PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Saturday, March 3, 2012

TERKINI!!! Ahmad Lai di Rumah Panjang Ng Jella

3/3/2012
LAMBIR : Penduduk Miri yang terdiri daripada Local Agenda 21 hari ini telah menganjurkan program gotong-royong di Rumah Panjang Nangga Jella. Aktiviti ini bermula dari pukul 8:00 pagi tadi.

Akitiviti ini juga disertai oleh anggota PLKN Miri dan disertai oleh Ahli Parlimen Sibuti YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang.  Tuai Rumah Nunong amat berbangga dengan kehadiran LA21, anggota PLKN dan paling diraikan juga ahli parlimen Sibuti.  

Amalan kerja gotong-royong ini adalah sangat baik untuk membina muafakat dan memupuk perpaduan yang sedia terjalin. 

Penduduk di Sibuti amat beruntung kerana mendapat seorang YB yang berjiwa rakyat yang sentiasa mendampingi rakyat dan terus berkhidmat untuk rakyat.



Pemimpin PAS Kebudak-budakan Dan Teruk Dari Kambing!!??

Habis madu sepah dibuang, begitulah yang sedang berlaku dalam kemelut bekas EXCO negeri Selangor!!!??  Bagi yang sudah lupa, kelancaran Dr Hassan menyelar isu Anwar Ibrahim yang cuba memperkudakan rakyat untuk kepentingan peribadi beliau membuatkan EXCO Negeri Selangor ini dilucutkan jawatannya!!??

Akibat daripada perbuatan khianat ke atas beliau maka Dr Hassan Ali telah melakukan banyak pembongkaran dan pendedahan dalam parti PAS!!??  Ini mengakibatkan beliau semakin banyak dikecam dan difitnah oleh golongan bukan ulama dalam PAS yang sememangnya tidak memperjuangkan agama Islam lagi!!??

Siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkan oleh Dr Hassan Ali??!!
Hasan Ali kata Mahfuz lebih teruk dari kambing...nak saman fitnahnya ditaja KBS RM30 juta   
Jumaat, 02 Mac 2012 22:58  ROSLAN BIAN
 
 
 
TERKINI: Datuk Dr Hasan Ali anggap Datuk Mahfuz Omar lebih teruk dari kambing.Beliau yang geram habis pada Naib Presiden PAS itu nampaknya sudah bersiap sedia untuk berdepan dengannya di mahkamah.Dr Hasan Sabtu memanggil sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur untuk beritahu beliau sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap Mahfuz.

Ini gara-gara Ahli Parlimen Pokok Sena itu main sedap mulut dakwa Kementerian Belia dan Sukan nak menaja 2,000 program ceramahnya dengan kos RM30 juta bagi mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke 13.

Dr Hasan menyifatkan ini satu fitnah jahat Mahfuz untuk memalukan beliau dan keluarganya.

Katanya tuduhan itu dibuat tanpa asas yang lojik.

Serentak dengan itu menjawab satu soalan beliau juga menafikan dakwaan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa tokoh koprat Tan Sri Rozali Ismail,Puncak Niaga menajanya.

Namun beliau mempersoalkan apa salahnya jika ada pihak yang ingin memberi sumbangan kepada sebuah NGO seperti JATI pimpinannya.

Dr Hasan juga menamakan Mahfuz dan seorang lain,Ahli Parlimen Kuala Selangor sebagai antara parasit dalam PAS.

Katanya mereka seperti juga Khalid bermulut celupar dan PAS tidak ambil tindakan terhadap mereka.- 3/2/2012 - BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL - OLEH ROSLAN BIAN
Sumber AD

Rakyat Kelantan Iktiraf Negeri Sendiri Termiskin!!???


Rakyat negeri Kelantan yang ditipu oleh kerajaan PAS kini mengaku mereka negeri termiskin!!?  Kalau dah mengaku kenapa tidak berbuat sesuatu!!??  Rata-rata pemimpin PAS semakin banyak mengaut keuntungan dari negeri-negeri yang diperintah oleh mereka!!??

Kenapakah tidak ada suatu sistem yang strategik untuk membahagikan kekayaan antara negeri pemerintahan PAS?!!!  Adakah disebabkan mereka begitu banyak berbelanja untuk kahwin lebih ramai sehingga rakyat mereka sendiri sudah dilupa?!!!

Semalam baru kita mendengar berita kerajaan PAS di DUN Kamunting yang meminta ahli PAS menyerahkan 15% daripada BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung PAS kawasan!!??  Sudahlah rakyat yang layak untuk BR1M memang memenuhi kriteria bawah gaji RM3000!!??  PAS pula sedap-sedap minta gula-gula yang diberikan oleh kerajaan seumpama kaki buli di sekolah rendah!!!????  Beginikah ideologi dan pemikiran PAS yang tidak lagi memperjuangkan agama Islam?!!!  

Kalau pilih PAS nampaknya rakyatlah kena bekerja lebih keras daripada pemimpin PAS mereka!!??   

Friday, March 2, 2012

BONGKAR!! PAS Minta 15% Dari BR1M Untuk Dana PAS Kawasan??!!

Sebelum ini pihak PAS menyatakan bahawa BR1M adalah gula-gula PRU-13!!??

Kenapakah menurut blogger Taiping Central PAS Taiping telah me minta 15% @ RM75 daripada BR1M diserahkan kepada tabung PAS kawasan?

Sekiranya benar tidak malukah pihak PAS ini?? Wang kepada rakyat oleh kerajaan BN 'dicukai' pula oleh PAS kawasan!?!? Inikah PAS yang mahu mengamalkan negara berkebajikan?!!

PBB N65 Senadin Menyokong Agar Haji Ahmad Lai Dikekalkan Di Sibuti!!!

Hari ini SS menerima perutusan daripada rakan blogger Mukapetang mengenai komentar dalam blog beliau.  Menurut beliau PBB N65 Senadin menceritakan jasa baik pemimpin dan penyandang Parlimen P218 Sibuti yang sering membantu tidak kira di dalam kawasan Sibuti mahupun di kawasan kejiranan beliau.  Mereka di Senadin berharap agar YB Tuan Haji Ahmad Lai akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk meneruskan perjuangan di P218 ini kelak!!  Tahniah kepada YB Tuan Haji Ahmad Lai yang mempunyai penyokong tegar di setiap kawasan.  Semoga permintaan N65 Senadin diambil kira semasa pemilihan calon untuk kerusi P218 ini kelak!!!
Sokongan daripada Jawatankuasa PBB N65 Senadin

YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, adalah merupakan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Selama memegang jawatan sebagai wakil rakyat kami dapati beliau betul-betul merapati rakyat dan sering turun padang berjumpa dengan rakyat bukan hanya rakyat yang dalam kuasaan P 218 Sibuti, tetapi beliau juga sering tidak menolak undangan dari kawasan P219 Miri.


Kami Jawatankuasa PBB N65 Senadin (P219 Miri), memohon kepada pucuk kepimpinan Parti PBB Pusat mengekalkan YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang,dan di calon semula bagi Kerusi P218 Sibuti. Tiada sebab kita perlu menukarkan dengan calon lain jikalau wakil rakyat yang ada sekarang sudah terbukti berkhidmat dengan cemerlang.

Iklas dari Jawatankuasa PBB Cawangan N65 Senadin

Ketua: JULAIHI BIN MOHAMAD
Timbalan Ketua: ABDUL SAMAT BIN MOHAMAD ALI
Naib Ketua: AJIS @ ABDUL AZIZ BIN SEPIN
Ketua Wanita: NILA BINTI SIMAT
Ketua Pemuda: MOHAMAD TINGGAL BIN ABDUL HAMID
Setiausaha: MOHD CHEE BIN KADIR
Penolong Setiausaha: JAMIL BIN BUJANG
Bendahari: SUHAILI BIN DRAMAN
Penolong Bendahari: RAMLI BIN SAPONG
Ketua Penerangan: CHO ANAK NYALO
1. Ahli Jawatankuasa: SUHAILI BIN ABIDIN
2. Ahli Jawatankuasa: JAINI BIN BUANG
3. Ahli Jawatankuasa: HAMDAN BIN MOT
4. Ahli Jawatankuasa: HAJI BASAR BIN NASIB
5. Ahli Jawatankuasa: BOSRI BIN MOHSIN
6. Ahli Jawatankuasa: MUSAH BIN RAMLI
7. Ahli Jawatankuasa: ZANURIN BIN BUJANG

Baca Blog Dalam Facebook Anda