Miri bakal tumpuan pelancong: Abang Johari
Posted Utusan Borneo on March 8, 2012, Thursday
TUNAI JANJI: Abang Johari (dua kiri) ketika menyerahkan replika cek bagi pembinaan balai raya disaksikan oleh yang lain.
MIRI: Miri bakal menjadi tumpuan pelancong dari Asia Timur dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang.
Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pihaknya sedang mengusahakan penerbangan antarabangsa Miri ke laluan-laluan antarabangsa.
“Kita sedang mengusahakan penerbangan antarabangsa secara terus Miri ke Korea, Hong Kong, Jepun, China, iaitu negara-negara Asia Timur,” katanya dalam satu sidang media setelah majlis Simbolik Pembinaan Balai Raya Kampung Beraya semalam.
Turut hadir pada majlis sama adalah Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.
Menurut Abang Johari, Miri secara amnya mempunyai pelbagai tarikan dan keistimewaan untuk diselaraskan sebagai ekopelancongan untuk Sarawak.
“Dalam tempoh itu (tiga hingga lima tahun), kita bangunkan kemudahan dan infrastruktur untuk pelancongan di Miri sendiri, Bakam, Bekenu, seterusnya kita tarik mereka (pelancong) datang,” jelasnya yang juga merupakan Menteri Perumahan.
Mengenai kawasan tarikan pelancong, antara kawasan yang bakal menjadi tumpuan adalah pusat bandar raya Miri sendiri iaitu ‘Laluan Wayarless’ dan Pusat Bakam yang terletak di Bakam untuk kemudahan menyelam dan memancing di laut.
Sementara itu, beliau juga mencadangkan pembinaan jambatan moden ke Kampung Rambai serta tempat pesiaran pelancongan hutan paya bakau di Sungai Sibuti, Bekenu.
“Biar kita tunjukkan kepada dunia bahawa kita bangga dan sekali gus mempertahankan alam semula jadi yang hanya kita ada,” ujar beliau.
Bukan sahaja itu, ia juga akan menjadi kebanggaan di mana walaupun kawasan dibangunkan, kebersihan dan keaslian tetap akan terjaga.
Mengenai balai raya berkenaan, ia merupakan kemudahan hasil permintaan oleh penduduk kampung itu pada tahun lepas untuk pelbagai kegunaan mereka.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Thursday, March 8, 2012
Miri Akan Bertambah Maju Dalam Ecopelancongan!!!??
Saturday, March 3, 2012
TERKINI!!! Ahmad Lai di Rumah Panjang Ng Jella
Pemimpin PAS Kebudak-budakan Dan Teruk Dari Kambing!!??
Hasan Ali kata Mahfuz lebih teruk dari kambing...nak saman fitnahnya ditaja KBS RM30 jutaJumaat, 02 Mac 2012 22:58 ROSLAN BIANTERKINI: Datuk Dr Hasan Ali anggap Datuk Mahfuz Omar lebih teruk dari kambing.Beliau yang geram habis pada Naib Presiden PAS itu nampaknya sudah bersiap sedia untuk berdepan dengannya di mahkamah.Dr Hasan Sabtu memanggil sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur untuk beritahu beliau sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap Mahfuz.
Ini gara-gara Ahli Parlimen Pokok Sena itu main sedap mulut dakwa Kementerian Belia dan Sukan nak menaja 2,000 program ceramahnya dengan kos RM30 juta bagi mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke 13.
Dr Hasan menyifatkan ini satu fitnah jahat Mahfuz untuk memalukan beliau dan keluarganya.
Katanya tuduhan itu dibuat tanpa asas yang lojik.
Serentak dengan itu menjawab satu soalan beliau juga menafikan dakwaan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa tokoh koprat Tan Sri Rozali Ismail,Puncak Niaga menajanya.
Namun beliau mempersoalkan apa salahnya jika ada pihak yang ingin memberi sumbangan kepada sebuah NGO seperti JATI pimpinannya.
Dr Hasan juga menamakan Mahfuz dan seorang lain,Ahli Parlimen Kuala Selangor sebagai antara parasit dalam PAS.
Katanya mereka seperti juga Khalid bermulut celupar dan PAS tidak ambil tindakan terhadap mereka.- 3/2/2012 - BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL - OLEH ROSLAN BIAN
Sumber AD
Rakyat Kelantan Iktiraf Negeri Sendiri Termiskin!!???
Friday, March 2, 2012
BONGKAR!! PAS Minta 15% Dari BR1M Untuk Dana PAS Kawasan??!!
Kenapakah menurut blogger Taiping Central PAS Taiping telah me minta 15% @ RM75 daripada BR1M diserahkan kepada tabung PAS kawasan?
Sekiranya benar tidak malukah pihak PAS ini?? Wang kepada rakyat oleh kerajaan BN 'dicukai' pula oleh PAS kawasan!?!? Inikah PAS yang mahu mengamalkan negara berkebajikan?!!





