Eksklusif Semporna Inside ! Pertemuan Dengan Hero Kampung Yang Tewaskan Anjing Kiram III !!
oleh AAKJMenurut mereka, pada mulanya mereka memang takut bila pengganas anjing Kiram III itu datang dengan senjata M16 kata mereka..anjing Kiram III naik dari rumah ke rumah..tawan mereka dan kumpulkan mereka d masjid..Keputusan mereka ambil untuk tumpaskan anjing Kiram III d buat dalam masa yang amat singkat..tanpa berfikir tentang nyawa terancam, penduduk bertindak menumpaskan anjing Kiram III beramai-ramai. Mereka sedar bahawa anjing Kiram III rupanya hanya seorang diri.Menurut penduduk..mereka kenal anjing Kiram III itu..biasa menjadi imam d masjid mereka..namun ketika bersenjata dan berseragam pengganas, watak Imam selama ini hanyalah lakonan..perasaan marah penduduk ketika itu sudah tidak dapat d bendung lagi..keputusan mereka buat dan akhirnya anjing Kiram III tersungkur menyembah bumi dalam keadaan yang paling hina !!Aakj menghormati permintaan penduduk d sini agar jangan siarkan foto mereka dari jarak dekat untuk keselamatan mereka.Penduduk bimbang juga kalau-kalau ada lagi yang datang nak balas dendam terhadap mereka..tapi kali ini tegas mereka..kami sedia berkorban untuk pertahankan hak kami sebagai rakyat Malaysia yang setia pada negara ! terharu aakj mendengar pengakuan ikhlas dari hati mereka.Buat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj tabik hormat anda semuaBuat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj doakan anda semua d lindungi Allah sepanjang masaBuat penduduk Kampung Sinalang Lama..aakj bangga jumpa anda semua..anda semua orang baik-baik !Foto kat atas ni aakj ambil d kawasan Kampung Simunul..tempat gugurnya 6 Syuhada...Baca seterusnya di sini
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Wednesday, March 20, 2013
Lahad Datu Ground Zero: Pengganas Sulu Bertopengkan Ulama
Wednesday, March 20, 2013
Anwar Ibrahim, Ground Zero, Kampung Simunul, Lahad Datu, Penceroboh Lahad Datu, Pengganas Sulu, Sabah, Sabah Stand Off, Semporna, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim
No comments
Bayangkan sekiranya pengganas Sulu boleh bertopengkan ulama di Semporna, bagaimana pula ulama di Malaysia. Mereka sanggup mengamalkan politik maki hamun walhal ulama ini sepatutnya bercakap benar dan tidak memutar-belitkan fakta dan rezeki Allah untuk kepentingan mereka.
Tanah Tinggi Lojing amanah rakyat diserahkan kepada balaci DAP untuk mengaut keuntungan bertopengkan nama pekerja Kilang Papan. Inikah pemimpin dari kalangan ulama yang memperjuangkan Islam? Mungkin peristiwa di Sabah membuka mata kita bahawa tidak semua yang menjadi imam itu baik niat dan akhlaknya.
Di Sarawak juga terdapat AMK Sarawak yang mengaku pernah menjadi imam di Surau Kampung Temedak tetapi melarikan anak dara yang merupakan seorang mahasiswi ke Siam untuk menjadi isteri sementara tanpa pengetahuan isteri pertama. Menjelang PRN Sarawak, isteri diceraikan tanpa melalui prosedur yang sah untuk membuktikan anak yang lahir adalah sah di sisi agama cuma tidak sah di sisi undang-undang kerana belum didaftarkan sijil nikah Siam kepada Majlis Islam Sarawak!
Berhati-hati dan berwaspadalah kita apabila ada orang luar yang mengaku mereka sebagai pendakwah dan penyebar agama. Mungkin mereka ada udang di sebalik batu! Ada yang dengki dengan keamanan dan kesejahteraan kampung kita. Soalan yang paling utama adalah mahukah kita melihat anak atau cucu kita menjadi habuan Perdana Menteri Homoseksual kelak? Sekiranya nafsu beliau tidak dihentikan sekarang, apakah yang akan berlaku sekiranya orang ini menjadi Perdana Menteri?
Karnival Jalur Lebar 1Malaysia Bekenu Pada 23 - 24 Mac 2013 di Bekenu Esplanade
Wednesday, March 20, 2013
Ahmad Lai, Bekenu Esplanade, Cabutan Bertuah, Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia, Kempen Klik Dengan Bijak, Pameran, Penerangan, Sibuti
No comments
Anda semua dijemput hadir ke Bekenu Esplanade pada 23 -24 Mac 2013 untuk bersama-sama meraikan Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia yang akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen P. 218 Sibuti, YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang.
Pelbagai acara menarik disediakan seperti di bawah ini
- Persembahan Artis dan Pesta Muzik
- Bekenu Got Talent
- Tarian Shuffle / Gangnam
- Pertandingan Mewarna
- Roda Impian
- Cabutan Bertuah
- Pertandingan Atas Talian
- Kempen Jom Klik dengan Bijak
Perdana Menteri Homoseksual?
Wednesday, March 20, 2013
Anwar Cium Lelaki, Anwar Ibrahim, Gay, Ketua Pembangkang, Perdana Menteri Homoseksual, PKR
No comments
Minggu ini kita digemparkan oleh gambar cumbuan lelaki bersama lelaki dari rajagoyang360. Kemudian twitter PKR Bangi pula rela sekiranya bakal PM mereka seorang yang memiliki seksualiti songsang atau pelbagai alam!
Adakah PAS dapat menerima sesuatu yang diluar tabii dan menjejaskan fitrah manusia?
Adakah ini permainan terbaru PAS untuk menjadikan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya ke Putrajaya? DAP sudah diumumkan dengan Lim Kit Siang mendahului senarai calon di Gelang Patah? Mampukah strategi DAP berkesan di Johor seperti mana yang berlaku di Perak?
APA SALAHNYA PM SEORANG HOMOSEKSUAL?
oleh Gelagat Anwar
Mungkin dalam masa yang terdekat ini, Pas dan DAP perlu bekerjasama untuk menguatkan hujah bahawa tidak ada salahnya mempunyai seorang pemimpin yang berorientasikan GAY dan HOMOSEKSUAL. Yang penting kerjanya sebagai PM? Begitu?
Atau Pas dan DAP boleh membuat senarai antara pemimpin utama dunia yang berorientasikan GAY. Antaranya seperti: J Edgar Hoover, Hitler, Abraham Lincoln dan lain-lain.
Soalnya, sanggupkah Pas memulakan kempen begitu?
Australia biasa sahaja ada pemimpin parti HOMO, tak jadi masalah pun.
Mampukah Anwar keluar daripada kemelut baru ini?
- Posted using BlogPress from my New iPad
Tuesday, March 19, 2013
Musa Umumkan Pembentukan ESSCOM
Tuesday, March 19, 2013
ESSCOM, Jamalul Kiram III, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Musa Aman, Najib Razak, Penceroboh Sabah, Pengganas Sulu, Raja Muda, Sabah, Sabah Stand Off, Semporna
No comments
Kawasan Keselamatan Khas yang diumumkan oleh PM pada 7 Mac 2013 yang lalu kini diberi nama ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Timur Sabah. Ini diberitahu kepada Jawatankuasa Keselamatan Negeri oleh Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri.
Berikut adalah laporan daripada Insight Sabah mengenai penubuhan ESSCOM.
Musa umumkan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM)
13 Mac 2013 Insight Sabah
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri pada Isnin di Wisma Innoprise. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kedua dari kiri), Setiausaha Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman (ketiga dari kiri), Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen Abdul Wahab (kanan) dan Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan Sabah, Rodzi Md. Saad (kedua dari kanan).
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman, mengumumkan bahawa Kawasan Keselamatan Khas (SSA) bagi Sabah sekarang secara rasminya kini dinamakan sebagai Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM). Penubuhan SSA diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac 2013, ketika lawatan beliau ke Lahad Datu untuk memantau keadaan di sana.
Musa, yang juga pengerusi Majlis Keselamatan negeri membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas, semalam.
Beliau berkata, Perdana Menteri sudah dimaklumkan mengenainya dan bersetuju dengannya. Butiran dan skop operasi ESSCOM sedang dikaji dan perinciannya akan diumumkan apabila semuanya sudah sedia.
Musa juga mendedahkan bahawa, kumpulan kerja teknikal ESSCOM akan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan mereka akan mengadakan mesyuarat pertama pada hari Rabu, 13 Mac.
Perimeter keselamatan ESSCOM akan meliputi keseluruhan pantai timur termasuk Kudat, Sandakan, Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau dengan ibu pejabatnya di Lahad Datu.
Musa berkata, beliau yakin rakyat Sabah, terutama mereka yang tinggal di kawasan pantai timur, mengalu-alukan penubuhan ESSCOM itu kerana ia akan menjamin keselamatan dan keamanan di kawasan itu.
Menurut Musa, Majlis Keselamatan Negeri juga membincangkan cara terbaik memberikan bantuan kepada penduduk kampung yang terjejas dengan "OPS Daulat" oleh pasukan keselamatan yang memburu saki baki penceroboh bersenjata.
Beliau berkata, badan NGO yang mahu membantu penduduk kampung boleh menyalurkan bantuan melalui Majlis Keselamatan Negeri dan butir-butir boleh diperolehi dengan menghubungi talian 088-488 5000 atau 013-482 1604 / 013-306 0106.
Majlis Keselamatan Negeri juga memuji polis dan angkatan tentera yang menjalankan tanggungjawab mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara dengan pengorbanan mereka.
Majlis itu juga menyampaikan takziah kepada keluarga lapan anggota pasukan keselamatan yang dibunuh oleh pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna pada 1 dan 2 Mac.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Monday, March 18, 2013
Kepulangan Effendey Wira Negara Disambut Meriah di Miri!
Monday, March 18, 2013
Ahmad Lai, Effendey Rosli, Jamalul Kiram III, Lahad Datu, Penceroboh Lahad Datu, Pengganas Sulu, Raja Muda Kiram, Sabah, Sabah Stand Off, Sibuti, Wira Negara
No comments
Kepulangan Lans Koperal Effendey disambut meriah pada siang tadi. Effendey begitu cekal melawan musuh negara pada 9 Mac yang lalu. Walau pun sudah ditembak di betis kiri, beliau masih erat memegang senjata berbalas tembakan pada jam 8 malam dalam kegelapan.
Kecekalan beliau itu membuahkan hasil kerana berjaya mengusir pihak pengganas walaupun dia dan temannya mengalami kecederaan. Namun begitu, kecederaan ini tidak mematahkan semangat juang mereka untuk menentang pengganas Sulu habis-habisan.
Kepulangan beliau siang tadi disambut oleh Ahli Parlimen Sibuti, YB Haji Ahmad Lai, YB Lee Kim Shin, YB Rosey Yunus dan Dato Sebastian Ting yang diketuai oleh Datuk Acryl Sani.
POLIS PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SARAWAK, SABAH ELAK ANCAMAN
Miri, 18 Mac - Polis Sarawak meningkatkan aspek keselamatan di sempadan berhampiran Sabah di Lawas, Limbang bagi mengelak ancaman serta memastikan penganas Sulu yang menceroboh Sabah tidak menyusup masuk ke negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, antara kawasan yang diperketat kawalan keselamatan ialah di Pusat Kastam dan Kuarantin (CIQ) Merapok di daerah Lawas, Limbang serta di Sindumin Sabah yang terletak berhampiran sempadan Merapok.
"Setakat ini, tiada tanda ancaman akan berlaku di Sarawak namun kita sedang mengawal dengan ketat keselamatan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Miri hari ini.
Acryl berada di sini bagi menyambut kepulangan, Lans Koperal Effendey Rosli daripada pasukan Platun Tiger Kompeni, Batalion 12, Pasukan Gerak Am (PGA), Miri yang tercedera di betis kiri semasa pertempuran dengan penganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 9 Mac lalu.
Mengenai kecederaan dialami Effendey, beliau berkata, ini merupakan antara cabaran terpaksa dihadapi anggota keselamatan yang mempertarungkan nyawa demi negara dan mahu masyarakat sentiasa memberi sokongan kepada mereka.
Sementara itu Effendey, 25, ketika ditemui media berkata, kecederaan dialaminya tidak sesekali melunturkan semangat untuk bertugas demi keselamatan negara.
"Saya tidak sabar kembali bertugas selepas kecederaan sembuh sepenuhnya," katanya sejurus selepas tiba di sini.
Beliau berkata sewaktu kejadian pada 8 malam berlarutan sehingga subuh, penganas berbalas tembakan dengan anggota keselamatan yang bertugas dalam keadaan gelap dan ini menyebabkan lokasi musuh sukar dikesan.
"Apabila tertembak walaupun amat sakit, saya masih bersemangat untuk berjuang dan masih memegang senjata," katanya.
Selain Effendey, 25, seorang lagi rakannya Mohd Zairiman Ibrahim, 25, turut tercedera di paha dan betis kaki kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sandakan Sabah. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)









