PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Saturday, October 13, 2012

BNPrihatin! 5 Juta Diperuntukkan di Sibuti - Muhyiddin

Terima kasih kepada kerajaan pimpinan PM yang telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM 5 Juta untuk membangunkan Lambir, Bekenu dan Sibuti.  Sumbangan ini telah disalurkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pantai Bungai pada 11 Oktober 2012 yang lepas.

Dalam Majlis yang dihadiri lebih daripada 3000 orang itu menunjukkan sokongan terhadap BN di kawasan Sibuti sungguh menggalakkan.  Pemuda BN turut sama memeriahkan suasana menyambut ketibaan TPM dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak.

Turut hadir YB Ahmad Lai selaku tuan rumah, YB Datuk Amar Abang Johari, YB Datuk Wahab Aziz, YB Rossey Yunus, YB Ripin Lamat, YB Dennis Ngau dan orang kenamaan dan ketua-ketua kaum di sekitar Miri dan Sibuti.
Muhyiddin Saran Bantuan Rakyat 1Malaysia Diteruskan

MIRI, 11 Okt (Bernama) -- Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan berikutan sambutan positif rakyat kerana ia mampu meningkatkan kuasa beli golongan berpendapatan rendah dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata secara peribadi beliau berpendapat pemberian BR1M patut dikekalkan namun perlu penambahbaikan bagi memastikan bantuan disalurkan sampai kepada golongan sasar.

"Terserah kepada Perdana Menteri, saya secara peribadi berpendapat memang baik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tanjung Bungai, Bekenu di sini, Khamis.

Maklum balas hasil lawatan ke Limbang dan Miri, beliau mendapati majoriti rakyat menyambut baik BR1M 2.0 yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan dan mahu ia dikekalkan kerana faedah besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian BR1M mampu memberi impak lebih positif berbanding skim rasionalisasi subsidi komoditi yang berkaitan dengan pengurangan harga petrol dan gula kerana bantuan tersebut terus kepada golongan yang disasarkan.

BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluas kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Terdahulu, Muhyiddin membayangkan kemungkinan BR1M dikekalkan sekiranya rakyat memberi kepercayaan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin BR1M boleh kekal," katanya sambil menambah kerajaan BN sentiasa prihatin dengan golongan berpendapatan rendah sehingga sanggup menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup.

-- BERNAMA

Friday, October 12, 2012

[Gambar] Sekitar Ketibaan TPM ke Sarawak


Alhamdulillah TPM sudah selamat sampai ke Sarawak pada pukul 9:45 pagi tadi di Lapangan Terbng Miri semalam. Ketibaan beliau disambut oleh Ahli Parlimen Sibuti YB Ahmad Lai.

Turut hadir adalah YB Datuk Amar Abang Johari, YB Abdullah Saidol, YB Ripin Lamat dan YBhg Datuk Sebastian Ting. Sambutan agak meriah di mana seramai 300 orang kenamaan dan ketua kaum di sekitar Sibuti dan Miri turut hadir untuk menyambut ketibaan TPM dengan penuh seri.

TPM kemudiannya meneruskan perjalanan ke Limbang untuk bersama rakyat Limbang. Beliau akan hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pantai Bungai, Sibuti.

Majlis bersurai untuk meneruskan perjalanan ke Pantai Bungai untuk menyambut ketibaan TPM pada tengah hari kelak. Semoga Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pantai Bungai akan berjalan dengan lancar.



























- Posted using BlogPress from my New iPad

Wednesday, October 10, 2012

Muhyiddin Sekolah Satu Sesi Dalam Tempoh Sedekad!

Sekolah di Malaysia akan mengadakan satu sesi dalam tempoh setengah hingga satu dekad lagi.  Ini menunjukkan betapa prihatin kerajaan BN terhadap proses pembelajaran dan bagaimana hasil sekolah satu sesi ke atas ibu bapa, pelajar dan juga para pendidik. 

Semoga apa yang diilhamkan ini akan menjadi kenyataan dan pastinya janji akan ditepati kelak!

Jangan lupa untuk menyambut TPM di Sibuti esok.  Beliau akan merasmikan program "Pemimpin Bersama Rakyat" di Pantai Bungai pada pukul 12:15 pm 11 Oktober 2012.
Muhyiddin: Semua Sekolah Satu Sesi Dalam 5 Hingga 10 Tahun Lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap untuk mempunyai sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dalam masa lima hingga 10 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami mempunyai guru yang cukup (untuk membuat semua sekolah satu sesi) tetapi kita perlu lebih banyak sekolah.

"Ini juga boleh membawa kepada waktu persekolahan dilanjutkan," katanya kepada pemberita selepas melawat SMK Gombak Setia di sini pada hari kedua PMR pada Selasa.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata membina lebih banyak sekolah bergantung kepada peruntukan bajet, sambil menambah bahawa 20 peratus sekolah 10,000 negara kini satu sesi.

Tuesday, October 9, 2012

Biar Benar? Ahli Seumur Hidup PAS Akui PAS Tidak Tepati Ajaran Islam!

Ahli seumur hidup PAS mungkin menyesal seumur hidup kerana PAS tidak lagi menepati ajaran Islam.  Ikutilah penjelasan daripada sasterawan negara Shahnon Ahmad.  

Apakah yang menjadi punca sebenar PAS tidak lagi mengikuti ajaran Islam yang sebenar?  Kenapakah PAS boleh dikudakan oleh DAP?
pix_gal0
Tersasar perjuangan asal kerana ikut kehendak DAP
BHonline 9 Oktober 2012

Georgetown: Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata ahli seumur hidup parti itu, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, (gambar).
Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, apa yang dilakukan PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam.

Bercanggah cara Rasulullah


Shahnon berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

“Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam, kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sik, berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.
DAP menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam seperti yang dimahukan PAS.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukan seperti kerjasama PAS dan DAP kerana ketika itu Islam memerintah dan memimpin mereka.

E-novel Mahabbah

Terdahulu itu, beliau menghadiri perasmian pameran ‘Shahnon Ahmad dalam Media, Persidangan Kebangsaan Shahnon Ahmad dalam Sastera, Budaya, Media’ dan pelancaran buku serta prototaip e-novel Mahabbah di USM, semalam.

Menyentuh e-novel Mahabbah, Shahnon berkata ia mengenai perjuangan seorang tua yang tiada kuasa tetapi ada hati menyatupadukan orang Melayu menerusi doanya kepada Allah. E-novel itu turut melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tetapi bersatu untuk hidup damai dan harmoni. - BERNAMA

'Sandau Hari' Untuk Lindungi Rumah Panjang di Ulu Niah!

'Sandau Hari' merupakan upacara kaum Dayak Iban sebelum keluar untuk memenggal kepala.  Kaum Iban ini memang terkenal dengan darah kepahlawanan dan keberanian untuk memotong kepala musuh mereka. 

Sekarang ini seramai 700 orang Iban di sekitar Ulu Niah telah mengadakan Sandau Hari berikutan dengan notis pengusiran keluar oleh Pegawai Tadbir Sarawak kerana dikatakan mereka ini menduduki tanah kerajaan yang telah diberikan PL atau pajakan sementara untuk ladang kelapa sawit kepada syarikat swasta.  

Sungguhpun demikian kami berharap agar tiada pertumpahan darah akan berlaku dan dapat diselesaikan dengan perbincangan dua hala antara mereka. 
Buat ‘sandau hari’ untuk pertahankan rumah panjang

Utusan Borneo 9 Oktober  2012, Selasa
MOHON BERKAT: Upacara miring untuk ‘sandau hari’ sedang dilaksanakan oleh penduduk Rumah Juipeter dan Rumah Galau.
NIAH: Sekitar 700 kaum Iban dari Rumah Juipeter dan Rumah Galau di Suai dekat sini, serta di sekitar kawasan berkenaan telah mengadakan upacara tradisional untuk ‘menjaga’ dan melindungi rumah panjang dan tanah milik mereka.

Upacara yang dikenali sebagai ‘sandau hari’ itu diadakan oleh penduduk dari kedua-dua rumah panjang itu sebagai ‘mengisytiharkan’ tentangan mereka terhadap arahan oleh sebuah syarikat yang mahu mereka mengosongkan tanah yang diduduki mereka.

Penduduk kampung mendakwa, notis pengusiran oleh syarikat berkenaan mengarahkan agar mereka mengosongkan bukan sahaja tanah di mana kedua-dua buah rumah panjang 80 pintu itu didirikan tetapi juga tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

Oleh itu menurut mereka, majlis ‘sandau hari’ itu diadakan bagi membantu mereka untuk berdepan dengan sebarang tindakan atau ‘ancaman’ ekoran notis pengusiran tersebut.

Pada zaman dahulu, upacara ‘sandau hari’ diadakan untuk memohon perlindungan daripada semangat hutan sebelum mereka turun untuk berperang dan memburu kepala atau ‘ngayau’.

Baca Blog Dalam Facebook Anda