PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Saturday, March 17, 2012

Pembangkang Hanya Pandai Bercerita!!????

Memang benar kata PM bahawa pembangkang tidak pandai mentadbir!!??  Mereka kurang pengalaman dan ramai daripada pihak pembangkang ini adalah orang yang pernah menjual insurans, menjual barang dan tidak ramai yang memiliki pengalaman dalam  mentadbir negeri!!??

Di Pulau Pinang, rakyat sentiasa di rasuah dengan RM100 dan kemudiannya diminta balik untuk menderma ke dalam dana parti!!??  Di Taiping pula pihak PAS telah meminta rakyat yang menerima BR1M untuk menyerahkan dana tersebut sebanyak 15 Peratus kepada parti mereka?!!!  Di Selangor dapat dilihat isu sampah yang telah diberikan kontrak kepada kroni yang tidak pernah mengutip sampah sehinggakan Selangor menjadi kotor dan berbau hanyir akibat sampah sudah melonggok di tepi jalan!!??

Sekiranya pihak pembangkang cerdik mereka tidak akan mengeluarkan ayat-ayat seperti yang pernah dilaung-laungkan satu masa dahulu setelah Pilihan Raya Kecil Batang Ai iaitu rakyat molek sahaja yang pilih PAS tetapi orang yang pakai cawat tidak pandai pangkah PAS?!!! 

Sekiranya kita ingin maju dan terus menghala ke arah kejayaan!!??  Maka janganlah sekali-kali memberi pembangkang peluang untuk merosakkan ekonomi dan pembangunan yang sedia ada sekarang?!!!  Barisan Nasional sudah lama  mentadbir dan mereka mungkin pernah menyinggung rakyat semasa mentadbir namun PM sudah meminta maaf untuk kesilapan pemimpin-pemimpin BN yang lalu!!??  Namun demikian, Hadi Awang masih belum meminta maaf kepada rakyat Sarawak yang pernah dihinanya semasa PRK Batang Ai dahulu?!!!!  Sedarlah bahawa PAS, PKR dan DAP adalah parti luar dan mereka tidak mampu mentadbir Sarawak dengan jayanya!!?? 

Jangan gadai masa depan sokong pembangkang - PM
17/03/2012 1:09pm


BERUAS 17 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana telah terbukti selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.

Perdana Menteri berkata, BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.

"Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang.

Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” katanya ketika berucap pada program “Sepagi Bersama Perdana Menteri” di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas di sini, hari ini.

Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, kerajaan juga telah dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat.

"Ini disebabkan kita dapat mengurus tadbir negara kita dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat,” katanya.— BERNAMA

Anwar Pengecut di England?!!!

Anwar jadi kecut apabila RPK mahu berdebat dengan beliau di England!!??  Acara yang sepatutnya diadakan semasa forum wikileaks itu menyebabkan Anwar menyuruh nama RPK digugurkan!!??  Siapakah RPK atau Raja Petra Kamaruddin yang menyebabkan Anwar hilang macho!??  Kalau diikutkan memang sudah lama Anwar kecut telur?!!??  Tetapi kenapa pula Anwar berani berdebat dengan PM?!!!  Kalau berdebat dengan PM dia berani tetapi kalau RPK dia takut?!!  Apakah penyakit yang dialami oleh Anwar Ibrahim!!??

Enggan berdebat dengan blogger: Tindakan Anwar tak konsisten
17/03/2012 7:00pm

IPOH 17 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.

Perdana Menteri berkata, “nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra).”

"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.

”Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa 2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar “chicken” (pengecut) setelah meminta penganjur “Forum WikiLeaks” untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.- BERNAMA

Friday, March 16, 2012

Fakta PAS Bukan Parti Islam?!!!

Hari ini kita cuba menghuraikan sejarah perjuangan salah sebuah parti politik Islam di Malaysia!!??  Berhati-hatilah dengan mereka ini yang sudah lupa akan perjuagan asal penubuhan mereka!!??  Kalau tidak percaya suruhlah orang PAS menyatakan doktrin mereka dan sejauh manakah mereka sudah tersusur jauh dari landasan perjuangan sebenar!!??  Contoh pertama boleh dilihat melalui sesetengah jawatan yang sepatutnya tidak boleh dipegang melebihi 5 tahun namun apa sudah jadi?!!!

Kredit kepada rakan blogger otai Rajahmas untuk artikel dibawah?!!!

Tuesday, March 13, 2012

21 fakta PAS bukan lagi parti Islam

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".
artikel asal oleh mindaaktif dan disunting semula oleh rajahmas
1) DULU… PAS kata: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
SEKARANG… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2) DULU… PAS kata: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
SEKARANG… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.
3) DULU… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
SEKARANG… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4) DULU… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau jadi TPM dahulu diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”
SEKARANG… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.
5) DULU… PAS memperjuangkan Islam demi memartabatkan agama, bangsa dan negara seperti yang termaktub dalam slogan parti ketika itu.
SEKARANG… PAS mempergunakan Islam demi memartabatkan agama semua penyokong pakatan rakyat, menghapuskan bangsa bermakna ingin menyatukan budaya dan resam kaum serta tidak mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.

6) DULU… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
SEKARANG… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
7) DULU… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
SEKARANG… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8) DULU… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
SEKARANG… PAS membuat kenyataan media Hudud bukan keutamaan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat - klik sini
9) DULU… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
SEKARANG… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah sekalipun menyebut Islam sebagai dasar dalam perlembagaannya.

10) DULU… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
SEKARANG… Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar.
11) DULU… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
SEKARANG… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12) DULU… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
SEKARANG… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
13) DULU... Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.
SEKARANG.. PAS sudah memerintah Kelantan 21 tahun dan Kedah, Perak, Selangor sudah 3 tahun, peliknya mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14) DULU…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara
SEKARANG... PAS telah lesapkan 45juta duit koperasinya sendiri Ko-Hilal (ngko hilang?) termasuklah tabung bantuan Memali. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
15) DULU… PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
SEKARANG.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16) DULU…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
SEKARANG.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS?
17) DULU…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
SEKARANG.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18) DULU…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
SEKARANG.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, pernah bergabung tenaga dengan Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19) DULU…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
SEKARANG... PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20) DULU…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh membatalkan akidah seorang Islam.
SEKARANG... PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21) DULU…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
SEKARANG.. PAS halal sertai DAP, biarpun sedar hakikatnya DAP sekali-kali tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

p/s: sekadar pandangan peribadi rajahmas, sebarang kesilapan sila maklumkan. Dipetik dan digubah semula daripada daripada http://www.mindaaktif.net. Kredit kepada pemilik blog.

Anwar Ibrahim Dengki Dengan Berita Ini?!!!

Apakah sebab Anwar Ibrahim pening kepala?  Menurut  Merdeka Review Center yang merupakan agensi pro-PKR, mereka tidak dapat menafikan lagi bahawa PM sekarang ini semakin meningkat di kalangan rakyat dan ini tidak baik untuk Pakatan Rakyat!!??  Tidak hairanlah Pengarah Strategik PKR berusaha dengan bermacam-macam fitnah untuk menurunkan populariti Najib supaya Anwar Ibrahim kembali disukai ramai!!??

Anwar yang sudah silap langkah apabila Wall Street Journal turut dibaca oleh rakyat Malaysia telah membongkarkan strategi beliau untuk mendapat dana Israel!!!??  Sanggupkah negara kita bersekongkol dengan negara kejam seperti itu?!!!  Bagaimana boleh Anwar melabelkan bahawa Israel adalah negara yang ditindas?!!!!
Peningkatan Populariti Najib Bahaya Besar Untuk PR

FreeMalaysiakini.com 16 March 2012

MERDEKA Review Center, agensi kajiselidik yang diketahui condong ke arah PKR, dalam kajian terbarunya menunjukkan kenaikan mendadak populariti Perdana Menteri Najib Tun Razak dari 59% ke 69% dalam tempoh 6 bulan sejak Ogos 2011.

Dapatan kajiselidik yang disiarkan dalam majoriti suratkhabar cina seperti Nanyang Siang Pau dan China Daily ini merupakan satu petanda kurang baik kepada Pakatan Rakyat. Penulis rasa, PKR terutamanya sudah dapat mencium bahaya dari dapatan kajiselidik ini dan tidak hairan kenapa Pengarah Strategik PKR melancarkan serangan bertali arus ke atas peribadi Perdana Menteri bermula dengan isu pertunangan anaknya.

Dalam soal Rafizi ini penulis ingin menyentuh sedikit. Politik patut dibezakan dengan peribadi, kenyataan Rafizi semalam yang menuntut Najib mengemukakan bukti atas tuduhan yang dibuatnya sendiri, sebenarnya amat memalukan penyokong Pakatan Rakyat dan kelihatan cuba membodohkan rakyat.

Siapa yang menuduh, dialah yang patut mengemukakan bukti, bukan sebaliknya.

Kembali semula pada isu peningkatan populariti Najib. Hasil kajian ringkas penulis, kenaikan populariti ini ada kaitan dengan adu domba UMNO mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan melindungi keselamatan Israel yang disiarkan oleh akhar The Wall Street Journal pada Januari.



Agak mengejutkan bila penyokong Pakatan Rakyat di alam siber memilih untuk membuat tuduhan sama kepada BN, terutama ke atas mantan Perdana Menteri, Mahathir. Akhirnya, kesemua tuduhan ini telah dibuktikan tidak benar lanjutan dari penyiaran surat-surat balasan Mahathir kepada 3 bekas Perdana Menteri Israel dari 1992 hingga 1999.

Walaupun kaedah (menuduh BN semula) ini nampak berjaya pada awalnya tapi tidak siapa antara kita menyangka yang kerajaan akan akhirnya mengklasifikasi semula surat-surat tersebut untuk dilihat oleh semua rakyat – tindakan yang akhirnya terbukti merugikan Pakatan Rakyat.

Sepatutnya usaha berterusan perlu dibuat untuk menjelaskan maksud kenyataan Anwar dari sudut Penyelesaian 2 Negara dan Inisiatif Arab yang diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hanya dengan cara ini sahaja, semua salah faham yang ditunding kepada Anwar oleh UMNO dalam hal ini dapat diperjelaskan dan memadamkan semua kekeliruan yang timbul.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh penulis fikirkan tapi apa yang penting bukan mengenang yang lepas sebaliknya mencari cara mana untuk menyelesaikan masalah ini untuk kepentingan bersama di masa depan.



Apatah lagi bila kajian ini juga menunjukkan keyakinan rakyat ke atas kepimpinan kerajaan BN yang memerintah turut meningkat, maka semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu bersama-sama berganding bahu membaikinya. Lanjutan dari kajian terbaru ini, penulis menyeru pimpinan Pakatan Rakyat duduk semeja mencari jalan penyelesaian ke atas masalah ini secara bersama. Dalam masa yang sama elakkan dari berbalah sesama sendiri kerana ia tidak membantu menaikkan semula populariti Pakatan Rakyat yang semakin merosot

Entrepreneurs Should Maintain Long Term Business!!??

Entrepreneurs should not wait for expo or trade exhibitions only to market their products!!??  They should be willing to take all innovative ways to ensure that their products are being exported to the world!!??  

Sarawak is well known for varieties of quality products ranging from food to handicrafts!!??  The government has also taken all positive initiatives and assistance to bring the bumiputera entrepreneurs forward!!??  However, they must prove that they are capable to maintain a long term business relation and not just fade away after every expo, trade sales and exhibitions!!???

Entrepreneurs should be committed, determined — Ahmad Lai

Posted on February 5, 2012, Sunday
1MALAYSIA CONCEPT CONTINUES: (From fifth left) Ripin, Abdul Azis, Antonio and Ahmad Lai.
MIRI: Entrepreneurs in Sarawak, particularly the Bumiputeras, should be more committed, determined and brave to venture into the world of business industries.

However, they must not depend on expo or trade sales and exhibitions only and disappear when there were no such events.

Instead, they should strive and continue to improve their products so to gain confidence and trust of their clients for long term business, advised the Sibuti MP Ahmad Lai Bujang.

“This is taking into view their capability to produce quality products such as ‘kek lapis Sarawak’, traditional medication, fish pellets and many more,” he told reporters here yesterday.

Ahmad Lai said the government had taken initiatives and assistance in numerous forms to assist Bumiputera entrepreneurs to develop and expand their businesses, as well as promote their products within and out the country. Earlier, Ahmad Lai officiated at the opening ceremony of the `Expo Sales and Exhibition’ at the Miri Indoor Stadium car park here, representing the Bumiputera Entrepreneurs Development Assistant Minister and Planning and Resource Assistant Minister Datuk Naroden Majais.

The two-day event was organised by the Miri Divisional Entrepreneur Development Council (MPUB) in collaboration with Miri MARA, Miri FAMA, Miri DUBS, Miri Agriculture Department and Miri City Council in conjunction with the 2012 state level Maulidur Rasul.

There are 81 booths offering refreshment, food and local delicacies and is open to the public from 8am – 8pm.

Meanwhile, Ahmad Lai fully supported the suggestion by the Parliament Deputy Speaker and Santubong MP Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar to consider extending the date to apply for the ‘1Malaysia People Assistance’ (BR1M), especially for Sarawak.

“This will not deprive those who are eligible, in particular those in the remote areas in the state,” he asserted.

According to him, there were still many people who deserved the assistance but had yet to apply for it, because they were unaware of it. Ahmad Lai was asked for his comments on the recent statement by Wan Junaidi requesting the government to extend the dead line to submit the applications for the BR1M.

He calmed those who had yet to apply or submit their application forms after Feb 10, or their names were not listed in the processing stages one, two or three, and assured they could still appeal.

“Do not panic and no need to rush, even though the government had set Feb 10 as the deadline,” he said.

To another question, Ahmad Lai disclosed that to date, more than half of his constituents had received the BR1M, involving a sum of more than a RM1 million.

Ahmad Lai was accompanied by Lambir assemblyman Ripin Lamat, Miri resident Antonio Kahti Galis and his deputy Abdul Aziz Mohamad Yusuf.

Baca Blog Dalam Facebook Anda