PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Saturday, June 2, 2012

Rohani Karim Calon Boleh Menang di Batang Lupar!!


Ahli BN kini boleh menarik nafas lega di Batang Lupar apabila KM mengumumkan bahawa calon wanita bagi kerusi Batang Lupar dikekalkan! Tidak sia-sia usaha ahli parlimen Batang Lupar yang mengaktifkan bilik perang dengan lebih awal dalam menghadapi PRU13.

Kini bakal calon BN yang disenarai pendek untuk bertanding menggantikan calon penyandang kerusi Batang Lupar bolehlah melupuskan impian mereka. Walau bagaimana pun janganlah mereka ini jauh hati atau menyendiri kerana mereka masih diperlukan untukmeneruskan usaha jentera pilihanraya di Batang Lupar.

Tahniah juga kami ucapkan kepada Datuk Rohani Karim yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri sebagai calon boleh menang dan juga calon pilihan rakyat di Batang Lupar. Semoga kemenangan BN terus mantap di Parlimen Batang Lupar.


Jangan pertikai calon yang diputuskan untuk PRU13: Taib




Posted on June 1, 2012, Friday

PUSA: Rakyat Sarawak khususnya anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak belot atau mempertikaikan calon yang diputuskan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata walaupun calon BN itu tidak memiliki paras rupa sekalipun, rakyat harus memberi sokongan kerana calon yang dipilih mempunyai kredibiliti tersendiri.

Sambil mengumumkan akan mengekalkan calon wanita bagi Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim, beliau berkata semua anggota parti komponen BN tidak seharusnya mempertikaikan calon yang ditentukan pemimpin atasan parti.

“Perasaan yang tidak sukakan calon yang bakal bertanding hanya kerana paras rupa atau perkara-perkara lain harus diketepikan.

“Ini kerana PRU13 ini adalah hak untuk menentukan siapa yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini untuk tempoh lima tahun akan datang. Ia lebih penting,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Luar Bandar di pekarangan Stesen Bas Pusa, semalam.

Beliau berkata, rakyat perlu meletakkan tanggungjawab memimpin negeri ini kepada pihak yang berpengalaman luas memimpin negara.

Katanya, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang yang ada strategi pembangunan tersusun serta terancang dan mampu mengimbangi setiap situasi yang berlaku sama ada di dalam negara mahupun luar negara.

“Buktinya… semasa berlaku masalah ekonomi terutama yang melibatkan krisis kenaikan harga minyak dunia, yang menyebabkan harga barangan melonjak naik, kerajaan menyediakan pelbagai pelan sampingan untuk menghadapi masalah berkenaan agar rakyat tidak berasa terlalu tertekan.

“Antaranya seperti pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia, pengaihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan dan banyak lagi skim bantuan lain. Semuanya dilakukan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat negara ini,” kata Taib.

Mengenai pembangunan di Parlimen Batang Lupar beliau berkata, kewujudan banyak ladang kelapa sawit di kawasan itu memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar kawasan itu.

“Buktinya ialah pembukaan ladang perindustrian yang berasaskan kelapa sawit berkembang pesat di Parlimen ini.

“Pembukaan ribuan hektar ladang kelapa sawit di Parlimen ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Usaha ini secara tidak langsung juga mampu melonjakkan sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata perkembangan pesat aktiviti perladangan di kawasan itu menjadi perintis kepada pembukaan rangkaian jalan ke seluruh pelosok negeri ini dan ia sekali lagi memberi kemudahan asas terbaik kepada rakyat.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Bahagian Hal-Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datin Mahani Tan Abdulah dan isteri Taib iaitu Puan Sri Ragad Kurdi Taib.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, May 30, 2012

Cicak PKR Diketawakan di Kampung Gita, Sarawak !?!?!

Arip Ameran

Peguam syariah di atas menjadi seperti seekor monyet peliharaan Ambiga apabila mendengar pidato perdana oleh Ezam Nor yang mendedahkan Anwar Ibrahim kepada penduduk di Kampung Gita Sarawak malam kelmarin!?!?

Arip Ameran yang pernah gagal merebut kerusi BN semasa PRN Sarawak ke-10 telah membuat provokasi bersama pengikut gaynya di Pidato Perdana tersebut!?!  Namun dia cuma diketawakan oleh penduduk Kampung Gita yang hadir ke majlis tersebut dan digelar cicak mengkarung yang terpekik terlolong mendengar Anwar kena TIBAI!?!?!

Kalau hendak tahu apa yang didedahkan oleh Ezam Nor sila rujuk kepada video di bawah yang dipautkan dari blog pecahpalakmikir.

Bongkar!?!?! PAS Kelantan Menipu Rakyat Lagi!?!?!?

Berikut adalah kisah benar mengenai pendedahan penipuan kerajaan PAS Kelantan!?!?!  Memang ramai yang tidak yakin dengan kenyataan demikian!?  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut ikutilah pendedahan demi pendedahan penipuan oleh PAS Kelantan di bawah ini!!??
Badut Rakyat @badutrakyat.blogspot.com

satu lagi penipuan Kerajaan Negeri kelantan di bawah PAS terbongkar.sebelum ini berkenaan ladang rakyat.kali ini lebuhraya pulak.kelmarin Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031

Bank : Bank Islam

Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas atau yang dibawah ini.


Susulan tulisan rakan Blogger RBF Pagi semalam berhubung lebuh raya berkenaan,seorang pembaca menghubungi beliau dan memberitahu seperti berikut.

Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan Pembaca itu tidak menyatakan kepada RBF beliau penyokong parti mana.Saya rasa pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas.Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan.

Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun.Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar.Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan.Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam.rakan Blogger RBF mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan beliau.

RBF sendiri ke Bank Islam tengahari semalam untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan.Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.

Bukan sekali RBF cuba,malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar seperti mana gambar dibawah.Lalu RBF membatalkan hasrat untuk menderma.

Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang Rakan Blogger RBF tulis,anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan .anda semua tak nak syurga ke ??? muahahaha..opsss...

Pemakluman kutipan derma diatas bukannya dilakukan oleh individu atau NGO.Sebaliknya ianya dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri.Ianya sungguh memalukan.Mengikut undang-undang yang sedia ada mana-mana pihak yang ingin melakukan kutipan derma perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.Dalam hal ini tidak dapat dipastikan samada Kerajaan Pas Kelantan telah mendapat kebenaran polis atau tidak untuk mengutip derma berkenaan.Jika ada kebenaran sudah pasti nombor rujukan kebenaran akan dicetak pada poster diatas.Saya tidak mahu membuat kesimpulan atau tuduhan yang bukan-bukan.Terpulang kepada Pembaca Badut Rakyat untuk menilai dan membuat keputusan.

Adakah peristiwa Tabung Memali akan berulang ???

PKR Pilih Calon Pasti Kalah di Batang Lupar!?!?

Maxwell Rojis, orang tua cakap berapi yang cuba merampas kerusi BN di Batang Lupar?  Apakah PKR tidak mempunyai cukup calon selain daripada orang tua yang seringkali kalah apabila menentang YB Julaihi pada tahun 1991 dahulu!?!  Nampaknya Anwar Ibrahim tetap akan bermimpi untuk menuju ke Putrajaya memandangkan calon pasti kalah yang akan diletakkan di Batang Lupar!  

Semua orang tahu baik Batang Lupar mahu pun Batang Sadong adalah kawasan kuat BN dan kini terdapat kegelinciran di dalam parti yang pasti akan selesai sebaik sahaja nama calon BN diumumkan oleh PM.  PKR mahu pun PAS tidak akan berjaya menambat hati penduduk Batang Lupar atau Batang Sadong kerana rakyat di sana sudah pun memberi mandat kepada BN untuk menjadi kerajaan.   Itulah sebabnya sekuat mana jentera pilihan raya PKR tidak akan dapat menandingi kekuatan jentera pilihan raya BN!

Kalau tidak percaya tunggu dan lihatlah kerusi Batang Lupar dan Batang Sadong pasti milik BN!?!?!
PKR laung amaran akan rampas kerusi Parlimen Batang Lupar

Posted on May 30, 2012, Wednesday

KUCHING: Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Batang Lupar melaungkan amaran kepada Barisan Nasional (BN) bahawa mereka pasti berjaya merampas kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Ketua Cabang PKR Parlimen Batang Lupar Maxwell Rojis berkata, semua jentera parti sudah digerakkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Batang Lupar bagi meraih sokongan rakyat di situ.

“Kami siap ‘berperang’ dengan BN di Parlimen ini dalam pilihan raya nanti… bila-bila masa, kami telah menggerakkan jentera parti kami di setiap kawasan,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Tambahnya, kerusi Parlimen Batang Lupar yang selalunya ditandingi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) di situ kini telah ditukar dengan PKR selepas perbincangan dilakukan.

Beliau menjelaskan bahawa pertukaran itu turut melibatkan kerusi Parlimen Batang Sadong yang selalunya ditandingi PKR namun dalam PRU13 ini PR akan meletakkan calon daripada PAS.

“Kami telah berbincang dan bersepakat untuk menukar parti komponen daripada pakatan bagi bertanding di kedua-dua kerusi tersebut nanti.

“Malah, semua strategi sudah kami atur dan rancangkan di setiap kawasan bagi memastikan Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya nanti,” tegasnya.

Pada masa yang sama Maxwell memberitahu, pelbagai isu atau permasalahan penduduk di kawasan Parlimen itu akan dibangkitkan pada PRU nanti bagi meraih sokongan pengundi majoriti Bumiputera di situ.

“Banyak masalah rakyat di sini tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada BN, justeru saya menggesa pengundi jikalau hendak berubah pilihlah parti yang betul-betul membela nasib mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Cabang PKR Parlimen Batang Lupar Jol Jolhi Bee berkata, pihaknya kini mempunyai organisasi yang lengkap di setiap kawasan bagi bertempur dalam pilihan raya nanti.

“Kami sudah ada jentera parti yang lengkap iaitu terdiri daripada kalangan pemuda mahupun wanita…jadi kami siap sedia menghadapi pilihan raya, bila-bila masa sahaja,” tegasnya.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Sebuyau Soran Rebi, Ketua Wanita PKR DUN Sebuyau Mariam Sukiman dan Timbalan Ketua Wanita DUN Sebuyau Norlia Abu Bakar.

Tuesday, May 29, 2012

Spekulasi Liar Cuma Cabaran Kepada Hj Ahmad Lai!?!?

Ahmad Lai menganggap spekulasi yang mengatakan beliau tidak bertanding semasa PRU13 kelak adalah tidak berasas sama sekali!  Dia sedar menjelang musim pilihan raya memang terdapat orang yang tidak cukup tidur kerana mereka memikirkan cara untuk menjatuhkan calon dan cantas-mencantas di dalam parti.  Pihak lawan memang tiada tandingan di Sarawak kerana perlawanan yang paling sengit adalah orang bawahan yang ingin menjadi calon payung terjun dan merebut kerusi Ketua Cawangan untuk bertanding dan menjadi wakil rakyat.  

Berikut adalah nama-nama yang berlegar di Sibuti untuk mencatas dan menggantikan calon yang sedia ada.

1) Hj Julani bin Mohtar
2) Dr Julaihi bin Bujang
3) Datuk Safri bin Datuk Hj Abdillah 

Selamat berjuang kepada yang masih bermimpi untuk menjadi calon Sibuti tetapi tidak pernah turun padang dan cuma berharap orang lain untuk melobi bagi pihak mereka.  Semoga pihak Majlis Tertinggi Barisan Nasional akan meletakkan calon berjiwa rakyat dan bukannya setakat calon yang mahu menjadi wakil rakyat glamer semata-mata!   
Spekulasi kaitkan Ahmad Lai tidak bertanding PRU13 tidak berasas

Posted on May 29, 2012, Tuesday

MIRI: Spekulasi dan tohmahan liar yang mengaitkan penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak adalah tidak berasas.

Beliau memberitahu, semua spekulasi liar yang disebarkan melalui laman sosial seperti Facebook serta disebarkan dari mulut ke mulut adalah strategi pihak tertentu untuk meracuni pemikiran rakyat.

“Jangan dengar semua spekulasi liar dan tohmahan tidak berasas yang dikeluarkan pihak tertentu kerana keputusan siapa calon sebenar pada PRU kelak terletak di tangan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo semalam selepas menyampaikan perutusan Hari Gawai 2012 di konti Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri semalam.

Beliau memberitahu, spekulasi sedemikian sudah lama tersebar lebih-lebih pada musim pilihan raya dan rakyat setempat tidak perlu mendengar spekulasi pihak berkepentingan.

“Sekarang adalah musim pilihan raya, tidak mustahil kita mendengar ramai pihak yang cuba melobi untuk bertanding pada pilihan raya kelak dengan mengeluarkan kenyataan tidak berasas,” jelasnya.

Menurutnya, selagi keputusan nama calon pada PRU kelak belum diumumkan, maka spekulasi liar sedemikian akan terus berkumandang dalam laman-laman sosial.

“Kita menasihatkan supaya rakyat Sibuti tidak mudah mendengar dakwaan yang dikeluarkan dalam laman-laman sosial kerana kebanyakannya adalah palsu dan tidak tepat,” katanya.

Menurutnya, ada  sesetengah pihak yang cuba menjadikan laman sosial sebagai saluran untuk mengkritik kerajaan termasuk menyerang secara peribadi calon yang bakal bertanding pada PRU.

“Apa yang penting ialah sebagai wakil rakyat Barisan Nasional, saya akan terus menabur khidmat kepada rakyat di konstituensi Sibuti dan segala spekulasi liar terbabit hanya satu cabaran kepada saya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan masyarakat Iban yang pulang ke kampung sempena Gawai Dayak ini supaya berhati-hati ketika berada di jalan raya.

“Saya mengucapkan selamat Hari Gawai kepada semua masyarakat Iban dan semoga perayaan ini mampu mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

Beliau juga berharap masyarakat Iban terus menumpukan pendidikan anak-anak kerana hanya melalui pendidikan sahaja kemajuan dan pembangunan Sarawak dapat diteruskan oleh generasi muda. 

Baca Blog Dalam Facebook Anda