Hasrat PAS letak calon bukan Islam hanya dakyah politik: Wan Junaidi
Posted on April 8, 2012, Sunday
KUCHING: Hasrat PAS meletakkan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang hanya dakyah politik untuk mengelirukan rakyat.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, parti itu tidak tetap pendirian dan boleh bertukar warna pada bila-bila masa.
“Dulu mereka mempelopori negeri Islam sehinggakan semua orang diislamkan.
“Oleh kerana hendak menawan Putrajaya mereka berubah pendirian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS hendak menyenaraikan calon bukan Islam pada PRU13 akan datang.
Menurutnya, usaha mereka membawa pemimpin bukan Islam masuk parti diibaratkan sebagai pelengkap semata-mata.
“Ini kerana Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) pernah menyatakan tidak mungkin pemimpin bukan Islam menjadi pemimpin atasan.
“Ia adalah dakyah politik PAS untuk mengelirukan rakyat dan meraih undi,” ujarnya.
Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menjelaskan, keadaan itu nampak bercanggah daripada perjuangan asal PAS.
“Bagaimana PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) boleh membawa kemajuan? Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah bercerita.
“Jangan ingat PAS boleh bercakap betul kerana mereka tidak tetap pendirian dan segala-galanya bercelaru.
“Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan ahlinya keluar parti,” jelasnya.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Sunday, April 8, 2012
Wan Junaidi Tempelak PAS!!??
PAS memang pandai berlakon demi menawan Putrajaya, sebelum ini Wan Junaidi memberitahu bahawa Hadi Awang pernah menyatakan tidak mungkin orang bukan Islam menjadi pemimpin atasan!!?? Nama pun Parti Ajaran Sesat!?!?! Agaknya sekarang siapa pun boleh jadi calon PAS tolak batu dan kayu!!!?? Lembu, ayam, itik atau pun ikan boleh mengambil borang penamaan calon kelak!?!!? Janganlah tertipu dengan PAS yang kini hanya pandai berkata-kata untuk mendapatkan undi mudah!?!?
Najib Tambah Portfolio Baru!?!?!
Sunday, April 08, 2012
Barisan Nasional, Ketua Wanita UMNO, Malaysia, Najib Razak, NFC, Presiden UMNO, Shahrizat Jalil, UMNO
No comments
Jelajah Janji Ditepati sudah mula bergerak!?!? Namun di atas kesibukan tugas untuk menghadiri acara bersama rakyat, Najib Razak telah menambahkan lagi portfolio beliau!?!? Ini berikutan tamat tempoh Shahrizat Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat!?! Namun demikian, Shahrizat masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO!?!? Jasa dan sumbangan Shahrizat kepada seluruh kaum hawa di Malaysia memang mendatangkan kesan kepada mereka yang telah dibela nasibnya semenjak Shahrizat mula memegang portfolio berikut!!??
Dari ibu tunggal ke suri rumah kesemuanya dibela dan diberi pertolongan baik dari segi nasihat atau bantuan kewangan untuk meringankan beban!!?! Ada juga yang dijemput untuk menyertai kursus-kursus bagi meningkatkan peluang kaum Hawa untuk menceburi bidang keusahawanan!?!? Jasa Shahrizat akan dikenang dan disanjung!?!?! Semoga Shahrizat akan berusaha untuk terus memajukan kaum Hawa dalam UMNO pula!?!?
Najib Pangku Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan MasyarakatTEMERLOH, 7 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, Ahad.
Mengumumkan perkara berkenaan pada majlis Pelancaran Program Karisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turut dihadiri Shahrizat, Perdana Menteri juga memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan Shahrizat sepanjang beliau menjawat jawatan berkenaan.
"Program ini merupakan program penutup kepada Shahrizat, bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas sumbangan yang diberikan," katanya pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 orang di Dataran Tok Gajah, di sini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation (NFCorp).
Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama beliau akan memangku jawatan berkenaan sehingga pada satu tarikh tertentu.
Bagaimanapun, Shahrizat masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno.
Najib berkata Shahrizat juga telah berjanji kepadanya untuk terus memberikan khidmat terbaik sebagai Ketua Wanita Umno.
"Shahrizat dah janji pada saya, sebagai Ketua Wanita Umno untuk menjamin kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.
Ketika berucap pada majlis berkenaan juga, Najib turut meminta semua pimpinan parti dan kerajaan supaya terus menyelami hati dan nurani rakyat.
"Saya berani katakan rakyat semakin memihak pada kita, semakin menaruh rasa sayang, Shahrizat (menerusi program kementerian itu sebelum ini) tekankan perkataan sayang, kalau rakyat sokong, ianya (sokongan itu) adalah dalam minda mereka, tetapi bila rakyat sayang, ianya (sayang itu) letak di hati, bila turun ke hati, pilihannya tentulah hanyalah satu (kepada Barisan Nasional)," katanya.
Najib berkata rakyat akan dapat menilai apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha menambahbaik kehidupan mereka menerusi pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan.
Katanya, rakyat juga boleh menilai janji-janji yang ditunaikan kerajaan Barisan Nasional berbanding kerajaan pimpinan parti pembangkang yang ternyata gagal melaksanakan sebarang janji yang mereka buat pada pilihan raya sebelum ini.
-- BERNAMA
Friday, April 6, 2012
PKR Cuba Panggil Mereka Tauke?!?!!
Sandiwara terbaru puak pakatan adalah untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?!!? Tetapi mereka sendiri pun tidak mengamalkan demokrasi!!?!? Kalau di Pulau Pinang hak demokrasi orang Islam dan orang ramai tidak dipedulikan oleh DAP tetapi apabila PAS ingin menggunakan surau di Kampung Kejapil di Sibuti untuk berkempen pula itu adalah hak demokrasi mereka!?!?!
Kalau Robby berceramah tentang PAS kepada pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 mengenai PAS pada waktu sekolah pula itu adalah hak demokrasinya tetapi kenapa kalau pengetua tidak membenarkan mereka meneruskan apabila ceramah tersebut lari daripada topik kerjaya selepas sekolah bukan menjadi hak demokrasi lagi!!?!? Adakah kita sekarang bebas menyuarakan hak kita dalam negara demokrasi!!?!
Kalau Azmin boleh mengelak daripada menjawab tuduhan untuk menceritakan mengenai saham yang dimilikinya adakah ia juga merupakan hak demokrasi?!?! Kalau PKR atau DAP dan PAS buat sesuatu maka itu adalah kebebasan demokrasi!?!!? Kalau orang pasang bendera parti di luar masa pilihanraya mereka naik marah, tetapi kalau penyokong mereka kibar bendera PAS di hadapan e-Mart Miri dan Sadong Jaya mereka pula tersenyum!?!?! Tidak payah bagi upah, bendera pun sudah naik!!?!?
Bagaimana mereka mengamalkan demokrasi!?!?! Mungkin pada mereka ini hanya demo sahaja yang boleh dipakai!??! Jadi krasi itu apa pula maknanya?!?! Disebabkan orang PKR, DAP dan PAS tidak pandai berbahasa Melayu maka mereka suka merogol bahasa sedangkan mereka sendiri yang paling banyak bercakap seperti orang baru belajar bahasa Melayu!!?!?! Siapa tauke pun boleh jadi tajuk forum!?!?! Kalau orang mengamalkan demokrasi pastinya bahasa yang digunakan akan melambangkan kematangan penggunaaan bahasa mereka, lebih-lebih lagi seorang peguam seperti See Chee How?!?!? Nama pun bermaksud tengok chee bagaimana?!?! Entah apa yang dimaksudkan pun tidak faham!?!?!!? See Chee How patut tahu GIGO!!?!? Bukan Gigolo tetapi Garbage In Garbage Out!?!?!!
FORUM ‘SIAPA TAUKE’? HANYA SANDIWARA PKR SARAWAK
ADUN Batu Lintang, See Chee How yang juga Naib Presiden PKR Sarawak semalam memulakan perang minda apabila cuba mempelawa pemimpin BN Sarawak untuk menyertai Forum Siapa Tauke? Menurut See Chee How, forum itu bukan debat politik tapi hanya sekadar dialog intelektual berhubung demokrasi.
Sanggahan See Chee How itu cuba memerangkap pemimpin BN dalam usaha mahu berdebat berhubung pendedahan surat Mong Dagang sebelum ini.
Melihat kepada tajuk forum itu, Siapa Tauke? ianya boleh disifatkan sebagai suatu bentuk forum politik dengan cuba menjadikan pemimpin PRS seperti James Masing sebagai sasaran untuk diserang.
Jika tidak masakan See Chee How menjemput pemimpin BN dan kenapa tidak pemimpin NGO’s lain yang mungkin lebih sesuai dengan aliran politik pembangkang?
Forum yang akan diadakan pada 15 April ini dianjurkan PKR dan menjemput Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing. Bagaimanapun, jemputan itu telah ditolak dengan baik atas alasan kerana banyak lagi tugasan dan kerja yang lebih bermanfaat berbanding menyertai forum itu yang disifatkan sebagai membuang masa.
Adalah lebih bermakna jika masa itu diluangkan kepada rakyat di kawasan dalam mendengar dan menyelami permasalahan rakyat seperti mana kehendak rakyat semasa pilihan raya.
Tidak seperti wakil rakyat Pakatan Pembangkang yang hanya banyak membuang masa dengan mengadakan aktiviti yang bersifat menguntungkan politik mereka dan menidakkan permasalahan rakyat. Mereka ini hanya mahukan kuasa untuk ke Putrajaya dan rakyat menjadi alat kepada mereka untuk mencapai cita-cita ini.Justeru, tindakan Presiden PRS itu amat mulia jika dibandingkan dengan tabiat dan sikap pemimpin PKR yang hanya mementingkan kuasa politik biarpun terpaksa memperalatkan rakyat.
Thursday, April 5, 2012
Isu DAP Jual Tapak Masjid dan Sekolah - Mahasiswa Lapor Polis!?!?!
Thursday, April 05, 2012
Bayan Mutiara, DAP, Isu Jual Tapak Masjid dan Sekolah, Lim Guan Eng, Pakatan Haram, Pulau Pinang
1 comment
Mahasiswa di bawah lagi bijak daripada AMK sila baca di sini. AMK yang sudah terpengaruh dengan habuan oleh LGE sudah cuba menipu lagi orang Islam di Malaysia!?!?! Kalau diperhatikan sepatutnya AMK lebih pantas bertindak demi agama!?!? Tidak payahlah mereka menanti reaksi PAS kerana PAS hanya akan mengangkat kening dan berdehem!?!?!
Laporan polis sudah dibuat kerana menjual tapak masjid dan sekolah oleh kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP!!?? Sepatutnya kerajaan menjual dapat mendapat untung!?!! Ini pula mendapat rugi!?!?! Sila baca di sini. Apakah maksud sebenar untuk menjual masjid dan sekolah!?!?! Siapa KM yang menjaga portfolio tanah!?!?! Lim Guan Eng rasis ultra kiasu!?!?! Dia peduli apa mengenai sekolah atau tempat ibadah!?!?! Lebih-lebih lagi dia bukan asal dari Pulau Pinang pun!!?!?! Setiap kali menjual tanah dia akan dapat komisen yang lumayan!?!?!
WAKIL pelajar IPTA membawa sepanduk menentang penjualan tapak masjid dan sekolah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani, di Georgetown, semalam. GEORGETOWN, 30 Mac 2012 - Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa semalam, membuat laporan polis berhubung penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara, Bayan Baru di sini, kepada pemaju swasta yang menimbulkan kegelisahan orang Melayu.
Laporan itu dibuat Pengerusinya, Muhamad Mukhlis Maghribi yang ditemani 14 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Balai Polis Jalan Petani, di sini, jam 11.30 pagi. Turut hadir, Yang Dipertua Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Nik Mohamed Hussein Nik Ali.
Beberapa mahasiswa turut membawa sepanduk bertulis, ‘Selamatkan Tapak Masjid!!!’ dan ‘Selamatkan Tapak Sekolah!!!’.
Muhamad Mukhlis berkata, pihaknya yang mewakili mahasiswa di seluruh negara berharap polis dapat melakukan siasatan bagi memastikan tiada salah guna kuasa dalam penjualan tapak masjid dan sekolah itu.
Katanya, laporan dibuat bukan atas sebab politik tetapi penjualan tanah itu boleh mengganggu sensitiviti orang Melayu dan Islam di negara ini.
“Kami mahukan penjelasan daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan EXCO Agama Islam, Abdul Malik Abul Kassim, adakah penjualan terbabit mengikut prosedur dan tidak melanggar undang-undang sedia ada.
“Tindakan itu kurang ajar, malah melalui laman web hartanah mengenai Bayan Mutiara juga terdapat beberapa individu mendakwa wujudnya masjid akan menyebabkan harga tanah jatuh,” katanya.
Minggu lalu, Pemuda UMNO Pulau Pinang mendedahkan tapak masjid, sekolah, balai polis, kompleks gerai pusat penjaja dan pusat komuniti, yang sudah pun diberi kebenaran merancang oleh MPPP pada 2006, dijual oleh kerajaan negeri.
Tapak itu adalah antara kawasan yang termasuk dalam ‘tanah emas’ Bayan Mutiara yang dijual kepada pemaju swasta pada harga RM1.07 bilion.
Nik Mohamed Hussein berkata, pihaknya berkumpul kerana persoalkan tindakan Guan Eng yang tidak menjaga hak orang Melayu dan Islam.
“Saya minta semua pelajar bangkit mempersoalkan dan menentang pakatan pembangkang yang dilihat cuba memperbodohkan rakyat dan mahasiswa,” katanya.
kredit : Bharian.com.my
DAP Jual Tapak Masjid Pulau Pinang Untuk PKR Kempen di Sarawak!?!?!
![]() |
| Dr Mansor Othman |
Ini rupanya orang yang jual tapak masjid!?!?! Ini rupanya Melayu yang gadai segalanya demi pangkat dan harta kekayaan!!?!?
Rata-rata yang datang hanya ingin melihat bagaimana rupa orang Islam Melayu yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menjual tapak masjid!!?!? Dia juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang!?!!? Dr Mansor Othman memegang portfolio PERDAGANGAN ANTARABANGSA & PEMBANGUNAN INDUSTRI, KOPERASI DAN PERHUBUNGAN MASYARAKAT. Apa kaitan portfolio beliau dengan Petra Jaya!?!? Setakat perhubungan masyarakat, tidak perlu berjalan sehingga ke Sarawak?!?!!? Agaknya nak makan mee kolok percuma guna duit Israel yang baru mashuk melalui Anwar Ibrahim!?!? Duit lebih jual tapak masjid di Pulau Pinang!!?!
Sambutan Dr Mansor Othman memang banyak sehingga 30 orang pun tidak muat nak masuk rumah dan bagi makan malam!?!!? Setakat duduk bawah pokok apa kelas YB?!!?! Lain kali ajaklah ke Grand Continental!?!? Penduduk Satok tidak layak di hotel seperti penyokong DAP yang lain?!?! Kalau penyokong PKR di Sarawak kena buat ceramah bawah pokok!!?? Kalau penyokong PAS kena buat ceramah di surau!!? Kenapa penyokong DAP sahaja yang boleh buat di hotel ternama?!?!! Pakatan Haram pun ada sistem kasta?!?!?
![]() |
| Bendera pun dah senget!?!?! |
Agaknya apa door gift yang pengunjung PKR Satok dapat?!?! Kalau di Sibuti Robby bagi beras dan gula serta maggi!!?? Kalau di Satok dapat apa?!?!
Untuk membaca dengan lebih lanjut silalah ke pautan ini!!??!
Subscribe to:
Posts (Atom)








