PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Tuesday, April 16, 2013

Ahmad Lai Kekal Mempertahankan Kerusi Sibuti #PRU13 #1Malaysia #SokongNajib #UndiBN @NajibRazak @bujangsenangBN @unreportednews1 @mudatengah @audie61

Beberapa minit yang lalu YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan secara rasmi bahawa Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang tetap mempertahankan kubu kuat BN di Sibuti.  

Tahniah kepada Tuan Haji Ahmad Lai kerana diberi kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk berjuang pada PRU13!

Semoga Sibuti terus membangun bersama Barisan Nasional!!!

 

Wanita PBB Masih Giat Agih Bantuan 1Malaysia di Pujut. #PRU13


Wanita PBB giat aktif dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. PBB Pujut terus bergerak dalam masa terdekat ini untuk memastikan semua bantuan diagihkan untuk semua keluarga yang layak.

Walau pun semua pihak pasti berdebar menanti bakal calon yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri esok, namun tugas kepada rakyat tetap dipikul. Inilah kecekalan yang menimpa setiap orang PBB walau pun Pujut tidak lagi di bawah BN. Semoga penduduk Pujut akan bersatu untuk menukarkan DAP kepada SUPP pada PRU13 ini.

Wanita PBB Pujut agih bantuan kepada keluarga memerlukan

Utusan Borneo 16 April 2013, Selasa

BANTUAN 1MALAYSIA: Laila (berdiri tiga kiri) dan ahli-ahli wanita PBB Pujut bersama penerima sumbangan di kediaman Jelita (duduk tiga kanan) semasa pengagihan bantuan itu di Miri.

MIRI: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pujut baru-baru ini mengagihkan bantuan makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Damai Piasau Utara, di sini.

Sejumlah empat keluarga dipilih untuk menerima bantuan tersebut iaitu keluarga Halimah Abdullah, 78, Timah Mayau, 62, Jelita Abdullah, 64, dan Rita Saud, 43.

Ketua Wanita PBB N64 Pujut Kaunselor Laila Mohamad memberitahu ,penyerahan sumbangan itu merupakan aktiviti bulanan mereka untuk membantu meringankan beban kehidupan golongan memerlukan.

“Kami menyampaikan sumbangan makanan seperti beras, gula, kopi, milo, susu, oat dan roti kepada mereka yang dianggarkan bernilai RM250,” katanya di sini kelmarin.

Laila menambah, usaha berkenaan akan diteruskan oleh ahli-ahli wanita PBB Pujut khasnya untuk membantu golongan memerlukan khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Projek Lembah Sireh PAS Kelantan Perabih Pitis? #TolakPR #PRU13


Menurut blogger GossipRakyat, PAS Kelantan sekali lagi gagal menyempurnakan janji kepada rakyat Kelantan di Lembah Sireh. Mari kita ikuti laporan eddyjugaks di bawah...


POK NIK, APE CITER PROJEK LEMBAH SIREH? TAKUT NAK JAWAB KER?


GossipRakyat 16 April 2013

Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan secara terperinci status sumbangan yang sepatutnya diberikan oleh syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. dalam perjanjian membangunkan kawasan seluas 400 hektar di Lembah Sireh di sini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menurut perjanjian tersebut, syarikat itu sepatutnya membayar nilai Jambatan Sultan Yahya Petra II yang telah dibina oleh Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan juga sewajarnya menerima bayaran ganti rugi daripada syarikat terbabit kerana gagal membina jambatan dari Palekbang, Tumpat ke Kampung Cina di sini, namun menerima tanah di kawasan berkenaan dengan premium amat rendah iaitu RM1,000 untuk setiap 0.4 hektar.

"Hari ini, kita merasmikan pembukaan jejambat dua lorong yang menghubungkan Jambatan Sultan Yahya Petra II berharga RM184.8 juta ke Langgar di sini dan dua lorong jejambat lagi akan dibuka pada Julai ini untuk memberikan keselesaan kepada rakyat.

"Begitu juga dengan Jambatan Palekbang-Kampung Cina yang sepatutnya dibina oleh Liziz Standaco tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tanda akan dibina, jadi kerajaan Pas Kelantan sewajarnya menerima sekurang-kurangnya RM92 juta daripada Liziz tidak termasuk dengan Jambatan Palekbang-Kampung Cina,'' ujarnya.

Bercakap dalam sidang akhbar di Pusat Media BN Kelantan di sini hari ini, Mustapa berkata, perkara penting seperti itu perlu diberitahu kepada rakyat.

''Kalau tidak dituntut, perjanjian ini berat sebelah kerana nilai tanah yang dikenakan amat rendah, syarikat mendapat untung besar tetapi kerajaan dan rakyat rugi besar," katanya.

Pada Julai 2003, Kerajaan Pas Kelantan telah menandatangani perjanjian dengan Liziz Standaco Sdn. Bhd. untuk membangunkan kawasan Lembah Sireh yang terletak di tebing Sungai Kelantan.

Sebagai timbal balas, Liziz Standaco perlu membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra, Jambatan Palekbang-Kampung Cina, stadium khusus untuk wanita dan masjid negeri serta memberi sumbangan tabung perumahan awam dan bayaran ganti rugi untuk para peniaga.

Menurut perjanjian tersebut, sekiranya perkara tersebut gagal dilaksanakan atau telah dibina oleh Kerajaan Pusat maka syarikat berkenaan perlu membayar kos pembinaan tersebut kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sementara tu, Mustapa memberitahu, calon Barisan Nasional Kelantan yang akan diumumkan pada malam esok di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan adalah muktamad dan tidak ada sebarang perubahan akan dilakukan selepas ini.

Beliau berkata, senarai calon tersebut dibuat selepas BN negeri mengadakan pertemuan dengan semua peringkat sejak enam bulan lalu termasuk parti komponen MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP).

Menurutnya, pihaknya juga telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Dalam pada itu kita juga tahu Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa yang penting ialah calon-calon yang boleh menang. Saya pasti juga Pengerusi BN mempunyai banyak sumber daripada segi laporan dan dari segi maklum balas.

"Kita semua telah menyatakan bahawa siapa jua calon yang diputuskan oleh Pengerusi BN Malaysia, itulah calon yang akan disokong oleh semua ahli parti komponen BN," jelas Mustapa.


- Posted using BlogPress from my New iPad

Saturday, April 13, 2013

PKR Dr Teo Sudah Terkubur di #PRU13? #TolakPR

Miri nampaknya milik DAP?  Bagaimana Dr Michael Teo akan berhadapan dengan penyokongnya di Miri?  Nama beliau tidak lagi tersenarai sebagai calon boleh menang PKR?  Berikut adalah kupasan oleh Audie61...

PKR Sarawak V BN

The Lists of PKR is out. Please find it below and lets see which BN parties they will face. Sources informed us as of now the names are as follows but we will not want to disclose yet( we got it already.(U know our capabilities right…)

BN will announce their candidates this weekend.

1.Baru Bian (Limbang) V PBB

2.Ali Biju (Saratok) V SPDP

3 Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar) V PBB

4.Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) v PRS

5.Roland Engan (Baram) v SPDP

6 Nicholas Bawin Anggat (Lubok Antu) v PRS

7.Thomas Laja (Kanowit) v PRS

8.Joshua Jabeng (Selangau) v PRS

9.Zulrusdi Hol (Santubong) v PBB

10. Ahmad Nazib Johari (Petrajaya) v PBB

11. Cecilia Siti Una (Betong) v PBB

Identiti Video #Spendaputih Terbongkar....

Blogger redahkasipecah telah membongkar identiti sebenar dalam tayangan video #Spendaputih.  Ikutilah laporan beliau di bawah ini...
TERBONGKAR !!! Identiti " CALL GIRL " ..... ???
 
redahkasipecah 13 April 2013

Wanita tersebut dipercayai berniaga tudung bawal, dan sedang merancang membesarkan perniagaan dengan membuka Car Wash tak lama lagi. Berasal dari Pahang, ibu tunggal dua orang anak ini juga berusia 41 tahun.

Seorang peniaga, menjual busana muslim di Kuala Lumpur. Mengenali Cikgu Pa sejak tahun 2009. Cikgu Pa juga banyak membantu wanita ini meringankan beban sekiranya menghadapi kemerosotan dalam perniagaan busana muslimnya. Hubungan semakin intim, maka terbitlah rasa kasih sayang teman tapi mesra bercampur horny gitu. Sudah seperti kebanyakkan pasangan kekasih. Adakah mereka pasangan suami isteri?

Pada awal video klip yang mungkin akan tonton, Cikgu Pa berkata "I call, I message U tak jawab."

Suami isteri kalau nak main kena call dulu? Kena book hotel? Suami tunggu dalam bilik, isteri tekan door bell macam call girl?

Lepas main seround, kena urut satu badan? Selesai semua Cikgu Pa bagi duit, main dengan isteri kena bayar ke?

Pada penghujung video klip ini pula, wanita yang menjadi bahan belasahan Cikgu Pa update status perbelanjaan wang, dia akan buat bayaran untuk beli machine dan pindah rumah. Wanita ini juga ada menyebut mengenai nak buka Car Wash bersama Cikgu Pa. Pindah rumah? Jadi perempuan simpanan Cikgu Pa?

Lihatlah taste selera pimpinan tertingga PAS, wanita pakai jeans ketat, baju seksi tidak bertudung, rambut pula blonde. Tak ada langsung ciri ciri dress code Muslimah PAS.

Credit to Megat Panji Alam

Baca Blog Dalam Facebook Anda