PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Tuesday, April 3, 2012

[Video] Ulasan Laporan Minority oleh P Kamalanathan!!??

Apakah sebenarnya laporan minoriti yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang sehingga Parlimen gempar dan kecoh pada siang tadi!!!?   Di bawah ini disertakan ulasan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan yang menjelas perkara sebenar isu Laporan Minority yang dibahaskan oleh ahli parlimen pembangkang.
Laporan minoriti punca laporan akhir PSC tidak dibahas
03/04/2012 7:20pm


KUALA LUMPUR 3 April – Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sedih laporan akhir jawatankuasa itu tidak dapat dibahaskan di Parlimen hari ini hanya disebabkan “laporan minoriti” yang sengaja dibangkitkan pembangkang.

Walaupun laporan itu diterima dan diluluskan Dewan Rakyat, beliau berkata, kelulusan tanpa dibahaskan itu tidak sepadan dengan masa dan tenaga yang dicurahkan semua pihak yang mengambil bahagian, termasuk tiga wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau hairan bagaimana pembangkang boleh bertindak sedemikian sedangkan 82 peratus daripada 22 syor penambahbaikan yang diputuskan sebelum ini dipersetujui bersama oleh wakil mereka di dalam jawatankuasa itu tanpa sebarang masalah.

"Saya sedih kerana banyak masa dan kerja telah dibuat. Bukan hanya saya tetapi semua ahli telah menghabiskan banyak masa sehinggalah ke mesyuarat terakhir dan bersetuju 82 peratus daripada 22 syor... tetapi “main politik” pada saat akhir.

"Maka, saya serahkan kepada orang ramai dan Ahli Parlimen untuk menilai kandungan laporan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan laporan jawatankuasa itu diluluskan tanpa dibahas berikutan kekecohan yang ditimbulkan di dalam dewan.

Speaker memutuskan demikian apabila anggota Parlimen pembangkang Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) yang menimbulkan kekecohan enggan meninggalkan dewan setelah diperintah berbuat demikian.

Ongkili berkata, selain soal laporan minoriti yang sengaja ditimbulkan pembangkang, beliau yakin keseluruhan laporan itu akan diterima jika dibahaskan sepertimana penerimaan sebulat suara anggota persidangan terhadap laporan interim jawatankuasa itu pada 1 Disember lepas. - BERNAMA
Laporan Minority Diulas oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan Menjelas Perkara Sebenar Isu Laporan Minority Yang Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang


Pemuda PBB Sentiasa Pertahankan Kubu!!?!?!

Pemuda hendaklah proaktif dalam menghadapi PRU13!!?/  Kalau dilihat jentera Pakatan haram, mereka semua dibekalkan dengan alat komunikasi yang tercanggih seperti BlackBerry, iPhone, iPad, Samsung Galaxy, Samsung S2 dan mereka melibatkan diri dalam ruang siber melalui twitter dan facebook!!??  Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa memang kehadiran PBB dalam ruang siber tidak banyak berbanding dengan pihak pakatan haram!?!?!  Tetapi kita masih boleh bernafas dan beriadah apabila pihak pakatan haram menceroboh kawasan PBB dan cuba mencari isu lapuk pada hari Sabtu dan juga Ahad!!??  Mungkin sikap ini perlu diambil iaitu bekerjasama mengenal pasti kawasan yang diceroboh oleh pihak pembangkang dan tidak membenarkan mereka sesuka hati mengutuk dan menghina kerajaan yang banyak berkorban untuk rakyat!!?!?!

Semoga pihak pemuda sentiasa menjaga aktiviti dan gerak geri pembangkang di kawasan mereka!?!?!  Pemuda juga hendaklah memberitahu pihak cawangan dengan segera sekiranya kubu mereka dimasuki oleh pakatan haram!!??  Sepatutnya mereka bersikap proaktif juga dan tidak membenarkan rakyat tertipu dengan mudah oleh pihak pembangkang yang hanya pandai berkata- kata tetapi tidak pandai melakukan kerja!!!?!

Pemuda perlu lebih agresif hadapi PRU13 
Posted on April 3, 2012, Tuesday

Harus berani depani pelbagai cabaran lebih-lebih lagi guna ruang siber untuk dekati pengundi
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB) perlu bertindak lebih agresif membantu jentera parti dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR13U).
Ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Pemuda PBB harus berani mendepani pelbagai cabaran lebih-lebih lagi menggunakan ruang siber untuk mendekati para pengundi.
“Kita perlu akui penggunaan ruang siber masih lemah dan kita tidak harus menoleh ke belakang untuk berdepan dengan musuh kita.
“Justeru, kita perlu melaku-kan usaha yang lebih drastik dengan menggunakan ‘perang siber’ kerana golongan muda ternyata cenderung menggunakan Internet dan ini membolehkan kita dapat mendekati mereka,” katanya berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda PBB Negeri di sini malam Ahad lalu.
Abdul Karim menarik perhatian bahawa dalam ‘perang siber’, ahli-ahli pergerakan Pemuda tidak perlu takut dan mereka harus bersedia untuk menghadapi cabaran pihak pembangkang.
Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia berkata, pembangkang seperti PKR dan DAP mungkin agak agresif dalam pendekatan mereka justeru kita (PBB) harus lebih agresif.
“Saya percaya Pilihan Raya Umum mungkin dalam tempoh terdekat, justeru kita mesti tahu peranan kita dalam menghadapi pilihan raya itu nanti.
“Kita diakui amat sukar kerana kita tidak hanya mahu menang, tetapi untuk memenangi secara besar-besaran terutama kerusi di kawasan PBB,” katanya.
Hadir sama ialah Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada Abdul Karim yang disifatkan sebagai orang yang masih ‘rapat’ dengan Pemuda PBB kerana peranan yang lalu sebagai ketua pemuda dan bekas timbalan ketua.
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu bahawa kerajaan mempunyai banyak program termasuk Parlimen Belia untuk belia bagi membentuk mereka sebagai pemimpin masa depan negara.
“Kita harap pelaksanaan Parlimen Belia nanti dapat membantu golongan pemuda untuk bersama-sama membantu kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PBB Daniel Jubang Kanyan, Ketua Pemuda PBB Zon Kuching Wan Hamzah Wan Paie dan pengerusi penganjur Irwan Zulkarnain Hasbi.

PAS Sudah Lapuk Guna Isu Lapuk di Sarawak!!?!!!?

PAS terdesak untuk memenangi warga Sibuti dengan meletakkan calon Iban!!??  Sebelum ini semasa PRK Batang Ai, PAS telah kecundang dan menghina orang Iban yang masih pakai cawat kata Hadi Awang!?!?  Mana mungkin perkara ini bisa dilupakan!!??  Selagi Hadi Awang tidak pakai cawat kenapa masih mahu mengambil orang Iban sebagai calon PAS?!!  Saya rasa Robby tidak akan bertanding untuk PAS memandangkan kaum Iban pernah dihina oleh PAS semasa PRK Batang Ai!!??

PAS juga banyak memainkan isu lapuk!!? Bukan itu sahaja, PAS tidak pandai mengambil hati penduduk!!?!?  Setakat ini, PAS hanya berbekalkan beras, gula dan mi maggi untuk berkempen di sekitar kawasan Sibuti!?!?!  Mungkin PAS ingat penduduk di Sibuti ini tidak cerdik dan sanggup dirasuah dengan gula, beras dan mi maggi sahaja!?!?!

PAS pasti lupa kerajaan BN telah memberikan yang terbaik untuk Sibuti melalui calonnya iaitu Haji Ahmad Lai!!??  Bukan itu sahaja kerajaan BN telah memberi Baucar Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M), Komputer Riba 1Malaysia, seratus Ringgit seorang untuk setiap pelajar di sekolah, bayaran perkhidmatan percuma bagi warga emas di klinik dan hospital di Malaysia??!!  Mungkin pihak PAS juga menerima ini semua menunjukkan mereka PAS ini tidak mampu menandingi sistem kerajaan kebajikan Barisan Nasional!!??  Lihatlah di Kelantan, berapa dekad diperintah oleh PAS, jalan raya masih sempit untuk tahun 60-an di Kota Bharu!!??  Kalau memerintah di Kedah, apabila banjir pemimpin PAS juga yang angkat kaki dahulu dan meninggalkan rakyat untuk tenggelam dilanda banjir!!??  Inikah yang kita mahu dari PAS sekiranya mereka memenangi kerusi Sibuti!?!?!?

BN tidak akan beri laluan mudah

by Mohd Norhadie Sahari. Posted on April 3, 2012, Tuesday
Penyandang kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dilihat tidak gentar berhadapan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang

MIRI: Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dilihat tidak akan gentar berhadapan dengan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.61 Bekenu Kaunselor Jamali Basri berkata, sesiapa pun calon pembangkang yang berhasrat untuk merampas kerusi yang dipegang oleh calon Barisan Nasional (BN), maka BN tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka.

“Kami tidak akan memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk merampas kerusi kami sebaliknya kamiakan mempertahankan ia secara berhabis-habisan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jamali memberitahu, pembangkang akan menggunakan seribu satu cara untuk meraih sokongan termasuk memanipulasi isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

“Sudah pasti kerajaan mempunyai strategi tersendiri untuk menangkis kenyataan palsu pembangkang dan kami akan kerap turun padang memberi maklumat sebenar kepada rakyat,” jelasnya.

Malah katanya, setiap isu yang diketengahkan pembangkang kebanyakkan isu lapuk dan sebahagian besar isu terbabit telah diselesaikan atau diungkai kerajaan BN.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang kerana mereka hanya bijak mencari ruang menghasut rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, kerajaan tidak akan pandang enteng calon pembangkang meskipun mereka bertanding di kawasan kubu kuat BN.

“Meskipun majoriti rakyat masih menaruh kepercayaan kepada BN, namun setiap calon BN tidak akan pandang ringan lawan mereka sebaliknya terus berusaha memastikan rakyat terus sokong kerajaan,” jelasnya.

Semalam, PAS Sarawak menamakan seorang calon tempatan berbangsa Iban untuk bertanding di kerusi Parlimen Sibuti selain menamakan dua lagi individu lain.

Mengulas lanjut, Jamali memberitahu semua rakyat termasuk parti komponen BN telah memberi persetujuan dan sokongan untuk mengekalkan Ahmad Lai sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

“Secara peribadinya saya melihat pihak pembangkang terdesak untuk menang sehingga meletakkan seorang calon tempatan bagi mencabar kewibawaan calon BN yang juga daripada kalangan rakyat tempatan,” jelasnya.

Monday, April 2, 2012

Nama Bakal Calon PAS Sibuti?!?!!?!

PAS cuma dapat menyenaraikan 3 nama daripada seluruh ahli PAS di Sarawak untuk kerusi Sibuti?!?!  Menurut sumber dari FB pula menyatakan bahawa terdapat kemungkinan dua nama iaitu di bawah dan nama ketiga yang diberikan oleh sumber di Sibuti.
  1. Robby
  2. Haji Johari Bin Bujang
  3. Mohammad Arifiriazul B Paijo
Mohammad Arifiriazul B Paijo
Haji Johari b Haji Bujang

Robby @ Zaid
Sekiranya Haji Johari diturunkan maka PAS akan kalah!!??  Sekiranya Orang No. 1 and No 3. diturunkan juga PAS akan kalah!!??  Kenapa?!?!

"Cuma di BatangAi Sahaja Kita Kalah Sebab Mereka Ini Tidak Reti Undi, Pakai Cawat Lagi, Saya Bukan Nak Hina Tetapi Tempat Yang Pakai Molek Undi PAS.."  
Haji Hadi Awang / Presiden PAS 
bercakap mengenai PRK Batang Ai

PAS shortlists three to contest Sibuti

Posted on April 2, 2012, Monday
MIRI: PAS has shortlisted three professionals to take on Sibuti parliamentary constituency in the upcoming 13th general election.

Its state youth chief Mohammad Arifiriazul Paijo disclosed that among the names submitted to PAS central committee was an Iban.

“PAS has shortlisted three names including an Iban as its candidate in Sibuti,” Mohammad told the press after launching ‘Jentera Pilihanraya P218 Sibuti’ at the party’s office here yesterday, adding that the persons were all locals and well-liked by the villagers and youths.

Also present was PAS Youth national director of operations Mohd Sany Hamzah.

According to Mohammad, based on seats allocation among Pakatan Rakyat parties in Sarawak, PAS was given the task to wrest Sibuti from Barisan Nasional (BN).

He said PAS Miri had been on the ground in Sibuti since last year, meeting people in villages and longhouses including the Chinese community to woo support.

Mohammad, who is also PAS Miri information chief, disclosed that since PAS had not set up its operations room and branch in Sibuti, a team from PAS Miri and Bintulu would mobilise the onslaught.

“Infrastructure and local issues will be looked into if PAS wins the seat,” he disclosed, advising the people not to regard PAS as a race-based party as proven by its openness to propose an Iban as its candidate.

Muslimat PAS Berpakaian Ala Kristian!?!!?

 Pemerhatian yang luar biasa oleh bicara gades penang ini memang boleh tahan hebatnya!!??  Sila ikuti artikel di bawah untuk memerhati dari pandangan gades penang!!??
PUNCA SEBENAR Datuk Dr. Hassan Ali Dipecat oleh PAS!!!!!
 
Pada 8 Januari 2012 yang lepas, Pas Pusat telah memecat Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuat kuasa serta-merta. Umum sedia maklum bahawa pemecatan beliau adalah kerana isu Gereja DUMC. Lebih lanjut, baca disini.

Pada 901 pula, Muslimat PAS telah meroyan gembira apabila bebasnya DSAI daripada pertuduhan meliwat dengan menyanyikan lagu When The Saint Go Marching In, sebuah lagu gospel yang popular.

Sejak PAS bersama DAP dan PKR, PAS dilihat telah menyimpang daripada perjuangan politik mereka yang sebenar... Daripada memperjuangkan negara Islam, sekarang mereka kata memperjuangkan negara Berkebajikan pula... setelah isu DUMC yang melihatkan Datuk Dr Hassan Ali dipecat serta merta, dilihat pula muslimat PAS bergembira ria menyanyikan lagu gospel di jalanan... PAS juga menuduh bahawa UMNO itu kafir... Kini, kita boleh mempersoalkan bahawa adakah PAS itu sendiri benar-benar ISLAMnya!!!

Mari kita lihat, apakah persamaan gambar di atas??

Masih kurang jelas??? Lihat lagi.......

 

Yer, perasan tak apa yang dipakai di sekeliling leher oleh ahli-ahli PAS itu sebenarnya melambangkan pemakaian bishop atau paderi-paderi... yang dipakai di sekeliling leher itu dinamakan The Stole, dalam etika pemakaian paderi dan bishop.

Meh Gades story skit The Stole ni apa....

The Stole adalah enti liturgi daripada pelbagai denominasi Kristian. Ia terdiri daripada jalur kain berwarna, yang sebelum ini biasanya sutera, kira-kira tujuh dan setengah sembilan kaki panjang dan 3-4 inci lebar, yang berakhir mungkin lurus atau mungkin meluas. The centre of The Stole yang dipakai di seluruh bahagian belakang leher dan kedua-dua hujungnya terjurai selari antara satu sama lain di depan, sama ada melekat antara satu sama lain atau gantung longgar. The Stole itu hampir selalu dihiasi dalam beberapa cara, biasanya dengan salib atau beberapa reka bentuk agama lain yang ketara. Ia sering dihiasi dengan gelen berbeza (trim hiasan).

Bersama-sama dengan kendit(cincture) dan kebanyakan mereka kini tidak berfungsi lagi maniple, The Stole melambangkan ikatan dan belenggu Jesus yang telah terikat semasa Passion; ia biasanya dihiasi dengan salib. Versi lain adalah bahawa The Stole itu menandakan kewajipan untuk menyebarkan Words of God. Ia menandakan penerima Perintah Suci. Ia diberikan pada ordinasi diakon (deacon), oleh yang menjadi ahli dari golongan kuat agama selepas penindasan perintah pencukuran kepala dan kecil selepas Majlis Vatican Kedua.

Seorang biskop atau paderi lain memakai The Stole dilehernya dengan berakhir menjuntai di hadapan, manakala diakon meletakkannya ke atas bahu kiri dan hubungan menyeberangi-bijak di sebelah kanan, serupa dengan ikat pinggang.

        
Oleh yang demikian, bukalah mata hati masing-masing... tambah-tambah puak PAS ni... Sejak berkawan dengan DAP, Islam yang kononnya diperjuangkan PAS itu sepertinya hanya mainan politik semata-mata.....

Bicara Gades: Betul kata Datuk Dr Hassan Ali, JANGAN BAGI WALAUPUN SATU UNDI KEPADA DAP iaitu secara tidak langsungnya kepada PAKATAN RAKYAT!!!!!!!

Baca Blog Dalam Facebook Anda