Janji Ditepati vs Janji Ditaburi aka Janji Dimungkiri MyKMU.net
April 8, 2012
DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin pada mata sesetengah pihak kelihatan seorang ahli politik biasa. Dari segi sejarahnya, beliau tidak terlibat dalam mana-mana pergolakkan yang berlaku dalam UMNO malah kekal setia pada parti dalam keadaan apa sekalipun.
Sekurang-kurangnya itu yang kelihatan di dasar.
Tapi hakikatnya Najib adalah seorang pemimpin politik yang penuh dengan strategi dan gaya kepimpinan yang tersendiri. Beliau tahu dimana dan bila untuk mencelah di antara pelbagai isu yang dilemparkan Pakatan harami terhadap kerajaan pimpinannya.
Tidak hairan kenapa Pakatan harami berusaha sehabis baik untuk memastikan Najib tidak berjaya menjadi Perdana Menteri dengan mencipta pelbagai siri pembohongan yang jijik dan tidak masuk akal, termasuk yang berkaitan dengan pembunuhan!!!
Kerana Pakatan harami, terutama Anwar Ibrahim tahu, Najib adalah seorang yang kurang bercakap tapi cekap dalam menjalankan kerjanya. Justeru menyusahkan lagi Pakatan harami nak meneruskan zaman kegemilangan 2008.
Seperti yang dilihat ramai rakyat hari ini. Dikala Pakatan harami meninggalkan hampir kesemua janji pilihanraya 2008 mereka untuk mencipat janji baru yang nampak popular, Najib tampil dengan pelbagai program menunjukkan kepada rakyat akan segala janji dan pencapaian yang telah ditunaikan kepada rakyat.
Sudah tentu bila yang benar-benar kejadian lawan bayang-bayang, mana mungkin bayang-bayang boleh menang.Inilah taktik politik yang sebenarnya, Najib tahu itu dan beliau mengamalkannya dengan penuh semangat dan keberanian. Apa orang nak kata, itu lantaklah, yang penting apa beliau cakap, beliau akan pasti ia dijalankan.
Lebih 200,000 rakyat mengerumuni Najib Di Batu Pahat
Berbanding dengan Pakatan harami yang hanya pandai tabur janji tapi setakat yang kita lihat di negeri-negeri yang depa perintah, 99% daripadanya tidak dilaksanakan. Sebaliknya, segala macam keburukkan pulak yang datang seperti berlaku di Selangor.
Sampah yang tidak berkutip akhirnya menjadi ulat yang membusuk dan menganggu halwa bau rakyat sekitar.
Tidak setakat masalah bau, sampah yang dihanyutkan air hujan ini menyumbat longkag-longkang yang akhirnya menyebabkan bajir kilat luar biasa seperti yang dilihat di Kelang dan Kajang. Semua ini akibat dari kelemahan dan janji yang tidak ditunaikan pakatan haram pembangkang.
Bukan sebab taburan hujan luar biasa yang menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur.
Sebab itu bila depa tawar janji baru yang bernilai berpuluh bilion, ramai yang mencebik. Yang tak berapa nak juta ini pun tidak mampu dilaksanakan, nak cerita apa pasal berpuluh billion lagi. Semuanya hanya umpan untuk menarik undi, bukan nak laksanakan benar pun.
Sedangkan Najib dan BN pimpinannya, terus melaksanakan janji yang nampak dan memberi kesan langsung kepada rakyat.
Ibu bapa yang anak bersekolah lega bila buat pertama kali kerajaan meluluskan bantuan persekolahan RM 100 untuk seorang anak, yang lebih dari itu, bayangkanlah betapa punya lega.
Abih tidak modal pembangkang untuk menafikan jasa Datuk Najib ialah dengan menuduh kerajaan meminjam untuk melaksanakan semua program tersebut, malah ada juga yang kata Datuk Najib mengungkit dan tidak memandang ke depan, setiap kali beliau menyebut semua kejayaan yang telah diusahakan kerajaan BN pimpinannya.
Tapi dalam masa yang sama, Pakatan harami nak kita percaya janji yang ditabur Anwar bersandarkan air liur semata-mata itu?
Boleh jalan…
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Tuesday, April 10, 2012
Jelajah Janji Ditepati!!?!?
Tuesday, April 10, 2012
Anwar Ibrahim, Jelajah Janji Ditepati, Kajian Melayu, Ketua Pembangkang, PKR, Presiden UMNO, UMNO
No comments
Jelajah Janji Ditepati mungkin menyebabkan Anwarinas semakin gila kerana janji ditaburi mereka tidak menjadi!!?? Baru-baru ini, Anwar menyatakan hutang PTPTN akan dimansuhkan dan diselesaikan oleh Petronas?!?!!
Janganlah hairan, kalau jurusan Kajian Melayu disuruh memegang kewangan beginilah jadinya!!? Mereka hanya pandai janji Melayu!!?!!? Kata nak jumpa jam 2 petang tetapi tiba jam 10 malam!!!?? Inilah janji Anwar Ibrahim sekiranya diikut maka kelaparanlah rakyat Malaysia!!?? Setakat berbahasa Melayu memang kepakaran Anwar!?!?! Ini berbeza dengan anak bekas Perdana Menteri yang kini menjadi Perdana Menteri!!?? Inilah yang menyebabkan Najib sudah faham selok-belok politik Anwar!!? Najib sudah dilahirkan di dalam suasana politik dan tahu gerak-geri pihak pembangkang!!?? Ini menyebabkan Najib sukar untuk ditipu oleh golongan Anwarinas!!?? Najib juga tahu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang disenangi dan digemari ramai!!?? Pengalaman silam mungkin sudah mengajar beliau tetapi apakah yang dapat diperolehi sekiranya Perdana Menteri daripada jurusan Kajian Melayu!?!?!?
Gempak!!!? Pembaharuan Dalam SPR!?!?!?
SPR sudah bersedia melaksanakan pembaharuan untuk PRU13. Antaranya adalah
- Penggunaan dakwat kekal
- Pengundian awal dua hari bagi pasukan keamanan
- Tiada bantahan penamaan calon
- Tiada penarikan diri setelah disenaraikan sebagai calon
SPR sedia laksana pembaharuan
by Agnes Tugong. Posted on April 10, 2012, Tuesday
Bersedia hadapi tekanan sepanjang PRU13 yang menyaksikan banyak pembaharuan bakal dilaksana
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menghadapi tekanan yang bakal dilalui sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang menyaksikan banyak pembaharuan bakal dilaksana.
Abdul Aziz
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, banyak perkara baharu akan diperkenalkan buat pertama kali dan perlu diambil perhatian pada PRU13.
Antaranya, penggunanan dakwat kekal, pengundian awal dua hari sebelum hari mengundi bagi polis dan tentera, tiada bantahan penamaan calon serta tidak ada lagi penarikan diri.
“Proses PRU13 tidak sama seperti sebelum ini yang mana banyak perkara baharu diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
“Pada laporan pertama yang diterima Disember lepas, tujuh daripada 10 perakuan dipersetujui dan 22 perakuan lagi akan dibincangkan oleh panel penuh SPR pada 18 April ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Jelas Aziz, setiap perakuan itu perlu dikaji dengan teliti kerana tindakan yang terburu-buru akan mengundang kepada kesilapan dan boleh dibawa ke mahkamah.
“Kalau sempat perakuan-perakuan yang akan bakal dibincangkan dan dipersetujui pada 18 April ini akan kita gunakan pada PRU13,” ujarnya.
Dalam pada itu proses PRU13 Sarawak dianggarkan menelan perbelanjaan RM80 juta dan ia merangkumi perbelanjaan helikopter, kapal terbang, pelbagai jenis perahu dan kenderaan berkuasa tinggi (4WD) yang akan digunakan.
Perbelanjaan keseluruhan pilihan raya negara pula dianggarkan menelan RM300 juta dan ia banyak digunakan untuk membayar elaun memandangkan tiga jenis undi digunakan iaitu undi pos, undi awal dan undi biasa.
Dari segi kekuatan petugas, SPR akan melantik 31 pegawai pengurus dan 120 penolong pegawai pengurus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.
Bercakap mengenai taklimat tersebut, Aziz berkata ia merupakan yang terakhir untuk negeri ini melibatkan tiga lokasi iaitu Kuching (semalam), Sibu (12 April) dan Miri pada 16 April ini.
Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan kepada pengurus pilihan raya mengenai peraturan, dan undang-undang perjalanan pilihan raya.
Tambahnya, pusingan kedua taklimat akan diadakan dan menjelang Jun, SPR menurutnya telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU.
Anwar Pening Kepala Tipu Muslihat PTPTN Tak Menjadi!!?!!?
Tuesday, April 10, 2012
Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Mohammad Arifiriazul Paijo, PAS, Pemuda PAS, Perintis, Petronas, PKR, Rafizi Ramli
No comments
Pelan Anwar kantoi lagi!!??!? Kali ini untuk memenangi pengundi yang mempunyai hutang dengan PTPTN, Anwar menjanjikan hutang mereka langsai begitu sahaja!!?!? Amboi-amboi seronoklah macam tu!!?? Tipu sana-sini!!?? Janji PRU12 pun belum selesai dah pandai buat janji baru!!? Inilah Ketua Pembangkang yang pandai putar-belit!!!?!? Sini pusing sana pusing lama-lama kepala pun pusing!?!?!
Senang je ikut kepala dia hutang PTPTN guna wang Petronas!?!? Iyerlah Rafizi Ramli dulu pernah kerja Petronas dan spy mereka sekarang Arifiraizul Paijo pun kerja dalam i-Perintis, segala maklumat IT Petronas bolehlah dia bagitau kat Anwarinas dan kaum PAS!?!?!?
Pelan Anwar tidak munasabah
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan cara menggunakan hasil keuntungan Petronas sebagai tidak munasabah.
Sebaliknya, menurut Timbalan Perdana Menteri, rancangan Ketua Pembangkang itu akan menjejaskan pendapatan syarikat cari gali negara tersebut.
"Yang kita guna untuk subsidi lain berpuluh bilion ringgit (datang) daripada mana? Sebahagian besar daripada keuntungan Petronas.
"Anwar boleh cakap sebab dia tiada apa-apa rasa tanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah ada pengalaman, kita ambil kira. Kalau kita hapuskan (pinjaman pelajaran), cara sesetengah negara lain adalah dengan menaikkan cukai untuk menampung kekurangan itu.
"Oleh itu, apakah bermakna Anwar akan naikkan cukai? (Kalau) tak naik cukai, nak 'dicukai' dengan pendapatan Petronas pula. Petronas pun sebuah syarikat dan kalau kita 'perah' habis-habis, sampai masa ia tak boleh melabur. Ini dia (Anwar) tak ambil kira,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bersama warga Kementerian Pelajaran sempena Dialog Nasional Pendidikan Negara di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.
Muhyiddin mengulas cadangan Anwar untuk menggunakan keuntungan Petronas bagi menampung pembiayaan pendidikan negara selepas memansuhkan PTPTN.
Kata Timbalan Perdana Menteri, segala perancangan Anwar adalah 'cakap-cakap' politik bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mudahnya nak pilihan raya ini, (cakap) pinjaman PTPTN tak perlu dibayar. Ini bermakna kita tidak bertanggungjawab. Semua pinjaman perlu dibayar.
"PTPTN perlu kekal sepanjang masa untuk membiayai pendidikan. Kita perlu fikir jangka panjang. Jangan fikir keuntungan politik jangka pendek. Itu yang Anwar boleh buat,'' tegasnya.
Mengenai kenyataan Anwar yang yakin BN tidak akan mampu merampas semula Selangor, katanya, apa yang dikatakan Anwar adalah tidak penting kerana rakyat menjadi penentu segala-galanya.
"Biarlah, itu pandangan dia. Namun, saya tak fikir apa Anwar cakap itu penting. Apa yang saya pentingkan adalah apa rakyat Selangor fikirkan.
"Apa yang utama adalah apa yang dikatakan rakyat. Apakah mereka puas hati dan apakah janji-janji pembangkang telah terlaksana atau janji hanya tinggal janji? "Kita pun tahu banyak yang mereka janji masih tidak ditunaikan,'' tambahnya
Monday, April 9, 2012
PAS Sudah Lupa Hadi Awang Pernah Hina Orang Iban Pakai Cawat!!!?!?
Monday, April 09, 2012
Batang Ai, Hadi Awang, Hina Iban, James Masing, Malaysia, PAS, PRK 2009, PRS
No comments
PAS mudah lupa!!?? Namun orang Iban tidak semudah PAS untuk lupa akan penghinaan terhadap mereka selepas PRK Batang Ai 2009. Hadi Awang yang kecewa dengan keputusan PRK yang memihak kepada BN sehingga mengeluarkan kenyataan rasis yang menghina orang Iban di Sarawak!!?!? Selepas itu, semua PRK yang disertai PAS terus kalah satu persatu!!??
Rakyat Malaysia walaupun di Semenanjung sentiasa akan mengingati penghinaan Hadi Awang ke atas orang Iban di Sarawak!!?!? Itu menyebabkan mereka tidak akan memilih parti rasis PAS yang lupa sejarah perjuangan kemerdekaan dan sesuka hati menghina kaum lain di Malaysia!?!?! Beruntunglah PAS hanya memerintah di Kelantan kerana nasib Orang Asli di Kelantan pun tidak dibela mengakibatkan PAS kalah semasa PRK Galas?!!? Ini menyebabkan kerajaan PAS cuba merasuah Orang Asli memandangkan hanya waktu Pilihan Raya sahaja barulah suara masyarakat Orang Asli kononnya diberi perhatian!!?? Namun pada hakikatnya PAS cuma masuk telinga kiri keluar telinga kanan!!??
Itulah keadaan yang berlaku di Sibuti dan sekitar Miri!!?? PAS akan mengorek dan mencari isu-isu semasa daripada isu jalan raya hinggalah ke lubang kubur untuk menunjukkan mereka prihatin!!?? Tetapi setelah menang mereka akan golong tikar dan tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan tersebut lebih-lebih lagi di Sarawak!!!?? Hakikatnya PAS cuma pandai bercerita dan berkata-kata untuk memenangi hati pengundi sahaja dan umpama habis madu sepah dibuang lagaknya kelak!!?? Berhati-hatilah dengan ragam PAS yang kemaruk kerusi menjelang PRU13!!?!?!
Orang Iban tidak lupa dengan penghinaan PAS, kata Masing
Posted on April 9, 2012, Monday
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata, beliau antara komuniti Iban yang masih mengingati penghinaan terhadap kaum itu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada April 2009, Hadi mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat.
Ramai pemimpin BN menganggap penghinaan itu membawa maksud Iban ‘bodoh’ tetapi beberapa penyokong pembangkang mendakwa kenyataan Hadi itu bermakna pengundi Iban mudah terpengaruh dengan pengumuman projek segera diumumkan BN sepanjang tempoh berkempen.
Masing berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hadi, PAS akan meletakkan calonnya berbangsa Iban di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata tindakan PAS meletakkan Iban (bukan Islam) di Sibuti atau tempat lain hanyalah gimik politik semata-mata untuk menarik sokongan pengundi Iban.
“(Orang) Iban tidak pernah lupa penghinaan presiden PAS (Hadi) itu kepada Iban selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada 2009.
“Pengundi Iban jauh lebih bijak daripada Hadi. Tambahan ideologi PAS tidak akan diterima oleh Dayak. Oleh itu PAS tidak akan berjaya di kawasan Dayak,” tambahnya.
Konstituensi Sibuti mempunyai 23,000 pengundi berdaftar (2008) dan daripada jumlah itu 45 peratus adalah Melayu/Melanau, Iban (30 peratus) diikuti Cina (22 peratus) selebihnya kaum lain termasuk Orang Ulu dan Bidayuh.
Penyandang kerusi berkenaan ialah Ahmad Lai Bujang daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Pada PRU 2008, beliau memperoleh 8,238 undi manakala lawannya Dr Michael Teo Yu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), 4,590 undi.
Manakala jumlah pengundi yang turun mengundi hanya 59 peratus.
Sunday, April 8, 2012
Bongkar!!?!? Senjata Rahsia Paksi BN!!?!?!
Sunday, April 08, 2012
Barisan Nasional, Jelajah Janji Ditepati, Najib Razak, Presiden UMNO, PRU13, UMNO
No comments
Pembongkaran secara besar-besaran di seluruh negara mengenai rahsia paksi baru BN!!?!? Dalam mengikuti program Jelajah Janji Ditepati barulah terserlah rahsia paksi BN!!?? Perdana Menteri yang kini dalam JJD untuk membincangkan mengenai paksi BN secara bersemuka!!?? Ini menyebabkan pihak pembangkang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya rahsia besar paksi BN!?!?!! Rupa-rupanya terdapat dalam laporan di bawah!?!?!
Rakyat paksi BN
Oleh Ismail Mat, Farid Noh, Iskandar Ibrahim dan Mustapa Ismail
bhnewst@bharian.com.my
2012/04/08
NAJIB dikerumuni orang ramai yang menyambut beliau pada program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat, semalam. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim Janji kerajaan sudah jadi realiti dalam tempoh hanya tiga tahun: Najib
BATU PAHAT: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentadbiran yang berpaksikan kepentingan rakyat akan terus menjadi pegangan dan keutamaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara. Perdana Menteri berkata, perjuangan yang sentiasa mengutamakan rakyat serta menunai segala janji yang dibuat selama ini sudah terbukti apabila rakyat terus memberikan sokongan kepada BN untuk mentadbir negara sejak 55 tahun lalu.
Di Selangor misalnya, berapa banyak janji tidak ditunaikan termasuk kepada setiap kelahiran bayi, anak-anak peringkat tadika, suri rumah, belia dan ibu tunggal. - Najib Razak, Perdana Menteri Justeru, beliau meminta rakyat terus memberi mandat kepada BN ketika pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
“Kita sudah lakukan banyak pencapaian dalam masa tiga tahun. Jadi, boleh bagi kita (BN) lima tahun lagi tak?” tanya beliau sebelum disahut dengan laungan jawapan ‘boleh’ oleh hampir 70,000 hadirin pada pelancaran program Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat kebangsaan, di Stadium Batu Pahat, di sini semalam.
Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noraini Abdul Rahman dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman serta isteri, Prof Datin Dr Jamilah Ariffin.
Najib berkata, berbanding janji pembangkang, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan bukan janji kosong, sebaliknya sudah menjadi realiti dan kenyataan dalam tempoh tiga tahun pentadbirannya.
“Sepanjang 55 tahun mentadbir negara, saya dapat simpulkan dua sebab besar mengapa hari ini lebih baik daripada semalam. Ingsya-Allah, esok lebih baik daripada hari ini, sebab kita (BN) tidak lari daripada berpaksikan rakyat dalam apa juga yang kita lakukan.
“Bermula dengan perjuangan menentang Malayan Union, menuntut kemerdekaan dan menentang komunis, kita mengutarakan konsep memenangi hati dan pemikiran rakyat termasuk dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar pembangunan nasional yang semuanya berpaksikan kepentingan rakyat yang sentiasa didahulukan.
“Kita buat segala-galanya berdasarkan kehendak rakyat, laksana dan tunaikan apa yang dijanjikan kepada mereka. Semua ini menjadi tonggak keyakinan rakyat untuk terus meletakkan amanah kepada BN kerana keyakinan yang semakin tinggi,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata pembangkang kini umpama kilang mengeluarkan pelbagai janji tetapi gagal memenuhinya termasuk janji terbaru menghapuskan pinjaman Pembiayaan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 12 lalu, berapa banyak janji yang mereka buat tetapi tak banyak yang ditunaikan. Di Selangor misalnya, berapa banyak janji tidak ditunaikan termasuk kepada setiap kelahiran bayi, anak-anak peringkat tadika, suri rumah, belia dan ibu tunggal,” katanya.
Berikutan itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu buat kali kedua pada pilihan raya umum akan datang dengan pelbagai janji manis pembangkang.
“BN sentiasa menepati janji dan kita akan teruskan, tetapi jangan biarkan diri kena tipu buat kali kedua dan ditelan janji pembangkang yang kini ada janji baru,” katanya.
Sementara itu, ketika bercakap ringkas kepada media selepas jamuan tengah hari bersama rakyat, Perdana Menteri menyifatkan JJD sebagai satu program pengukuhan kepada imej kerajaan iaitu apabila berjanji, ia akan menunaikannya.
“Kita mahu dasar transformasi didukung setiap lapisan masyarakat dan rakyat, termasuk belia dan NGO sebagai kesepaduan dalam memajukan negara. Kita mahu ia memberi kesan sebenar dan faedah kepada rakyat. Kita berhasrat membawa jelajah ini ke seluruh negara mengikut wilayah, mungkin perluaskan ke Sabah dan Sarawak, Utara dan Pantai Timur,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





