula dan mengitar semula) kembali lagi dengan penganjuran kali ini akan diadakan pada 6 Julai (Sabtu) ini.

Kempen ini merupakan anjuran Kumpulan Kerja Pelaksanaan Pengurangan Sisa-sisa Pepejal Miri Local Agenda 21 Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan diadakan di tiga lokasi berasingan iaitu Rumah Jarek, Lambir, tempat letak kereta Morsjaya dan Dewan Suarah Miri.

Kempen di Rumah Jarek akan diadakan dari jam 9 hingga 11 pagi manakala di tempat letak kereta Morsjaya dan Dewan Suarah Miri masing-masing bermula jam 1 hingga 4 petang.

Menurut penganjur, objektif utama Kempen Beli Semula 3R itu adalah untuk menggalakkan orang awam mempraktikkan amalan 3R dalam kehidupan seharian mereka.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput bersama-sama menyokong kempen ini dengan membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk dijual kepada para ejen kitar semula semasa kempen tersebut.

Manakala bahan-bahan kitar semula yang diterima dan dijual semasa kempen berkenaan adalah terdiri daripada kertas – surat khabar, kadbod, kertas pelbagai, kertas berwarna seperti buku, majalah dan kertas pejabat serta botol kaca namun tidak termasuk botol kicap, botol sos atau botol-botol kecil.

Selain itu, tin aluminium, kotak minuman, besi buruk (scrap metal), komputer terpakai termasuk monitor, papan kekunci, CPU, pencetak dan sebagainya serta bahan-bahan lain yang dapat dikitar semula.

Keterangan lanjut, hubungi Simon Nawang atau Richard Lejau di Unit LA21 MBM melalui talian 085-433501 sambungan 286 pada waktu pejabat.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda