PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Thursday, December 20, 2012

Kerajaan Sarawak Bayar Pampasan Kepada Pemilik Tanah!

Siapa kata kerajaan Sarawak merampas tanah rakyat?  Lihatlah di Sebuyau, kerajaan telah membayar pampasan kepada pemilik tanah yang telah dikenal pasti berdasarkan harga pasaran semasa.  Kerajaan juga berharap tiada individu yang menentang projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan terutama sekali dalam pembikinan jalan raya berturap mahupun melebarkan jalan raya.  Ini kerana jalan tersebut akan digunakan untuk menghubungkan kampung-kampung di luar bandar ke jalan utama.  

Di samping itu, jalan ini juga dapat mempercepatkan lagi jarak perjalanan dan juga meningkatkan ekonomi di kawasan tersebut.   Semoga usaha pembangunan kerajaan BN Sarawak terus dijalankan demi kemajuan penduduk di Sarawak.
Awang Tengah kecam individu suka menentang projek kerajaan

Utusan Borneo 19 Disember 2012, Rabu

SEBUYAU: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam mengecam beberapa individu yang suka menentang projek-projek kerajaan.

Beliau berkata terdapat beberapa kes di mana projek seperti membawa bekalan elektrik ke luar bandar telah ditangguhkan disebabkan bantahan daripada mereka.

Memetik kes, Awang Tengah berkata kerajaan telah mengalami masalah untuk mendirikan tiang elektrik walaupun di rizab jalan di mana terdapat individu menuntutnya, menyebabkan projek ditangguhkan.

“Di sesetengah tempat, projek terpaksa ditangguhkan kerana tentangan daripada sesetengah orang dan ini akan membawa kesan negatif kepada majoriti yang menginginkan pembangunan,” katanya pada majlis penyerahan pampasan tanah bagi Jalan Kelait-Entangor, di sini.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Menteri Kemudahan Awam itu berharap agar rakyat memahami secara mendalam tujuan kerajaan mengambil tanah.

“Apabila kerajaan membeli tanah, ia adalah untuk tujuan pembangunan bagi faedah rakyat dan apabila kerajaan mengambil tanah, ia adalah berasaskan undang-undang,” jelasnya.

Memberikan contoh pembinaan jalan, beliau berkata ia akan memberi peluang kepada pemilik tanah untuk membangunkan tanah masing-masing bagi tujuan pertanian serta meningkatkan nilai tanah tersebut.

Sementara itu, seramai 118 pemilik tanah yang terjejas oleh pembinaan jalan telah dibayar pampasan berjumlah RM176, 676.

Upacara turut merangkumi pembayaran pampasan kepada 34 pemilik tanah dengan nilai RM147,191 dan pemberian surat hak milik tanah kepada seramai 19 orang yang terjejas oleh projek Bandar Baharu Sebuyau.

Awang Tengah menjelaskan, pampasan tersebut adalah dibayar berdasarkan harga pasaran semasa.

Turut hadir ialah Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Julaihi Narawi, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Samarahan Rozlan Putit, Pegawai Daerah Simunjan Zainul Abidin Hussain dan Pegawai Pentadbiran Daerah Kecil Sebuyau Abdul Rahman Brahim.

Monday, December 10, 2012

Mari Derma Darah di Permy Mall

Orang ramai dijemput untuk hadir ke Permy Mall pada 16 Disember ini untuk bersama-sama menderma darah.  

Acara yang dianjurkan oleh The Miri Community Mass Blood ini mensasarkan 100 pain dari warga Miri.  Semoga usaha murni mereka ini berhasil menyambung nyawa mereka yang memerlukan darah!
Orang ramai dijemput sertai kempen menderma darah

Utusan Borneo 10 Disember 2012, Isnin

MIRI: Orang ramai adalah dijemput bagi menyokong dan menyertai kempen menderma darah The Miri Community Mass Blood Donation pada 16 Disember ini di Permy Mall Miri ber­mula jam 9.30 pagi hingga 2 petang.

Menurut jurucakap pen­ganjur, pelbagai organ­isasi di sini telah tampil bagi menyertai dan menjayakan kempen berkenaan yang bertujuan untuk menam­bah keperluan bekalan darah khususnya menjelang perayaan Krismas dan Ta­hun Baharu.

Antara organisasi yang terlibat ialah Bank Darah Hospital Miri, Jawatkua­sa Petugas Derma Da­rah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri, Persatuan Klan Lau, MYAC, Persatuan Day­ak Bidayuh Kebangsaan (DBNA), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Radio Tel­evisyen Malaysia (RTM), NamLiFa, Persatuan Tian Miri, Persatuan Dayak Miri, Miri Life Care Soci­ety, Persatuan Klan Chan dan lain-lain.

“Objektif utama pengan­juran kempen itu adalah un­tuk memastikan bekalan da­rah mencukupi pada musim perayaan Krismas dan Ta­hun Baharu nanti, selain menggalakkan masyarakat setempat menyumbangkan sesuatu terhadap mereka yang memerlukan.

“Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat men­ingkatkan kesedaran dan mewujudkan semangat kerjasama serta prihatin di kalangan masyarakat,” katanya.

Pihak penganjur men­sasarkan sejumlah 100 pain darah dapat dikumpul menerusi kempen berk­enaan.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi koor­dinator The Miri Commu­nity Mass Blood Donation, Karambir Singh di talian 016-8785500.

PKR Agih Kitab Injil Di Saratok

Mungkin  Ali Biju sahaja yang layak di Parlimen Saratok? Sekiranya benar sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan Haram begitu kuat kenapa tiada nama calon yang lain untuk bertanding di Parlimen Saratok?  Dia juga jadi ADUN dia juga jadi Ahli Parlimen?  

Kalau macam ini memang tidak adalah orang yang layak lagi di Saratok kecuali Ali Biju sahaja kan?

PKR di Semenanjung kita dapati akidah semakin terpesong dengan menyokong Ambiga dan LGBT? Sebaliknya di Saratok pula mengagihkan kitab Injil?  Kenapa tujuan PKR tidak sama di sebelah Nurul Izzah atau pun di Sarawak?  Kalau Ali Biju betul kuat agama kenapa dia masih sokong PKR yang sokong LGBT?
Ali Biju mungkin bertanding di Parlimen Saratok

Utusan Borneo 10 Disember 2012, Isnin
GENERASI PELAPIS: Ali (belakang, lima kiri) bersama anak-anak masyarakat kawasan Seblak Hulu ketika menyempurnakan pengagihan kitab Injil kepada kanak-kanak terbabit di Saratok semalam.
SARATOK: Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan menampilkan sekali lagi calon berpotensi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Setiusaha PKR Cawangan Saratok Bungan Ekie berkata Ali adalah salah seorang calon daripada PR yang cuba untuk bertanding pada PRU13 nanti.

“Sungguhpun demikian, semua ini bergantung kepada sokongan, pendapat, maklum balas dan tindakan khususnya daripada peringkat akar umbi dan kepercayaan pihak kepimpinan parti.

“Pihak kita amat memandang berat pendapat dan kepercayaan peringkat akar umbi kerana tanpa sokongan mereka perjuangan politik kita tiada hala tuju.

“Perjuangan ini adalah untuk rakyat dan bukannya perjuangan individu dan kita amat mengambil berat dan pertimbangan daripada semua aspek demi rakyat,” katanya pada majlis Wakil Rakyat PKR Bersama Masyarakat di Rumah Undi, Brayang Kemuntang, di sini semalam.

Majlis itu dihadiri sekitar 300 orang masyarakat dari kawasan Seblak Hulu.

Sementara itu, Ali dalam ucapan perasmiannya berkata generasi hari ini tidak kira usia, pangkat, darjat dan kedudukan harus berusaha memastikan dan memberi keutamaan kepada pendidikan.

“Bidang pendidikan merupakan salah satu kunci utama menuju kecemerlangan diri dan sekali gus membawa keluar keluarga dan masyarakat daripada kepompong kesengsaraan sama ada kemiskinan atau kemunduran.

“Sekarang adalah masa untuk kita bangkit dan teguhkan semua aspek jati diri agar kita mampu bersaing dengan masyarakat lain.

“Kita tidak boleh leka dan membiarkan nasib menentu semua perkara, tetapi masa kini paling utama dalam memburu kecemerlangan dan kejayaan ialah usaha, kerana tanpa usaha sudah pasti tiada kejayaan yang bakal datang dan bergolek dengan sendiri,” katanya.

Pada majlis itu, Ali turut mengagihkan sejumlah 102 kitab Injil kepada anak-anak masyarakat di kawasan terbabit.

Thursday, December 6, 2012

JKKK Lambir Siap Sedia Hadapi Musim Landas

 Setiap ahli JKKK di Lambir digesa untuk bersiap-sedia menghadapi musim landas.  Ini kerana cuaca buruk yang tidak menentu mungkin akan mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan rendah.  

Meskipun agensi kerajaan akan membantu sekiranya banjir berlaku namun pihak JKKK diminta untuk bersedia memberi bantuan bagi memudahkan proses perpindahan ke kawasan lebih tinggi sekiranya banjir melanda.  

Walaupun pada masa kini, paras air masih dalam keadaan terkawal, setiap ahli JKKK harus bersikap proaktif dan memerhati perubahan cuaca yang mendadak dan paras air di kawasan mereka.  Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Bahagian Miri iaitu pada talian 085 - 433205 untuk mengetahui mengenai keadaan banjir di kawasan mereka.
Konstituensi Lambir digesa siap sedia hadapi kemungkinan banjir
Posted on December 6, 2012, Thursday

MIRI: Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di konstituensi Lambir diminta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir ekoran musim landas ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat memberitahu, ahli JKKK perlu sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca pada waktu ini dan mempersiapkan diri untuk turun padang menghulurkan bantuan jika diperlukan.

“JKKK perlu berwaspada sentiasa dan memaklumkan segera kepada penduduk serta pihak berkuasa jika banjir berlaku dan paras air semakin naik,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Ini kerana menurut beliau, JKKK perlu bekerjasama dengan penduduk kampung di peringkat awal dengan membantu memindahkan harta benda ke kawasan lebih tinggi, agar keadaan lebih mudah bagi mereka jika diarah untuk pergi ke pusat pemindahan mangsa banjir.

Katanya, ahli JKKK juga berperanan dalam membantu pihak-pihak berkuasa seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan polis dan Bilik Gerakan Banjir Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

“Setiap ahli JKKK juga perlu mempunyai nombor-nombor pihak berkuasa ini bagi memudahkan mereka mendapatkan bantuan ataupun melaporkan perkara yang terjadi atau keadaan banjir di kawasan masing-masing, secara terus,” katanya.

Dalam pada itu, Ripin turut mengingatkan penduduk kampung terutama mereka yang tinggal di tebing-tebing sungai dan di tepi laut supaya sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri lebih awal jika mereka perlu untuk berpindah.

“Sentiasa perhatikan keadaan cuaca dan paras air bagi mengelakkan diri menjadi kelam-kabut dan panik banjir berlaku, termasuk air pasang besar, bagi yang tinggal di tepi laut.

“Kita tidak mahu ada perkara tidak diingini berlaku kelak, terutama pada musim landas ini dan golongan nelayan diminta supaya tidak turun ke laut jika cuaca buruk, bagi mengelak terperangkap dalam hujan ribut selain ombak besar yang boleh membahayakan mereka,” tambah beliau.

Ripin yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri memberitahu, setakat ini, kawasan di Lambir masih terkawal, namun banjir kilat dilaporkan berlaku di kawasan Sungai Dalam, Kampung Kuala Bakam, Taman Tunku, berikutan kawasan yang rendah dan mudah dinaiki air selain sistem perparitan yang dipercayai tersumbat akibat sampah sarap yang hanyut.

Manakala di Kampung Sungai Dalam, penduduk diminta berjaga-jaga kerana paras air sungai dijangka semakin naik jika hujan lebat masih turun berterusan.

Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan mengenai keadaan banjir di Miri boleh menghubungi Bilik Gerakan Bahagian Miri menerusi talian 085-433205.

Wednesday, December 5, 2012

Kubah Bocor Masjid At- Taqwa Bakal Dibaikpulih



Berkat kesabaran dan doa, akhirnya Masjid At- Taqwa menerima peruntukan sebanyak RM 500,000 oleh kerajaan persekutuan. Ini untuk membaik pulih struktur masjid terutama sekali kubah masjid yang bocor dan menimbulkan masalah apabila hujan turun.   

Beruntunglah ada pihak yang menghulurkan bantuan sedikit sebanyak mampu mempercepatkan proses pemuliharaan Masjid At-Taqwa yang menjadi simbol perpaduan umat Islam di Miri.  

Kerajaan BN memang prihatin baik di mana jua di Malaysia. 

Masjid At-Taqwa terima peruntukan RM500,000

Utusan Borneo 5 December 2012, Rabu

MIRI: Masjid At-Taqwa Miri menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM500,000 bagi menaik taraf kemudahan serta membaik pulih kerosakan yang sedia ada.

Pengerusi Masjid At-Taqwa Miri, Hamzah Dadu memberitahu peruntukan tersebut telah disalurkan kerajaan menerusi agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksana kerja-kerja membaik pulih.

“Kita telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan satu perbincangan bersama JKR telah dilakukan bagi memastikan peruntukan itu digunakan untuk kerja-kerja membaik pulih struktur masjid kami,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, kerja-kerja bagi menaik taraf lantai masjid berkenaan telah siap sepenuhnya namun masalah bumbungnya (kubah masjid) bocor yang masih membelenggu para jemaah masjid.

“Peruntukan sekurang-kurangnya RM750,000 diperlukan bagi menampung kerosakan bumbung masjid yang bocor akibat hujan lebat,” katanya.

Beliau memberitahu, jika hujan lebat para jemaah terpaksa beralih dan beribadat di kawasan berhampiran bagi mengelak daripada basah akibat kebocoran bumbung masjid.

Sementara itu, isu bumbung Masjid At-Taqwa turut menarik perhatian parti-parti politik terutamanya pihak pembangkang.

Pihak pembangkang sebelum ini turut mempersoal peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak digunakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bumbung masjid terbabit.

Pada masa sama, pihak terbabit mengharapkan masalah kebocoran pada kubah masjid terbabit diatasi segera atau diganti dengan kubah baharu sekali gus dapat menyelesaikan masalah kebocoran.

Baca Blog Dalam Facebook Anda