PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Monday, March 26, 2012

Kepimpinan Akar Umbi Berpecah?!!?!

Perpecahan di kawasan bandar berpunca dari kepimpinan peringkat akar umbi?!!!  Inikah yang menyebabkan kesukaran untuk memenangi hati rakyat di situ!?!!  Begitulah yang dikatakan oleh Dr Rundi!!???  Menurut beliau terdapat segelintir orang yang telah disokong kini cuba memecahkan perpaduan antara satu sama lain dengan menikam BN dari belakang!!??

Perbuatan seperti ini tidak patut diamalkan oleh ahli komponen BN!!??  Mereka hendaklah saling sokong-menyokong dan bantu-membantu demi mendapat 2/3 majoriti menjelang PRU13 kelak!???

Jangan ’menikam dari belakang’: Dr Rundi

by Abang Ismail Abang Su’ud. Posted on March 26, 2012, Monday
Ahli PBB diingatkan tidak bersikap demikian ke atas ahli lain dan ahli parti komponen BN
BINTULU: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) diingatkan agar tidak mengamalkan sikap `menikam dari belakang’ ke atas ahli lain dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, kumpulan-kumpulan sebegini harus ditentang.

“Kita menyokong semua orang dalam BN, jangan saling berbalah dalam parti sebaliknya tumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha untuk memperkukuhkan BN,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepada mereka yang telah disokong agar menghormati dan menghargai orang yang menyokong mereka.

“Jangan jadi seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan kita perlu sentiasa mengingatkan antara satu sama lain.

“Meskipun mempunyai perbezaan pendapat, ia boleh dibincangkan dengan betul dan tidak ada keperluan untuk melakukan tindakan `tikam belakang’,” katanya.

Katanya, pemimpin masyarakat memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu-isu dan masalah di peringkat bawahan sebelum ia boleh dibawa kepada pucuk pimpinan.

“Sekiranya ada masalah timbul ia perlu ditangani dengan betul dalam mesyuarat tertutup, jika tidak pembangkang akan mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Uma Bawang Sungai Asap, Belaga kelmarin.

Dr Rundi berkata, PBB akan memberikan sokongan 100 peratus kepada calon di kerusi Parlimen Hulu Rajang.

“Saya tidak mahu mendengar apa-apa yang mengatakan bahawa PBB tidak memberi sokongan kepada mereka, kita mesti mengukuhkan perpaduan demi BN,” katanya.

Mengenai konstituensi Belaga katanya, BN mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi itu kerana ia adalah kubu kuat BN.

“Namun kita tidak akan leka dan kita akan cuba untuk menang dengan majoriti besar di kawasan ini (Belaga),” katanya.

Tetapi satu-satunya perkara yang membimbangkan beliau adalah peluang untuk BN menang lebih besar di kawasan bandar.

“Kawasan bandar memberikan tekanan sedikit kepada saya, dan ini adalah implikasi perpecahan di kalangan kepimpinan di peringkat akar umbi.

“Saya tidak mahu menyalahkan mereka tetapi itu adalah situasi yang kita hadapi sekarang,” kata Dr Rundi.

Beliau berkata, setiap orang memainkan peranan dan apa yang membezakan mereka adalah peranan yang dimainkan adalah dalam tahap yang berbeza.

“Tetapi kita mesti menyanyi lagu yang sama, kunci mesti betul dan dengan rentak yang sama,” tambahnya

Pembangkang Hanya Pandai Menipu!!??

Angin perubahan di Selangor kian deras akibat kerajaan Barisan Nasional yang sering mengotakan janji berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya pandai menabur janji!!!??  Inilah kelebihan memilih kerajaan yang benar dan telus!!??  Pihak pembangkang memang sudah lama pandai menabur janji, ini boleh dilihat dalam debat Soi Lek lawan Lim Guan Eng!!??  Lim Guan Eng hanya pandai menuduh tanpa memberi bukti atau fakta!!???  Tidak kurang juga janji manis politiknya untuk mendapat undi rakyat!!??  

Semoga rakyat sekarang sedar bahawa pihak pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah mengotakan janjinya!!??  Disebabkan rakyat sudah memberi peluang kepada kerajaan pembangkang untuk memerintah namun tidak ada pembangunan malah semakin banyak penyelewengan yang dilakukan pula!!???  Kini angin pembangunan semakin dirasai yang berpihak kepada Barisan Nasional!!!?? Ini kerana pandai berjanji tetapi tidak pernah mengotakan janji adalah seperti penipu!!??
Pembangkang gagal tunai janji
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
Pembangkang Gagal Tunai Janji
NAJIB Tun Razak menyampaikan sumbangan tilam dan dapur kepada wakil mangsa banjir Hulu Langat dan Ampang sambil diperhatikan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Dusun Tua, Hulu Langat, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

syahrir.bakar@utusan.com.my

HULU LANGAT 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan beliau terhadap sokongan rakyat di Selangor yang didapati semakin memuncak kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata, angin perubahan sokongan itu terhasil apabila BN sentiasa mengotakan segala janji yang dibuat khususnya terhadap golongan memerlukan serta pelbagai lapisan masyarakat lain melalui pelbagai program transformasi kerajaan.

Selain itu, katanya, angin perubahan sokongan tersebut turut didorong oleh kegagalan pembangkang mengotakan janji yang dibuat mereka pada pilihan raya umum lalu.

Sunday, March 25, 2012

Bongkar!!!??? PAS Cuba Keliru Penduduk Rumah Panjang!!!???

Tidak Sempurna?!?!
Mampukah PAS membina rumah panjang batu di Sarawak?!!!?  Suruh Hadi Awang pakai cawat pun sampai sekarang belum lagi apakan untuk meminta maaf?!!!  Projek yang sedang berjalan dikatakan tidak siap semata-mata untuk mengelirukan rakyat!!???

Pihak PAS datang je hendak mengutuk projek pembangunan yang sedang dijalankan!!?!?  Bukannya datang membawa batu-bata atau simen berlori-lori!!??  Kalau benar hendak membantu tolonglah mereka membina rumah panjang batu menggunakan jentera PAS, PKR dan DAP!?!?!?  Setakat ini belum ada yang pernah berbuat demikian!!?  Asyik hendak berjual keropok lekor kononnya jualan amal!!!??

Mereka yang sudah dihasut PAS menunggu masa untuk memotong 15% apabila menerima bantuan BR1M!!??

Penyokong PAS yang menunggu BR1M??!!
Mereka ini semuanya ditipu oleh PAS kerana PAS menolong mereka untuk menyuarakan belum mendapat BR1M!!??  Apabila mereka ini mendapat BR1M sudah pasti PAS akan meminta 15% sebagai upah kerana membantu mereka menyuarakan hasrat mereka kepada rakyat!!???

PAS ini memang hanya pandai bersuara tetapi tidak pandai memerintah!!??  Lihatlah pembangunan yang ada di Kelantan!!??  Semakin hari penduduk Kelantan semakin tertekan kerana kurangnya peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan PAS!!??  Ini menyebabkan penduduk Kelantan tertekan dan kini sudah menjadi bandar koboi dimana kejadian tembak-menembak sering berlaku untuk mendapat wang membeli dadah!!!??

Saturday, March 24, 2012

PAS Kelantan Hilang Arah!?!?!?!

Kelantan di bawah PAS menjadi sarang maksiat lihat di sini!!!??  Sebelum ini didedahkan bagaimana sarang pelacuran berleluasa berdekatan dengan pejabat PAS!!??  Kini timbul pula kes tembak-menembak!!??  Gejala tidak sihat ini berpunca dari pentadbiran PAS yang hanya mementingkan kroni masing-masing mengakibatkan kurangnya peluang pekerjaan!!??  Ini mengakibatkan rakyat Kelantan menjurus ke lembah durjana dan terlibat dengan najis DADAH!!??  Ke manakah perginya iman dan Islam yang kononnya disemai oleh kerajaan PAS?!!!?  Adakah kita akan membenarkan PAS mentadbir Sarawak sebagai mana mereka mentadbir Kelantan!?!?!  
Kelantan Negeri Cowboy
Oleh RAZMAL MALAKAN

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selalu berkata, Pas tidak memberi pembangunan kepada rakyat tetapi Pas memasukkan Islam ke dalam rakyat Kelantan.  Selepas itu, katanya, baru datang pembangunan dan pada ketika itu, jiwa rakyat sudah terisi dengan iman serta tidak akan timbul pelbagai gejala sosial dan jenayah.

Beliau turut mendakwa gejala sosial dan jenayah di negeri ini rendah serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Namun hakikat yang sebenar amat berbeza. Kelantan sudah tidak selamat. Kelantan seolah-olah menjadi pekan cowboy - tidak mempunyai undang-undang.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan Kelantan menggunakan undang-undang rimba. Undang-undang akan hanya diguna pakai mengikut tafsiran yang boleh mengguntungkan diri sahaja, contohnya, royalti minyak.

Kenapa persoalan ini dibangkitkan?. Ini semua disebabkan kes jenayah terutama tembak sudah menjadi perkara biasa.  Saban hari kes tembak berlaku di negeri. Semalam (23 Mac 2012) satu lagi kes tembak-menembak berlaku, di atas jalan utama, di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Penjenayah sudah hilang rasa takut. Kebanyakkan kes tembak berpunca daripada aktiviti dadah.  Lebih lima kes tembak dalam tempoh tiga bulan. Sudah hampir seperti di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor sehingga memaksa polis menubuhkan sebuah pasukan khas untuk membanteras kes ini.

Jadi, di mana iman dan Islam yang dikatakan oleh Nik Aziz kerana semua jenayah ini dilakukan oleh rakyat Kelantan sendiri, bukan orang Selangor, Perak atau Johor yang datang melakukan onar di sini.


Kenapa pula kes dadah meningkat?. Salah satu puncanya adalah tiada peluang pekerjaan yang menyebabkan anak muda mengambil jalan mudah dengan menjual dadah secara kecil-kecilan atau menjadi pengedar.

Semua ini membuktikan Nik Aziz atau Pas gagal secara keseluruhannya sama ada pembangunan jasmani atau pun rohani.  Pas hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan. Kalau benar Pas berjaya memasukkan iman dan Islam kes seperti ini tidak akan meningkat dan menjadi-jadi di Kelantan.

Fikirlah semasak-masaknya, inilah masanya untuk membawa perubahan. -kelatekito.net

Friday, March 23, 2012

Bongkar!!!?? PAS Menipu Lagi di Bekenu!!?!??!

PAS Miri kecewa kerana program anjuran mereka yang bertopengkan NGO telah didedahkan!!??  Ini berikutan dari mengadakan perhimpunan tanpa permit polis walaupun di Dewan Orang Ramai Bekenu!!??  Kononnya mereka cuba menganjurkan seminar bertajuk "Islam Cara Hidupku!"!!??


PAS Miri pasti tidak tahu undang-undang!!??  Sepatutnya mereka memohon permit untuk berhimpun!!??  Sedangkan untuk menganjur perkahwinan di Dewan Suarah pun memerlukan permit apatah lagi di Dewan Orang Ramai!!??  Sekiaranya PAS Miri memang telus untuk mengadakan seminar maka kemudahan seperti  ambulans dan pegawai kesihatan bertugas hendaklah disediakan!!??  Bukannya mereka tidak tahu bahawa golongan warga emas ini mudah jatuh sakit apabila dihimpunkan di satu kawasan yang padat!!??  Cuba lihat di Dewan Suarah apabila mengambil BR1M?!!   Beberapa buah ambulans dapat dilihat disekitar kawasan Dewan Suarah, ini untuk memberi pertolongan cemas dengan segera sekiranya berlaku kes pengsan dan sukar bernafas apabila orang ramai begitu sesak???!!  

Mengisi kaji selidik!!??
Permit polis ini penting agar pertolongan seperti bantuan bomba dapat dikejarkan segera ke kawasan tersebut sekiranya berlaku kebakaran??!!!  Contohnya himpunan Bersih yang tidak diberi permit kerana tidak dapat menyediakan kemudahan pertolongan cemas seperti ambulans!!!???

Janganlah pihak pembangkang memandang remeh soal keselamatan kerana rakyat adalah aset sesebuah negara???!!!  Mungkin orang ramai yang hadir terkeliru dengan program BR1M?  Ramai yang kecewa kerana mendapati hanya program NGOk PAS Miri!!??  PAS Miri cuba memberi gula dan mee maggi!!??  Adakah mee maggi baik untuk warga emas?!!! Sekiranya benar mereka ingin memberi bantuan berilah susu Anlene dan bukannya mee maggi yang mengandungi MSG dan tidak sesuai untuk warga emas!!!???

Menurut beberapa rungutan yang diterima dari 'peserta' seminar, apa kaitan borang kaji selidik minta pendapatan isi rumah ala BR1M dan yang paling menjengkelkan adalah soalan mengenai tokoh yang dikagumi!!???


Borang Kaji Selidik?

Apakah motif PAS mengadakan ceramah tanpa permit ini yang cuba mengelirukan rakyat Bekenu!?!?!  Nampaknya tunggu sampai bulan bertanduk pun tiada bantuan yang akan dihulurkan oleh PAS Miri ini!!??  Kenapakah PAS Miri masih tidak serik diperbodohkan oleh PKR dan DAP?!?!?!  Mereka yang telah dikudakan sekian lama untuk mendapat kerusi Parlimen Sibuti nampaknya akan musnah harapan lagi apabila PKR sekali lagi bertanding di Sibuti!?!?!?!  Jangan lupa PAS Miri, selagi Hadi Awang tidak pakai cawat selagi itulah PAS akan kalah di Sarawak!?!?!?!  


Acara Politik Bertopengkan Seminar?!!
Ada juga yang mengambil kesempatan seperti di bawah!!?!?!


Memang strategi perniagaan PAS?!!?
Kalau nak berniaga bukalah saluran yang sesuai jangan cuba menipu rakyat Bekenu kononnya hendak memberi gula dan maggi mee percuma tapi perlu isi borang kaji selidik?!?!?!

Baca Blog Dalam Facebook Anda